Buka sahaja mata pagi ini, bayang Haqeem langsung tak kelihatan. Ada juga dia cuba mencari di segenap ruang di dalam rumah ini namun tiada sahutan. Sudahlah rumah ini luas macam istana, banyak bilik. Terlalu besar untuk mereka berdua. Satu kerja pula dia mencari di setiap bilik yang ada.
Sebaik sahaja dia melangkah ke luar rumah, tahulah dia yang suaminya memang tiada di rumah memandangkan kereta lelaki itu tiada di garaj. 'Dah la tinggal aku sorang-sorang, tak tinggal pesan apa-apa. Main blah macam tu je,' bebel Nas dalam hati.
Sudahnya, dia kembali ke dapur untuk memulakan misi memenuhkan perut. Terfikir juga dia apa yang suaminya makan sebelum keluar tadi. Ataupun dia makan di luar?
"Eh Nas... yang kau kisah kenapa? Padanlah muka dia. Siapa suruh keluar tak bagitahu kau? Dia lapar, pandai-pandailah dia cari makanan kat luar tu nanti. Apa yang penting sekarang ni adalah perut kau. Sayang diri sendiri," kata Nas sendiri sambil menggosok perutnya. Kalau ada kamera tersembunyi dalam rumah ini, memang dia mahu Haqeem dengar semua itu.
Perkara pertama yang dia buat adalah air. Dicapai bekas yang berisi nescafe, cawan dan juga sudu kecil sebelum dibancuh tanpa perasaan. Geramnya pada Haqeem masih berbaki. Dalam kepalanya masih giat berfikir apa yang boleh mengenyangkan perutnya ketika ini.
Matanya tertancap pada salah satu kabinet yang sedikit terbuka pintunya. Dia melangkah mendekati kabinet itu sebelum dibukanya perlahan. Sedikit ternganga mulutnya apabila melihatkan bungkusan maggi yang masih belum dibuka. Sesaat kemudian, senyum senget mula terlakar dibibirnya.
"Gila pun gila la Nas. Kau kan pakar masak maggi ni. Janji kenyang," bisik Nas sendirian.
Ting tong!!
Terhenti pergerakkannya. Dia merengus kecil mendengarkan itu. Dia yakin yang itu bukan suaminya kerana tuan rumah tak akan bunyikan loceng rumah sendiri. Kunci kan ada.
"Siapa pulak yang datang pagi-pagi macam ni? Tak ada kerja ke?" marah Nas sambil melangkah mendekati pintu. Tudung juga sudah siap dipakai. Akibat risau kejadian semalam berulang lagi, jadinya dia sudah sediakan tudung di setiap tingkat. Lagi-lagi di tingkat bawah.
Laju dia membuka pintu utama sebelum terjengul wajah ceria adik iparnya. Berkerut lagi dahinya apabila melihat seorang lagi lelaki yang elok bersandar pada kereta sambil memandang ke arahnya. Haffeey.
"Assalamualaikum kakak ipar! Good morning. Dah sarapan? Kalau belum, ni kitorang ada bawak makanan untuk Liya," sapa Hazreel sambil diangkat satu plastik yang berisi makanan. Dari baunya saja sudah dapat Nas duga apa didalamnya. Nasi lemak.
"Waalaikum salam, belum lagi. Liya baru fikir nak masak apa. Eh, masuklah," pintu rumah dibuka seluas-luasnya. Sempat juga dia mengajak Haffeey untuk turut serta.
Laju kaki Hazreel bergerak ke meja makan. Haffeey yang melihatkan itu hanya mampu menggeleng perlahan. Masak sangat dia sikap adiknya yang 'terlebih gula' itu.
Nas bergerak mengambil sudu dan juga garfu. Dia yakin yang abang dan adik iparnya akan makan disini memandangkan ada empat bungkus nasi lemak yang sudah dikeluarkan dari plastik. Yang hairannya, untuk siapa lagi satu bungkus itu?
"Jemputlah duduk. Nak minum air apa-apa tak? Liya boleh tolong buatkan," tanya Nas.
"Boleh jugak."
"It's okay."
Berkerut dahi Nas mendengarkan jawapan yang berbeza dari dua manusia dihadapannya ketika ini. Serentak itu juga, laju tangan Haffeey menampar lengan adiknya yang menayang muka tak tahu malu itu. Geram betul dia! Terus bertukar riak wajah Hazreel. Sakit mat!
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...