"Alright everyone, i think that's all for today. Thank you for your cooperation. You guys may leave."
Sejurus itu, kesemua pekerja keluar meninggalkan bilik mesyuarat. Haqeem pula menyandarkan tubuhnya pada kerusi sebelum mengeluarkan telefon dari poket kotnya. Aplikasi whatsapp dibuka apabila menerima satu notifikasi dari isteri tercinta. Ewahh!
Are you done with your meeting? - 🌻
Yes my dear, why? - Haqeem
Maksudnya saya boleh kacau awak kan? - 🌻
Tergelak kecil Haqeem membacanya. Dia perasan, sejak akhir-akhir ini Nas seperti suka menyakatnya apatah lagi bila dia stress ditempat kerja. Awalnya dia hairan, namun dia tetap suka dengan sikap baru isterinya.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Laju dia mengangkat panggilan itu tanpa perlu melihat nama memandangkan dia tahu siapa gerangan yang menelefonnya ketika ini. Memang dia sudah tetapkan nada dering yang berbeza dari nombor yang lain.
"Hai, assalamualaikum isteri saya."
"Waalaikum salam suami saya. Macam mana meeting tadi? Is everything okay?" lembut suara Nas bertanya buatkan hati Haqeem berbunga-bunga. Senyumnya tak usah dikata.
"Alhamdulillah, everything's okay. Thank you sebab tanya," dengan senyuman Haqeem menjawab.
Banyak juga perkara yang dibualkan oleh mereka sehinggakan tidak sedar masa yang berlalu. Sudah menjadi rutin baru untuk seorang Al-Haqeem iaitu berbual seketika dengan isterinya. Pernah juga Nas bertanya jika dia menganggu waktu kerja suaminya, namun jawapan Haqeem hanya satu.
"Setakat nak luangkan masa untuk dengar suara kesayangan saya ni, bukannya jadi satu masalah. Lagipun, telinga saya yang mendengar, tangan dengan kaki saya still boleh bergerak."
Sungguh Haqeem tidak kisah jika Nas ingin menelefonnya. Jika dulu dia susah untuk mendapatkan perhatian isterinya, sekarang jadi terlebih mudah. Tunjuk saja muka, mesti terlakar senyuman pada bibir merah itu.
Setelah menghabiskan masa dengan mendengar suara si isteri, akhirnya panggilan dimatikan. Senyuman yang melekat dibibir Haqeem langsung tidak lekang.
Terasa seperti diperhatikan, laju dia mengangkat wajah dan terlihat Hazreel bersama senyuman sinisnya dan juga Firman dengan riak peliknya. Dua pasang mata itu memandang tepat ke arahnya. Haqeem yang sedar dengan keadaan dirinya ketika itu cepat-cepat berdehem sebelum meneutralkan kembali wajahnya.
"Nak apa?" ringkas soalan Haqeem sekadar menutup debar dalam hati.
"Haih, lama sangat bergayut sampai tak tahu dah sekarang pukul berapa. Dah lunch time abangku sayang, tak nak pergi makan ke? Hari tu janji nak belanja Ayie dengan Firman makan, kan Fir?"
"Hah?" tercengang Firman apabila disoal oleh adik majikannya namun apabila terpandang jelingan dari Hazreel, laju dia mengangguk tanda mengiakan kata-kata lelaki itu.
Haqeem yang sudah tahu agenda dan perangai adiknya itu hanya mendiamkan diri. Seiingatnya, dia hanya berjanji dengan Firman, bukan Hazreel. Dasar cucu angkat Haji Bakhil, kedekut nak keluarkan duit sendiri.
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Lãng mạn𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...