Mata hitamnya masih setia merenung wajah bersih sang suami yang langsung tidak lekang dari skrin komputer ribanya. Sibuk benar gayanya.
"Yes! Alhamdulillah siap jugak. Yeay, boleh lepak dengan sayang saya," jerit Haqeem sambil mengemas meja kerjanya sebelum berlari ke arah Nas yang sudah siap menunggunya di sofa bilik kerjanya itu.
"All done?" Haqeem hanya menangguk laju.
"Hubby betul betul dah sedia nak dengar semua?" soal Nas lagi.
"Yes, i am. Every words from you, sunflower," lembut Haqeem berkata. Dia tahu, isterinya itu masih risau dengan penerimaannya nanti walaupun sudah berkali-kali dia pesan dan nasihat.
Sejurus itu, Nas menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Dengan lafaz bismillah, Nas memulakan bicara.
"Nama dia Nuryn Medina. Liya kenal dengan dia, a few weeks of first semester masa sambung degree. She was my room and class mate," sesekali wajah Haqeem dipandang sekilas.
"Long story short, she's a sweet person. Cuma Liya yang salah guna kebaikan dia," ketika ini, suaranya sedikit bergetar.
"Hanya disebabkan Liya tak boleh nak lupakan masa silam Liya, dia yang jadi mangsa. Sampaikan Liya sanggup hancurkan masa depan dia..." tanpa sedar, air mata mengalir dipipinya. Serentak itu, laju juga jemari Haqeem mengesat air mata yang membasahi wajah si isteri.
Lama Nas mendiamkan diri. Seakan cuba mencari kembali semangat yang kian menghilang. Bukan niat dihati ingin membuka pekung didada, cuma dia tidak mahu perkara ini menjadi isu di kemudian hari. Cukup sekali, bukan kali kedua.
"Then, what happen to her? Hubby dapat rasa yang korang dah lama tak berjumpa, kan?" soal Haqeem perlahan.
"Yes, something bad happened between us yang memaksa dia buat keputusan untuk pindah. But, i'm sorry hubby... Liya tak boleh nak bagitahu pasal tu," seakan berbisik suara Nas menjawab soalan suaminya.
"No no! It's okay, it's fine. Hubby tak paksa sayang cerita semua. Enough for now, okay sunflower," serentak itu juga tubuh kecil Nas ditarik ke dalam pelukan. Membiarkan isterinya melepaskan tangisan.
'Kuatkanlah isteri aku Ya Allah,' doa Haqeem dalam hatinya. Sempat juga dia berbisik alunan zikir ke telinga Nas.
Sebaik sahaja Nas kembali reda, dipandang wajah Haqeem dalam dalam sebelum dibelai pipi bersih itu.
"Apa yang Liya boleh bagitahu, sama ada Farhana ataupun Medina, diorang hanyalah masa silam Liya. Liya tak boleh jadi isteri yang sempurna, tapi Liya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk hubby," ucap Liya bersungguh-sungguh. Dia mahu Haqeem tahu yang dia sudah insaf.
Terlepas tawa Haqeem. Reaksi Nas dirasakan comel dimatanya. Satu ciuman ringkas hinggap di pucuk hidung separa mancung milik Nas.
"You already perfect for me, sunflower. Liya dah jadi isteri terbaik untuk hubby. Liya isteri yang kuat and no one can deny that fact. I trust you," bisik Haqeem penuh kelembutan.
"Thank you, hubby..."
"Thanks to you too, sayang..."
Sedang mereka aman dalam ketenangan perasaan masing-masing, tiba tiba...
"Mama! Ayah! Kenapa lama sangat dekat dalam tu? Yan dengan Hirz dah mengantuk ni!"
Terburai tawa mereka berdua. Tersedar masa kian berginjak ke tengah malam, laju Nas dan Haqeem berjalan ke arah pintu bilik kerja sebelum terlihat sepasang kembar itu sudahpun menggosok mata tanda menahan kantuk.
"Alolo, mama mintak maaf sayang... mama terlupa anak-anak mama ni kena dodoi dulu baru boleh tidur."
"Haah, anak-anak ayah ni mengada. Nak tidur pun kena mama temankan. Manja!" perli Haqeem dengan mimik muka menyampah.
"Eleh! Ayah lagi la teruk. Nak tidur pun kena tunggu mama, nak kena peluk mama. Semua benda ayah buat, nak kena mama jugak teman. Kan Hirz?" bidas Hayyan, tak mahu kalah dengan ayahnya. Memang itupun rutin mereka sebelum tidur.
"Hah? Aaa, haah... betullah tu," Hirz yang sudahpun terlelap tersentak apabila ditegur begitu.
Nas hanya menggeleng perlahan apabila sesi berdebatan dua beranak itu bermula. Malas mahu melayan, dicapai tangan kecil Hirz lalu dibawa ke bilik tidur. Hayyan pula sudah siap dalam dukungan suaminya.
Sebaik sahaja sampai, laju dua beradik itu melompat naik ke atas katil sebelum duvet ditarik hingga ke paras dada.
"Okey anak-anak mama, sebelum tidur jangan lupa baca doa macam yang ayah ajar," pesan Nas sebelum dahi Hirz dan Hayyan menjadi sasaran bibirnya.
"Lagi satu, tidur awal. Siapa lambat bangun solat subuh dengan ayah esok, ayah geletek sampai pengsan. Understood?"
"Ai ai boss!"
Pesanan berbaur ugutan manja membuatkan kembar itu cepat-cepat memejamkan mata. Nas hanya tergelak kecil melihat kelatah mereka bertiga.
Seketika, terdengar dengkuran halus dan itu membuatkan Nas dan Haqeem tersenyum senang. Perlahan, mereka melangkah keluar dari bilik tidur itu.
"Are you happy with me?"
Sedikit tersentak dengan soalan tiba-tiba Nas, namun Haqeem kekal dengan riak tenang.
"Isn't it obvious? Yes sunflower, for a thousand times i say i'm happy with you," penuh romantis Haqeem berkata jujur. Ya, dia bahagia... sangat bahagia.
Nas tersenyum lebar mendengar jawapan suaminya. Dia juga bahagia dengan hidupnya sekarang. Tidak pernah dia berhenti untuk bersyukur dengan nikmat yang dia rasai saat ini.
Moga Allah terus lindungi keluarga kecilnya dan bahagia ini sehingga ke syurga.
'Alhamdulillah...'
- TAMAT-
"Buat kau yang sedang berjuang, ku doakan agar kau terus kuat, kerana dunia ketika ini kejam. Tabah, cekal dan tawakal. Orang sabar tidak pernah rugi, sayang..."
-nasfhAdeliyaxHaqeem, sign off. Assalamualaikum.
![](https://img.wattpad.com/cover/316853475-288-k222455.jpg)
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Lãng mạn𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...