Bab 28

213 13 2
                                    

Hari ini merupakan hari terkahir mereka di Langkawi. Seawal jam 8 pagi, Haqeem sudah menggerakkan kapal layar miliknya pulang ke Telaga Harbour. Setelah itu, mereka sempat menikmati sarapan pagi mereka di hotel.

Pada Nas, agak merugikan kerana Haqeem membayar harga penuh untuk penginapan mereka disini padahal sudah tiga hari mereka berlayar. Ada juga Nas menyuarakan hal ini namun Haqeem hanya menayang sengih comelnya.

Kalau diikutkan tempahan yang sudah dibuat oleh Haqeem, penerbangan mereka pada pukul 12 tengah hari nanti. Jadi, masih berbaki satu jam lebih untuk mereka bergerak lapangan terbang. Dia mengalihkan pandangan ke arah Haqeem yang asyik dengan telefonnya. Aihh!

"Tak sempat sampai KL lagi dah busy. Macam manalah saya nanti kalau dah sampai sana? Mesti asyik kena abai je," bebel Nas kuat. Sengaja mahu mengalihkan perhatian suaminya. Ditenung juga ais krimnya yang sudah mencair. Sudahlah isinya banyak sebab kata Haqeem mahu berkongsi tapi sudahnya dia makan sorang.

Terlepas tawa Haqeem. Dia tahu isterinya sedang memerlinya. 'Membebel pun dah comel. Ahh, makin parah aku ni. Angau!' bisiknya dalam hati.

"Awakkk... saya cuma balas a few chats dari assistant saya la. Kalau saya tahu yang isteri saya ni nakkan perhatian dari saya, saya tak layan dah chat tu. Biar je, padan muka dia cakap sorang-sorang," balas Haqeem dengan senyuman senget.

Nas hanya menjeling. Rasa nak tergelak mendengar ayat terakhir Haqeem namun sengaja dibekukan wajahnya. Tangannya sudah mula melekit itu buatkannya rasa tak selesa. Belum sempat dia bersuara, tangannya ditarik dan ais krim dalam genggamannya sudah bertukar tangan. Haqeem juga sudah menghulurkan air dan sapu tangan miliknya kepada Nas.

"Cuci tangan awak lepas tu lap guna sapu tangan," kata Haqeem. Dirasa ais krim yang sudah mencair hampir sepenuhnya. Nas hanya menurut memandangkan dia sangat memerlukannya.

"Awak nak tahu something tak sunflower?"

"Apa?" dilayankan juga soalan tiba-tiba suaminya.

"Awak punya sinaran tu kan, ais krim pun boleh cair. Itu baru ais krim, belum saya lagi. Kalau saya cair, awak balik KL sorang la. Mustahil awak nak kutip cecair saya yang melimpah atas pasir ni. Mahunya sampai ke sudah tak boleh," kata Haqeem selamba sambil menikmati ais krim.

Berkerut dahi Nas akibat tercengang sebelum dia ketawa bebas. Walaupun lawak Haqeem itu yang bukan-bukan, namun dia terhibur. Lawak yang lebih kurang sama ketika mereka berkayak dulu. Apalah nasib dapat suami seperti ini...

Setelah selesai Haqeem menghabiskan ais krimnya, mereka berdua mula melangkah ke kereta. Sempat mereka bergambar bersama. Kata Haqeem, sebagai kenangan terindah dalam hidupnya kononnya. Nas pula hanya menurut.

Sebaik sahaja mereka tiba dilapangan terbang, Haqeem menghilang bersama bagasi mereka. Ada juga Nas bersuara untuk membantu namun laju ditegah Haqeem. Jawapannya hanya satu.

"Dari awal lagi saya dah pesan. Awak cuma perlu bawak hati saya dengan awak je. Tak payah yang fikir pasal hal lain."

Kadang-kadang, letih juga bercakap dengan suaminya itu. Ada saja jawapan yang bakal dia terima. Tapi, bila difikirkan balik mungkin inilah apa yang Suria rasa setiap kali dia membidas kata-kata dan nasihat dari sahabatnya itu. Penat.

Setelah penantian mereka tiba ke penghujung, mereka bergerak masuk ke dalam kapal terbang. Sebaik sahaja mereka duduk dikerusi mereka, sekali lagi nafas Nas terganggu. Seperti kebiasaannya setiap kali dia naik kapal terbang, perkara ini akan terjadi.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now