"I love you Nas..."
.
.
.
"Don't leave me okay?"
.
.
.
"We have each other, forever and ever..."
.
.
.
Terjaga Nas dari lenanya apabila mimpinya disapa suara itu. Walaupun hanya suara, namun dia tahu siapa pemilik suara yang menakutkan itu.
Jantung dan nadinya tak sekata. Laju bagaikan sedang berperang didalam. Fikirannya juga terganggu akibat mimpi itu. Baginya, itu bukan mimpi. Ianya tak ubah seperti cebisan memori dalam kaset yang selalu diulang tayang dengan sendirinya. Dia tak suka!
Tersentak Nas apabila terasa pergerakkan pada bahagian perutnya. Kasar, namun hangat dirasa walaupun berlapikkan pijama satinnya. Dia menoleh kesebelah dan terhidang dimatanya Haqeem sedang tenggelam dalam lena. Tangan kiri suaminya pula semalaman menjadi 'bantal'. Tanpa sedar, satu senyuman kecil terukir dibibir merahnya.
'Tidur pun handsome. Susah betul.'
"Saya tahu saya handsome, jangan la pandang lama-lama."
Hampir terjerit Nas dibuatnya. Dijeling tajam Haqeem yang sudahpun mencelikkan mata sambil tersenyum manis ke arahnya. Sempat lagi dia kenyitkan mata.
"Nak merasa jadi duda awal ke Al-Haqeem? Terkejut saya tahu tak," pedas sindiran Nas. Geram!
"Apa cakap macam tu? Tak baik la. Kata-kata tu doa, jadi cakap yang elok-elok dah la," balas Haqeem sambil mencebik mulut.
Malas Nas untuk melayan, dicapainya telefon diatas meja kecil disisi katil. 'Awal lagi. Baik aku pergi mandi sekarang,' bisik hatinya.
Tanpa serba salah, duvet diselak kasar sehingga tertutup seluruh tubuh suaminya. Sengaja. Dia bergerak ke bagasi miliknya untuk mengambil pakaiannya. Belum sempat dia mahu mencapai tuala, lengannya ditarik dari belakang. Hampir saja dia tidak dapat menstabilkan diri.
"Nak pergi mana?" tanya Haqeem seolah-olah berbisik dengannya.
"Mandi."
"Tak nak ajak saya sekali ke?"
Tersedak air liur Nas. Laju Nas memusingkan kepalanya kebelakang. Bagai terhenti seketika jantung apabila hidungnya berlanggar dengan hidung mancung milik Haqeem.
"A... awak okey t...tak ni?" aduh, tergagap pulak!
"Okey," pandangan redup Haqeem meneliti wajah isterinya yang sudah merah. Senyum senget dibuatnya.
"Are you blushing my sunflower?" usik Haqeem. Tiba-tiba rasa mahu menyakat isterinya. Tangannya pula mula bergerak memeluk pinggang Nas dari belakang.
"No, i'm not. I'm just... curious. Awak dah kenapa tiba-tiba tanya macam tu?" dikawalnya sehabis baik perasaan cuaknya. Nas hanya diam ditempatnya sambil matanya memandang sekeliling bilik.
Dipandang wajah Haqeem yang sudah dihiasi senyuman... senget?
Hah! Sumpah dia cuak!
Tanpa dijangka, Haqeem mendekatkan wajahnya dengan wajah Nas. Terkejut Nas namun tidak pula dia menolak. Dia cuba menentang pandangan suaminya yang agak sukar ditebak itu dengan sisa kekuatan yang ada.
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...