Bab 03

357 22 0
                                    

Dilihat senarai barang yang tertulis kemas di atas kertas yang dipegangnya. 'Mak oi! Banyaknya!' bebelnya dalam hati.

"Kakak tau kan semua barang-barang tu. Pi beli, lepas tu terus balik. Jangan duk pi tang lain pulak. Balik tolong mummy prepare semua untuk esok," pesan Puan Zarina kepada anak daranya.

"Banyak sangat ni... macam mana nak bawak motor kalau dah panjang ni punya senarai?" soal Nas. Betul-betul kenduri kesyukuran ni...

"Sapa suruh pi naik motor? Pi la ambik kunci kereta dekat dalam laci depan pintu tu. Ya Allah, itu pun nak kena bagitau ka?" bebel Puan Zarina. Penat!

Dengan wajah mencuka, Nas berjalan ke arah laci dan diambilnya kunci kereta. Dia tidak suka naik kereta sebab dia tahu jalan tengah sesak dan susah mendapat tempat parkir. Semua itu menjadi faktor utama tugasnya menjadi lambat. Kalau naik motorsikal, silap-silap tak sampai sejam dah balik.

Masuk sahaja dalam kereta, mulutnya mula membebel. Entah kenapa rasanya banyak pula 'kuota' perkataan untuk hari ini.

"Kenapalah mummy tak guna catering je? Kan mudah kerja semua orang. Mummy tak pening kepala, aku pun boleh rehat. Haih."

Walaupun mulut masih lagi tidak berhenti membebel, tetap sahaja kereta dipandu tenang. Radio pun langsung tak disentuh, padahal dia seorang yang sukakan muzik.

"Kau ni pun satu la dik. Kenapa dalam banyak-banyak hari, kau pilih nak balik hari ni? Banyak lagi hari lain kan. Aduh," masih lagi membebel.

Apabila keretanya memasuki ruangan parkir pasaraya, matanya diliarkan untuk mencari parkir. Setelah hampir 5 minit mencari, akhirnya dia mendapat parkir walaupun sedikit jauh dari pintu masuk. 'Boleh la dari tak dapat langsung,' ucapnya dalam hati.

Tanpa membuang masa walaupun seminit, terus kakinya menghala ke arah Cold Storage untuk mencari barang-barang yang dipesan oleh mummynya. Dia mengambil troli dan memulakan pencarian.

Bermula dari bahan mentah sehinggalah ke bahan kering. Tak sampai 10 minit, penuh troli dengan segala barangan dapur yang dipesan. Kemudian, dia mula mencari pinggan dan cawan plastik untuk kegunaan tetamu nanti.

"There you are," bisiknya sambil memandang barang yang dicari.

Seketika, mati senyuman kecilnya apabila melihat betapa tingginya barang itu diletakkan. Walaupun dirinya boleh dikatakan tinggi, tetapi kali ini... simpan aje la pujian tu!

Dia mendekati rak itu. Kaki dijengket sedikit sambil tangannya cuba mencapai bungkusan pinggan dan cawan plastik itu. Didongak kepalanya ke atas untuk melihat jarak di antara jarinya dengan bungkusan itu.

"Sikit je lagi," bisiknya lagi.

Berjaya! Namun, malang nasibnya apabila bukan satu, tetapi hampir kesemua bungkusan plastik itu jatuh dan hampir menghempap dirinya. Ketika itu, dia hanya pasrah.

Setelah satu minit tidak merasakan dirinya dihempap apa apa, dia membuka matanya yang tertutup tadi. Terkejut apabila mata hitam miliknya bertentang dengan sepasang mata hazel yang berkilau.

Tersedar situasi ketika itu, Nas terus melarikan pandangannya ke arah lain. Malu pun ya, sebal pun ya. Cepat-cepat dia mengutip bungkusan yang selamat mendarat di atas lantai.

Baru sahaja tangannya ingin meletak balik bungkusan itu ke tempat asal, manusia didepannya ini bersuara.

"Tinggalkan je, nanti saya tolong letakkan."

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now