Dua hari telah berlalu. Hubungannya dengan Nas semakin jauh dirasakan. Kalau dulu Nas menjawab segala pertanyaannya dengan suara, kini tidak lagi. Hanya anggukan dan gelengan sahaja yang diterimanya.
Dia juga sedar yang isterinya itu lebih selesa berkurung di dalam bilik tetamu. Hanya bersua ketika makan dan solat sahaja. Nas juga tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri seperti memasak dan menyediakan pakaiannya.
"Haih, kalau Ayie tak datang malam tu mesti dah settle satu masalah," keluh Haqeem.
Ya, malam itu perbualan mereka terganggu dengan kedatangan Hazreel yang tiba-tiba sahaja muncul. Semuanya kerana urusan kerja. Disebabkan itu jugalah, masalahnya dengan si isteri belum lagi selesai. Hendak disoal semula, sepertinya ada yang tidak kena. Jadinya, dia membiar Nas mengambil masa untuk bertenang.
Getaran telefon di atas meja menyentakkan lamunannya. Laju dia mencapai apabila terlihat perkataan 'Ummi❤️' tertera diskrin.
"Hello, assalamualaikum."
"Waalaikum salam ummiku," sahut Haqeem dengan nada yang 'diceriakan'.
"Amboi, ceria je suara anak ummi ni. Bahagia sangat tu sampai tak ingat nak call ummi," seloroh Hajah Khaleeda buatkan Haqeem terkedu. Bahagia apa kalau sorang ke selatan sorang ke utara?
"Ummi call ni saja la nak tanya. Haq dengan Liya dah bincang ke?" soal Hajah Khaleeda menimbulkan kerutan didahi Haqeem.
"Bincang? Bincang apa ummi?"
"Hmm, belum lagi la tu. Sementara Haq dengan Liya tengah cuti, elok la kalau kamu berdua bincang untuk pergi honeymoon."
Tercekik air liur dibuatnya. Honeymoon? Sesuai lagi ke untuk semua tu kalau sekarang ini hubungannya dengan Nas masih lagi samar samar?
"Err... perlu ke ummi?" soalan yang kurang bijak.
"Ya Allah, perlu la. Kalau tak, macam mana Haq dengan Liya nak rapat? Lagi satu, kalau tak pergi honeymoon macam mana nak bagi kami semua ni cucu?"
"Hah?!"
Prangg!!!
"Haq... okey ke tu?"
"Err... o... okey, Haq okey," jawab Haqeem sambil memandang serpihan mug kaca yang telah selamat mendarat di atas lantai.
"Erm, ummi... Haq sebenarnya ada benda sikit nak kena buat so kita sembang lagi nanti ya? Sayang ummi, bye!" laju jarinya menamatkan panggilan.
Baru sahaja mahu bangun dari duduknya, pintu bilik terbuka dari arah luar. Tersentak seketika apabila kelihatan isterinya sedang berdiri dengan wajah seperti tertanya-tanya.
"A... awak okey ke? S... saya terdengar ada benda pecah tadi," soal Nas teragak-agak.
Lidah kelu untuk menjawab. Tak tahu hendak memberi reaksi apabila ditanya begitu. Rasanya seperti lama dia tidak mendengar suara itu.
"Haah... mug pecah. Saya terlepas tadi," terasa susah untuk bersuara namun digagah juga.
Tanpa sebarang suara, Nas melangkah pergi. Seketika kemudian, Nas kembali dengan penyapu dan penyodok sampah ditangan. Tanpa ragu-ragu, dia melangkah masuk ke dalam bilik dan menyapu serpihan kaca yang bertaburan itu. Haqeem pula hanya menjadi pemerhati.
Baru sahaja kaki Nas melangkah dua tapak, kedengaran suara Haqeem bergema.
"Stay," Haqeem mendekatkan diri dengan isterinya.
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...