Bab 15

281 15 0
                                    

"Saya pilih untuk terus percayakan awak Liya."

Suara Haqeem melafazkan ayat itu masih terngiang-ngiang dibenak fikirannya. Dia jangkakan yang Haqeem akan berpaling, namun dia silap. Haqeem tetap dengan keputusannya untuk meneruskan perkahwinan mereka.

Dan sekarang ini, dia berada di Magica Event. Dewan yang seluas-luas alam ini membuatkan Nas tercengang seketika. 'Bapak luas!' bisiknya.

Kelihatan beberapa orang sedang bertungkus-lumus menghias pelamin dan meja makan untuk para tetamu yang akan hadir nanti. Sumpah cantik kerana ianya bertemakan 'garden wedding'. Itupun pilihan Puan Zarina dan Hajah Khaleeda bersama. Dia dan Haqeem hanya menurut.

Dari jauh dia lihat Hajah Khaleeda sedang berbual-bual dengan pekerja yang menguruskan bahagian laluan untuk pengantin berjalan ke pelamin nanti. Entah apa yang dibincangkan pun tak tahulah. Padanya, sudah cukup cantik hiasan yang mereka buat. Puan Zarina pula, menghilangkan diri ke bahagian pelamin.

"Haih, dah nak kahwin dah kau ye Nas," keluh Nas yang memilih untuk berada jauh dari kumpulan manusia ditengah-tengah dewan.

Banyak perkara yang mengganggu fikirannya ketika ini. Mana tidaknya, esok hari bahagianya dan sepatutnya dia turut merasa bahagia. Namun, apa yang dia rasa ketika ini hanyalah resah dan gusar.

Dari pagi tadi lagi dia terganggu. Sudahlah mimpi ngeri itu datang lagi menjengah diri, kehadirannya kesini pun dipaksa oleh mummynya. Adeh!

"Nas!" kuat jeritan suara yang memanggil dirinya. Suria?

"Weh... macam mana kau tahu aku dekat sini?" soal Nas yang hairan dengan kedatangan sahabatnya itu.

"Mummy yang bagitahu korang semua dekat sini so, aku datanglah sini. Bolehlah aku jumpa dengan bakal mak mertua kau sekali. Mesti cantik," jawab Suria selamba sambil matanya memerhati sekeliling dengan terujanya.

"Asal kau cakap macam tu?"

"Yelah, kalau dah si Haqeem dengan Hazreel tu handsome nak mati, aku berani jamin yang mak diorang mesti cantik especially mata hazel tu," kata Suria. Macam lupa suami sendiri nampak...

Belum sempat Nas berkata, panggilan Hajah Khaleeda dan Puan Zarina mematikan perbualan mereka. Laju tangan Nas menarik lengan Suria untun menemaninya. Kurang selesa dengan mata-mata yang memandang ke arahnya.

"Suria ya?" lembut Hajah Khaleeda bertanya.

"Ya, saya Suria auntie. Auntie Khaleeda kan?" Suria bertanya kembali dengan senyuman. Hajah Khaleeda membalas dengan senyuman manis. Laju Suria menyalam tangan Hajah Khaleeda dan Puan Zarina.

"Dah agak dah auntie Leeda ni mesti cantik punya. Tak sangkalah pulak macam ni punya lawa. Mata auntie cantik," melambung-lambung Suria memuji.

"Amboi dia, pandai nah ambik hati orang. Mummy ni tak pernah puji pun," celah Puan Zarina dengan jelingan mengusik.

"Mummy tak payah puji pun Suria tahu mummy memang cantik dari dulu," disebabkan itu mereka semua ketawa.

"Sebenarnya ummi nak tanya Liya. Apa pendapat Liya untuk semua ni? Dari segi baju sampailah decorations dewan ni... Liya suka?" lembut Hajah Khaleeda bertanya kepada bakal menantunya. Tidak sabar sungguh untuk dia menanti hari esok.

"Liya okey je ummi, Liya suka. Ini pun dah lebih dari jangkaan Liya sendiri. Ingatkan ummi dengan mummy buat simple je," Nas memerhati sekeliling. Memang lari jauh dari bayangannya.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now