Bab 32

241 9 2
                                    

Alhamdulillah, setelah seminggu Nas berperang dengan demamnya, kini semua itu berakhir dengan baik. Seronoknya jangan ditanya. Rasa mahu saja dia makan segala jenis makanan sepuas-puasnya.

Dipandang Haqeem yang sedang bersiap dalam keadaan terpaksa. Kenapa terpaksa? Sebab puas Nas membebel padanya sejak tiga hari lepas tentang kerja yang mungkin bertimbun di pejabat. Melihatkan wajah suaminya yang masam itu buatkan dia rasa terhibur.

"Dah la tu. Muncung tu sama macam itik dekat kampung saya dah," seloroh Nas.

"Saya tak nak pergi kerja, awak suruh saya pergi kerja. Nanti bila saya betul-betul sibuk, haa... jangan merungut kalau saya tak ada masa dengan awak," bidas Haqeem. Tali yang tergantung dilehernya dikemaskan.

"Alaa, janganlah cakap macam tu. Bukan saya tak suka awak ada dengan saya macam sekarang ni... cuma saya risaukan kerja awak tu. Kalau ada hal penting dekat pejabat, tapi awak tak ada dekat sana... macam mana staf awak nak bagitahu awak?" pujuk Nas sambil memeluk lengan Haqeem. Orang kata, sentuhan isteri boleh lembutkan hati suami.

"Tapi saya nak jaga awak sampai awak betul-betul sihat. Awak lagi penting dari kerja saya tau."

"Saya dah sihat la Haqeem. Buktinya, jom turun bawah. Saya dah siap sarapan untuk awak. Plus, saya buatkan air teh kesukaan awak. Earl grey tea," kata Nas dalam nada yang masih memujuk.

Haqeem mengeluh kecil. Ya, kalau ikutkan suhu terakhir badan Nas sudah berada dalam bacaan normal. Namun, dia masih lagi risau dengan keadaan isterinya.

Tanpa sebarang kata, pantas Nas menarik lengan Haqeem untuk turun ke bawah. Disambarnya juga beg kerja dan kot suaminya sebelum menutup pintu bilik mereka. Langkah Nas yang sedikit laju itu membuatkan Haqeem gerun.

"Hey sunflower, careful! Kalau jatuh nanti, tak ke awak yang dapat sakit?"

"Kalau jatuh dalam hati awak apa nak sakitnya."

Dang!

Tepat ke hati jawapan Nas. Terdiam terus Haqeem dibuatnya. Kali pertama terkena ayat pick-up line begitu buatkan jantungnya berdegup laju. Tanpa disuruh, terus dia duduk di kerusinya. Aroma nasi goreng dan juga air teh kegemarannya betul-betul membuka selera. Tangan yang sudah sedia memegang senduk nasi itu terlepas akibat tamparan manja si isteri.

"Biar saya yang buat. Lagipun, awak tak tahu pun rasa nasi goreng ni macam mana. Awak letak banyak, lepas tu buatnya nasi ni masin, tak ke naiya awak nak kena habiskan? Rasa sikit dulu," pintas Nas sebelum disendukkan sedikit nasi goreng itu ke dalam pinggan suaminya.

Terus berubah wajah Haqeem. 'Kalau masin pun kenapa? Makan je lah. Paling tidak pun kena darah tinggi,' desis hatinya.

Dipandang nasi goreng didalam pinggannya sebelum dia mula membaca doa makan. Suapan pertama berjaya masuk ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan dan sengaja dia lambat memberi reaksi kerana dia tahu isterinya itu sedang menunggu respon darinya.

"Hmm..."

"Macam mana? Aih... saya tahu mesti tak sedap punya. Takpe lah, awak makan benda lain je lah. Saya buatkan awak roti bakar, nak tak?" seraya itu, Nas bangun dari duduknya namun laju Haqeem menarik tubuh kecil itu menyebabkan Nas terduduk di atas riba Haqeem. Mengeras tubuhnya apabila terasa hangat nafas lelaki itu dicuping telinga kirinya.

"I didn't say a word yet, sunflower. Kalau awak nak tahu apa yang saya rasa pasal nasi goreng awak ni... it's good. Cuma, kurang masin. But still, i can eat it. Tak payah susah-susah nak buat roti bakar pulak," komen Haqeem sambil mengusap perlahan perut isterinya.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now