Bab 36

231 8 0
                                    

Sejak Nas sedarkan diri dari kejadian tempoh hari, dia terus mengurungkan diri dalam bilik tetamu. Dia masih terkesan dengan apa yang berlaku. Padanya, kalau bukan sebab dia ikutkan nafsu sendiri dulu, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Namun dia tahu, inilah kifarah yang dia perlu hadap.

Haqeem? Entahlah. Ada juga suaminya itu datang mengetuk pintu bilik berkali-kali mengajaknya makan, namun langsung tidak endahkan. Dia tahu, apa yang dia buat itu salah tapi dia masih lagi tidak mampu memandang wajah suaminya itu. 

Perlahan-lahan dia turun dari katil dan berjalan ke arah pintu bilik. Dibuka pintu bilik dan menjengulkan kepala sedikit. 'Macam sunyi je... dia tak balik lagi kut,' bisik hati Nas walaupun dia sendiri kurang pasti. 

Kaki panjangnya mula melangkah turun ke tingkat bawah dan bergerak ke dapur. Perutnya minta diisi sejak semalam lagi tapi sengaja dibiarkan sebab tak mahu bertembung dengan Haqeem. 

"Sayang lapar ke?" 

"Ya Allah!" hampir luruh jantungnya apabila disergah begitu. Seketika, riak wajahnya mula berubah apabila matanya bertentang dengan mata hazel Haqeem yang redup itu.

'Dia cuti ke? Lari Nas, lari!' arah hatinya. Belum sempat Nas mahu melarikan diri, laju tangannya disambar menyebabkan dirinya automatik dalam pelukan Haqeem. Dapat dia rasa renungan tajam dari suaminya.

"Sampai bila awak nak mengelak dari saya, sunflower? Awak tahu tak, saya rindu sangat dekat awak. Hari-hari saya ketuk pintu bilik tu sebab saya nak tengok muka awak, nak dengar suara awak. Tapi..." sayu Haqeem meluahkan rasa hatinya. Ditenung wajah bersih isterinya. 

Luluh hati Nas. Dia juga rasa apa yang Haqeem rasa. Rindu. Ya, dia terlalu rindukan Haqeem. Tanpa diminta, air matanya jatuh setitik demi setitik. Ternyata, berkurung dalam bilik sendirian bukan jalan yang baik. 

"S... saya... malu. M... malu dengan awak. Sedangkan saya jijik dengan diri sendiri, apatah lagi awak, Haqeem. Macam mana baik pun awak, saya tahu awak tetap manusia biasa yang nakkan kebahagiaan. Saya tak layak nak bagi awak semua tu."

"Hey hey! Siapa cakap awak tak layak? Awak isteri saya Liya, awak kebahagiaan saya. Setiap hari saya berdoa supaya bahagia yang kita ada ni berpanjangan," pintas Haqeem. Dia tidak suka dengan apa yang keluar dari mulut Nas. 

"Untuk pengetahuan awak, demi Allah, saya langsung tak terkesan dengan apa yang saya dengar hari tu. Saya percayakan awak, Liya. No doubt," sambung Haqeem sambil mengelus rambut isterinya.

Makin laju air mata Nas mengalir. Jika dulu, air matanya tersangatlah susah untuk keluar, namun bila berdepan dengan Haqeem hatinya jadi cengeng. Sedikit demi sedikit, beban yang ditanggungnya sejak kejadian itu mula menghilang. 

Lama mereka dalam kedudukan mereka sebelum Nas meleraikan pelukan. Air mata yang masih tersisa pada wajahnya sudah dibersihkan oleh tangan kasar Haqeem. 

"Haqeem..."

"Yes sunflower?

"Boleh saya tahu, gambar yang awak tengok hari tu, gambar apa?" takut-takut Nas bertanya. Dia takut jika gambar yang dilihat itu tidak sama dengan apa yang pernah dilaluinya. 

Haqeem menarik nafas panjang dan dihela perlahan. Kerusi di meja makan ditarik sebelum melabuhkan duduk. Tubuh Nas juga ditarik perlahan untuk duduk diatas ribanya. Rindunya pada Nas masih belum habis dilepaskan lagi. 

"Betul sayang nak tahu?" sengaja Haqeem bertanya. Melihatkan Nas yang beria mengangguk, Haqeem hanya melepaskan keluhan kecil.

"Gambar-gambar tu semua, it shows nothing. It's just gambar korang pergi bercuti dekat somewhere, i guess. Saya sendiri pun tak sangka yang dia berani buat macam tu," terang Haqeem tenang. Dikerling sedikit wajah Nas dan ternyata isterinya itu seakan sedih dengan apa yang berlaku. 

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now