Bab 24

292 12 0
                                    

Memandangkan kampung Nas terletak di bahagian utara Malaysia dan dia sudah terlalu hafal dengan jalan disini, baru 15 minit mereka memulakan perjalanan, Nas sudahpun dapat meneka ke mana destinasi mereka hari ini. Walaupun kali terakhir dia datang kesini adalah 4 tahun yang lepas namun tiada perubahan pada sekitar jalan.

Gunung Mat Chinchang.

Segalanya menjadi mudah kerana awal-awal lagi Haqeem sudah membuat tempahan khas untuk mereka. Jadinya, mereka tak perlu beratur panjang seperti orang lain.

"Awak tak bagitahu pun yang awak buat tempahan awal?" tanya Nas sewaktu mereka berjalan ke tempat untuk naik cable car.

"Kalau saya bagitahu, dah bukan suprise namanya sayang," meleret suara Haqeem menjawab.

'Sayang? Aihh la Haqeem...' desis hati Nas.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam cable car, Nas cuba mengawal nafas dan detak jantungnya sebaik mungkin. Ditahan matanya daripada memandang ke bawah memandangkan lantai cable car mereka itu diperbuat daripada kaca lut sinar.

Tersentak Nas apabila jari jemari Haqeem sudah selamat bersatu dengan jarinya. Dikemaskan genggaman tangan mereka sebelum Haqeem menghadiahkan satu senyuman manis.

"It's okay, i'm here. You don't have to worry."

Tersenyum manis Nas. Dia tahu Haqeem akan menepati janjinya.

Apabila mereka sampai di hentian yang teratas, Nas menarik nafas lega. Mana tidaknya, walaupun kuat dan hangat sentuhan tangan Haqeem namun masih ada baki rasa takutnya.

Sejuk dipuncak gunung juga kuat mencengkam tubuh mereka. Nasib baik juga mereka memilih untuk memakai hoodie. Sekurang-kurangnya sejuknya tidak terasa sangat.

"Awak bawak camera awak kan?" tanya Haqeem.

"Mestilah. Camera ni dah kira macam kawan baik saya jadi dia kena ada dengan saya setiap masa. Kecuali masa-masa tertentu," tersenyum Nas menjawab sambil menepuk beg yang berisi kamera dan perkakasannya.

Hilang seketika senyuman Haqeem dan Nas sedar akan perubahan itu. Belum sempat Haqeem melangkah pergi, Nas menahan tubuhnya dengan tangan.

"Kenapa Haqeem? Awak macam tak suka je. Saya ada salah cakap ke?" serba salah Nas bertanya. Risau juga.

Mata helang hazel milik Haqeem menikam wajah bersih isterinya. Terkedu juga dia bila dapat dia tangkap riak takut pada wajah itu namun cepat-cepat dia abaikan.

"Tak adalah. Awak tak salah cakap pun. Cuma..." sengaja didinginkan suara dan menggantung ayatnya.

"Cuma..."

"Cuma... kenapa bukan saya?"

"Hah?"

"Ya la, awak cakap kamera awak ni perlu ada selalu dengan awak sebab dia dah macam kawan awak. Habis tu, saya ni apa? Saya pun nak jugak ada dengan awak, teman awak setiap masa. Mana aci macam ni."

Terkebil-kebil mata Nas memandang Haqeem yang sudah menayang muncung itik sebelum terburai tawanya. Sakit perutnya hanya kerana banyak gelak.

Ya Allah, suami siapa ni?! Comel betul!

"Haqeem... awak tak boleh la nak samakan diri awak dengan kamera saya ni. Kamera kena selalu ada dengan saya sebab kerja, tapi kalau awak... tak perlu ada alasan pun nak melekat dengan saya. Saya tak kisah, saya lagi suka ada la."

Terkedu tiga saat Haqeem dengan kenyataan Nas yang sudahpun melangkah meninggalkannya. Namun, setelah diproses ayat-ayat itu dengan baik, bibir merah itu koyak dengan senyuman lebar. Dikejar langkah isterinya yang laju dihadapan.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now