Bab 21

307 13 0
                                    

"I used to be a lesbian."

Masih terngiang-ngiang lagi suara lembut itu berkata. Puas Haqeem menyatakan yang ini semua hanya mimpi semata, namun tidak. Inilah kenyataan yang perlu dia hadap.

Terkejut? Tak dinafikan, tapi untuk marah? Sudah tentu saja tidak. Siapalah dia untuk menghukum isteri yang dia cintai. Malah, makin bertambah rasa kasihnya pada gadis itu. Makin kuat rasa hatinya untuk meraih hati Nas memandangkan si isteri sudah mengaku perasaannya semalam. Dia tak akan mengalah begitu saja.

Terkejut Haqeem. Buka sahaja mata pagi ini, isterinya tiada di sebelah. Fikirnya, isterinya itu lari namun tidak. Keluar sahaja dari bilik tidur untuk mencari, kelihatan isterinya sedang solat subuh sendirian di ruang tamu.

Dan sekarang ini pun, Haqeem masih berteleku di atas sejadah. Menunggu isterinya masuk sambil mengingati kembali perbualan mereka semalam.
.
.
.
.

"How?" perlahan Haqeem bertanya. Matanya masih menikam tepat mata hitam isterinya. Mahu nencari penipuan tapi hanya kebenaran yang terbias.

"I don't know. It just... happened," sungguh dia malu dengan Haqeem sekarang ini. Air matanya masih laju mengalir.

Inilah satu-satunya rahsia yang paling dia takutkan dalam hidupnya. Takut jika ia sampai ke pengetahuan orang lain atau lebih tepat, keluarga barunya. Ini baru Haqeem, belum lagi Hajah Khaleeda dan Tuan Halim sekeluarga.

Haqeem masih dalam keadaan terkejut. Otaknya masih memproses setiap kata-kata isterinya. Dalam hati dia beristighfar untuk tenang. Tak sampai seminit, ada satu persoalan yang mahu dia tahu.

"You said that you used to, right? You mean it?" soal Haqeem.

"I mean it. Saya nak kembali pada fitrah asal. Berpatah balik ibarat saya campak diri sendiri ke gaung dunia. Saya tak nak Haqeem," semakin kuat tangisan Nas. Dia memandang wajah Haqeem.

"Saya takut... takut kalau saya hilang awak, Haqeem. Saya takut kalau awak tinggalkan saya. Saya takut kalau awak ceraikan saya," seumur hidupnya, tak pernah dia serisau ini. Fikirannya sering membayangkan yang negatif sahaja tika ini.

Tanpa berfikir panjang, terus Haqeem menarik isterinya ke dalam dakapan. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah juga. Luluh hatinya melihat keadaan Nas yang tersedu sedan menangis. Hatinya bagai disiat-siat kasar bila mendengar perkataan 'cerai' itu. Sakit.

Dihelus bahu dan belakang isterinya. Seketika kemudian, terdengar dengkuran halus setelah beberapa minit mereka berdiam diri. Haqeem menundukkan pandangan ke arah wajah Nas yang sembab dan basah dengan air mata yang langsung tidak berhenti mengalir.

Tak sampai hatinya ingin mengejutkan gadis itu, lalu perlahan-lahan dia bergerak ke tengah katil. Dia menyelesakan diri sebelum belakang tubuhnya menyentuh tilam. Ditarik pula tubuh kecil isterinya yang sudah siap dalam pelukan ke atas badannya.

Langsung tiada rasa dan niatnya untuk mengalihkan kedudukan isterinya malah dipeluknya dengan lebih erat. Sempat dia membelai rambut gadis itu dengan penuh kasih sayang. Sungguh dia dah jatuh cinta dengan isteri sendiri.

"Saya tak kan tinggalkan awak. Walau apa pun keadaan, saya tetap akan ada dengan awak, my sunflower."
.
.
.
.

Disebabkan perbualan mereka yang tergantung semalam, sekarang ini dia masih menanti susuk isterinya menjengah ke dalam bilik tidur mereka. Dia mahukan perbualan yang jelas dan terang supaya dia tahu situasi sebenar.

Dia percaya, apa sahaja yang dilakukan oleh isterinya pada masa silamnya itu pasti bersebab. Manakan tidak, seorang yang dulunya boleh dikatakan agak ceria terus berubah menjadi seorang yang mati dengan kata-kata.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now