Bab 09

266 20 0
                                    

Sejak perbualannya bersama Puan Zarina dan Encik Fazrul semalam, Nas menjadi seorang yang kurang penyabar hari ini. Baru sahaja tadi dia bertengkar dengan Alif hanya kerana sebatang pen hitam yang tiada dakwat. Pelik kan?

Nas sendiri buntu. Tidak tahu apa yang harus dia buat supaya dia tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarganya dan yang paling penting sekali adalah tidak merosakkan masa depan anak orang.

Dia berani jamin, tidak akan ada satu orang pun yang boleh terima dirinya melainkan orang itu memang dilahirkan tidak berperasaan. Sebelum statusnya bertukar, lebih baik dia berfikir macam mana mahu menghalang rancangan keluarganya dan keluarga Haqeem dari berjaya. Sudah pastinya tidak berpunca daripadanya. Niatnya yang ingin menerima dengan hati terbuka semalam terkubur begitu sahaja.

"Selagi boleh berjuang, kita berjuang!"

"Hoi!!" terjah Zara secara mengejut. Risau dia melihat Nas bercakap sendirian. Sudahlah tadi berangin macam ribut taufan, sekarang gila pulak ke?

"Ishh! Kau nak apa?" kasar Nas bertanya kepada Zara.

"Tak ada la, i tegur you je. Bercakap sorang-sorang, ghisau la. Meroyan ke?" perli Zara.

"Aku okey. Dah la, kau pergi sambung kerja kau. Sibuk je dekat sini," halau Nas dengan menolak tubuh Zara kembali ke tempatnya.

Selangkah dia bergerak ke mejanya, dia berselisih dengan Encik Kamarudin. Walaupun tidaklah dia takut, namun perasaan cuak masih bersisa dalam hati. Dibuatnya dia buka mulut, mahu jadi gosip terbaru aras ini. Konon dia ada skandal dengan anak orang kaya. Ishh! Tak teqingin!

"Kamu okey ke Nas? Macam nampak hantu je," teguran dari Encik Kamarudin berjaya mencuri perhatian Nas. Bukan sahaja Nas, tetapi Zara juga.

"Hah? Err..." Nas kematian kata. Pelik!

"Kalau tak okey, pergi rehat dulu. Kerja tu memang sampai bila-bila pun tak akan habis. Nanti lunch, pergi makan. Jangan tahan perut, faham?" lembut suara Encik Kamarudin berpesan. Siap dengan senyuman manis lagi. Sah! Dia yang gila!

"Err... baik encik. Terima kasih," balas Nas ringkas. Dah tu, nak cakap apa lagi kan?

Encik Kamarudin meninggalkan Nas yang berdiri tegak macam tiang bendera. Terkebil-kebil matanya melihat susuk Encik Kamarudin menghilang dari pandangannya.

Pelik, tapi ia benar-benar terjadi. Raja mulut puaka bercakap dengannya menggunakan nada yang lembut? Siap dengan pesanan ringkas lagi. Uishh! Mana dia tidak terkejut.

"Nas... you jampi apa dekat dia sampai jadi macam tu?" tanya Zara yang menjadi saksi. Tercengang dia tiga saat. Dah nak mati ke apa?

Nas hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. 'Takkan la kena ugut dengan Haqeem dah cuak kut?' bisiknya dalam hati.

Haqeem!

Ya, semalam dia perasan yang Haqeem ada berbual dengan Encik Kamarudin. Entah apa yang dibualkan mereka pun tidak tahu. Apa yang pasti, riak wajah Encik Kamarudin semalam seperti takut dengan Haqeem sampaikan nak pandang pun tidak berani.

Rasa ingin bertemu dengan Haqeem semakin membuak-buak dalam hati. Kalau ikutkan rasa hatinya, sekarang juga dia pergi ke tempat kerja Haqeem. Bukan dia tidak tahu jalan memandangkan baru semalam dia pergi ke sana. Pejam mata pun boleh sampai.

Puas dia berfikir tentang perkara yang dibualkan dengan orang tuanya semalam. Sedar tidak sedar, azan subuh berkumandang. Langsung dia tidak dapat melelapkan mata hanya disebabkan hal itu.

Dia tahu dan dia sendiri dapat rasa yang Haqeem itu seorang lelaki yang baik. Tetapi tetap juga dia manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Lelaki sebaik Haqeem haruslah dengan perempuan yang baik juga, dan perempuan itu bukanlah dia.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now