Bab 30

227 9 0
                                    

Dipandang wajahnya yang sudah siap dengan solekan ringkas. Puas dia habiskan masa selama satu jam lebih dengan menonton video yang Suria hantar padanya siang tadi. Risau juga dia kalau apa yang ditunjuk oleh Suria langsung tidak memberi kesan yang sama pada wajahnya. Ada yang jadi pelakon opera China nanti.

"Kenapa rasa macam tebal je aku conteng muka aku ni? Aihh, sempat lagi ke nak cuci ni?" bebel Nas sendiri. Tanpa dia sedar, ada sepasang mata yang seronok memerhati tingkahnya. Comel.

Belum sempat dia mencapai facial cotton untuk mencuci mukanya, tangannya disambar dari belakang. Laju dia menoleh ke belakang dan terpampang wajah suaminya yang seperti menahan tawa.

"Kenapa?" tanya Nas.

"Tak payah sibuk nak cuci, nanti kita terlambat pulak sampai sana. Lagipun, saya suka awak makeup macam ni. Cantik," puji Haqeem sambil tangannya menyimpan kembali facial cotton itu. Terkedu Nas namun bibirnya terukir senyuman manis.

"Tapi ingat... cantik untuk saya je. Saya tak suka orang lain pandang isteri saya lebih-lebih. Awak tu tak pakai makeup pun cantik, ini pulak pakai makeup. Lagilah orang suka tengok," sempat lagi Haqeem menyambung katanya membuatkan Nas tercekik liur. Terlepas tawanya melihat wajah cemburu suaminya.

"Kalau macam tu, baik saya buang je makeup ni. Saya tak nak buat suami saya ni cemburu walaupun orang cakap cemburu tu tanda sayang, kan?" jawab Nas perlahan. Disentuh lembut dada tegap milik Haqeem dan diusap perlahan.

Haqeem meneguk liurnya kasar. Sentuhan kecil dari isterinya itupun sudah mampu buatkan dirinya kematian kata. Tersedar yang masa sedang bergerak, cepat-cepat dia menggenggam tangan kecil isterinya lalu diatrik menuju ke tingkat bawah.

Mereka mengenakan pakaian dengan warna yang sedondon. Warna putih menjadi pilihan Haqeem. Apabila ditanya, jawapan lelaki itu...

"Putih, melambangkan kesucian. Sama jugak macam cinta, kasih dan sayang saya pada awak. Suci dan bersih. Plus, you look stunning in white."

Terus Nas berhenti bertanya. Jawapan tak diduga Haqeem, kadang-kadang mampu buatkan dia rasa nak sorokkan kepala dalam tanah. Malu, tapi suka. Suka dengan setiap kata pujiam dari lelaki itu. Perempuan mana yang tak sukakan pujian, kan?

Sepanjang perjalanan mereka, banyak perkara yang dibual oleh mereka. Langsung tidak sedar bila mereka tiba disini. Nas hanya memerhati setiap kereta yang diparkir disekitar kawasan bangunan hotel yang gah ini.

The Diamond Hotel.

Dia tahu hotel ini antara hotel yang ternama dan bukan calang-calang orang yang tinggal disini. Dalam hati, dia berasa bersyukur. Walaupun keluarganya tidak berpangkat dan dikenali seperti keluarga Tuan Halim, namun dia masih dilayan baik. Bahkan terlalu baik.

"Sunflower, tak nak turun ke?" suara itu menyentakkan lamunan Nas. Laju dia menoleh ke sisi untuk melihat suaminya yang tersenyum kecil ke arahnya.

"Err... sorry. Jomlah turun," laju dia membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta.

Seketika kemudian, Haqeem sudahpun berdiri disebelahnya. Baru sahaja mereka mula berjalan, langkah Haqeem terhenti. Dia menoleh ke belakang dan kelihatan isterinya juga sudah mematikan langkahnya. Tanpa sebarang kata, dia menghulurkan tangan kepada gadis itu.

Berkerut dahi Nas melihatkan perbuatan Haqeem. Namun, tak lama selepas itu, terukir senyuman kecil dibibir merahnya sebelum menyambut huluran itu. Digenggam tangan kekar itu kuat sebelum mereka sama-sama menyambung langkah masuk ke dalam bangunan itu.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now