Bab 26

271 11 0
                                    

"Nas, promise me that you're gonna stick to me, only me..."

.

.

.

"Saya sayang awak so don't you ever dare to leave me..."

.

.

.

"You and i, we're one..."

.

.

.

"Arghhh!!" terjaga Nas dari lenanya. Jantung dan nadinya memang tidak sekata. Sikit lagi mimpi itu bersambung, tak mustahil untuk organnya terkeluar dari posisi.

Terus dia merengus kasar. Rasa benci dan dendam yang sudah lama bersarang semakin menebal dalam hati. Sudah puas dia mencari jalan untuk dirinya tidak lagi diganggu mimpi yang dianggap membawa malang itu namun masih saja kenangan silam itu segar bermain dimindanya.

"Hey..."

Tersentak dirinya dengan suara itu. Dipandang suaminya yang sedang elok berbaring disebelahnya sambil mata hazel itu memandang lembut ke arahnya. Perlahan tubuh itu bangun untuk duduk sama dengannya.

"S... saya mintak maaf. Saya kejutkan awak ke?" perlahan Nas berkata. Serba salah melihat wajah suaminya yang terang-terang sedikit terganggu dengan tindakannya.

"No, you're not. Saya memang tak boleh nak tidur sangat pun," nafi Haqeem. Tahu isterinya rasa serba salah jadi sengaja dia berkata begitu walaupun hakikatnya dia memang terjaga kerana terdengar suara gadis itu.

Melihatkan Nas yang termenung dan seperti berada dalam dunianya sendiri, Haqeem menyentuh dagu isterinya perlahan dan dihadapkan wajah itu ke arahnya. Terkedu Haqeem apabila dapat dia kesan kornea mata hitam itu seakan basah dengan air mata. Laju dia mencapai tangan kecil itu lalu digenggam erat.

"Sunflower... i know you have something you wanna share. I'm here, listening to you and i won't judge you. I promise," kata Haqeem sambil membelai rambut isterinya.

Serentak itu, laju air mata Nas mengalir dipipi. Hatinya yang sarat dengan perasaan yang bercampur baur tadi seakan mati sektika dan berganti dengan perasaan bahagia. Tenang bila mendengar bicara Haqeem yang mendamaikan. Lembut suara lelaki itu seperti mengusir rasa amarahnya tadi.

Lama dia dalam keadaan begitu sebelum kembali menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Dipandang wajah Haqeem yang sudah sedia menanti setiap kata dari bibirnya.

"Saya tak tahu macam mana nak terangkan dekat awak. Apa yang saya boleh cakap, saya tanggung rasa ni dah lebih 4 tahun. Setiap kali saya cuba untuk buang rasa ni, setiap kali tu jugak saya diganggu dengan memori yang saya tak nak ingat langsung," sebak Nas berkata. Dia sudah berjanji yang dia tidak mahu mengalirkan air mata lagi apabila setiap kali kisah ini diungkit. Jadi, dia harus kuat.

"Setiap kali saya tidur, saya dapat mimpi yang hampir sama. Saya tahu itu bukan sekadar mimpi tapi lebih kepada cebisan memori yang saya pernah lalui. Memori yang dulunya saya rindu, tapi sekarang menyakitkan hati. Saya cuba untuk buang semua memori tu tapi..." perlahan Nas menggelengkan kepalanya. Entah kenapa dia rasa lemah ketika ini. Lemah kerana tak mampu untuk membuang semua itu walaupun dia sudah ada Haqeem.

Teringat? Adakalanya dia teringatkan beberapa kenangan lalu dan dia tahu itupun sudah menjadi kesalahan yang terbesar dalam hidupnya namun dia juga manusia biasa. Rindu? Langsung tidak dan tidak akan pernah terjadi. Baik kenangan, ataupun orang yang pernah bersamanya. Jijik!

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now