Dipandang wajahnya di dalam cermin. Senyuman nipis terlakar dibibir yang tidak pernah merokok. Tangan beruratnya mencapai tali leher yang terletak elok di atas katil lalu dililit kemas pada kolar baju kemeja putih yang tersarung pada tubuh sasanya.
Kemudian, wangian Versace Eros kesukaannya disembur disekitar leher dan pergelangan tangan. Dibuka pula kotak yang berada di dalam laci meja solek lalu diambil jam tangan Rolex Daytona pemberian umminya.
Beg serta kot berona hitam itu dicapai lalu membawa langkah ke arah pintu biliknya. Kaki panjang itu diatur menuruni tangga, menuju ke ruang makan. Pendengarannya disapa dengan suara seseorang yang sangat dikenalinya.
"Good morning Haq. Awal hari ni," sapa umminya, Hajah Khaleeda dengan senyuman manis dibibir.
"Good morning ummiku sayang. Awal ke? Haq rasa biasa je. Maybe sebab hari ni last day kerja untuk minggu ni kut so semangat sikit," selorohnya. Memang dirumah, dia lebih senang dipanggil Haq berbanding Haqeem. Simple!
Hajah Khaleeda menuang air kopi panas ke dalam cawan anak keduanya itu. Baru sahaja ingin bersuara, terdengar sapaan dari ruang tamu.
"Morning everbody!" pekiknya.
"Perlu ke jerit Ayie?" ringkas tapi menyakitkan hati.
"Biarlah. Starting your day with a simple smile and be happy. Bukan macam angah, PMS agaknya,"
"Muhammad Al-Hazreel," potong Hajah Khaleeda. Bukan boleh dibiar... bising serumah nanti.
"Apa bising-bising ni? Depan rezeki kan, tak elok bergaduh," celah Tuan Halim yang baru sampai ke ruang makan.
Mereka mengambil tempat masing-masing. Semua sibuk menikmati sarapan pagi. Suasana dimeja makan sepi sehinggalah Hajah Khaleeda memulakan bicara.
"Abang, hujung minggu ni kita jadikan pergi rumah Rina dengan Fazrul?" lembut suara Hajah Khaleeda bertanya pada suaminya.
"Oh! Nasib baik sayang ingatkan. Abang nyaris-nyaris lupa. Ya, jadi. Abang pun lama tak jumpa dengan diorang. Kali terakhir, sebelum kita fly ke Dubai kan?" jawab Tuan Halim. Sungguh dia rindukan sahabat baiknya itu.
"Iya abang. Saya pun rindu nak bersembang dengan diorang," tambah Hajah Khaleeda.
Haqeem dan Hazreel hanya mendengar perbualan ummi dan ayah mereka tanpa ada niat untuk mencelah. Nasi goreng di depan mata dinikmati dengan penuh selera.
"Nanti, Haq dengan Ayie ikut sekali ya? Kita pergi ramai-ramai," soalan Hajah Khaleeda menyentakkan selera mereka.
Haqeem dan Hazreel berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk perlahan. Bukan mereka tidak suka bersosial, cumanya kalau sudah namanya hujung minggu... apa lagi aktiviti yang seronok dibuat selain tidur, lepak dan makan?
"Awak ada telefon Haffeey tak sayang? Dia macam mana dekat sana? Bila dia nak balik?" Tuan Halim bertanya tentang anak sulungnya kepada Hajah Khaleeda.
"Ada, dia cakap dia okey dekat sana. Katanya, hujung bulan ni baru balik. Lega saya bila dia cakap macam tu. Rindu," luah Hajah Khaleeda. Berjauhan dengan anak sendiri dalam tempoh yang lama buatkan hatinya risau. Sudahlah berada di negara orang.
"Eleh ummi... bila jauh rindu, bila dekat asyik nak gaduh je dengan along," celah Hazreel.
"Ayie apa tahu? Esok-esok Ayie duduk dekat tempat ummi, haa tahu la apa yang ummi rasa sekarang ni," bidas umminya halus membuatkan Hazreel tergelak kecil.
![](https://img.wattpad.com/cover/316853475-288-k222455.jpg)
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...