7 tahun kemudian...
Jelas dimatanya, pasangan kembar itu sedang seronok berlari-lari ke sana dan ke sini. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Bagaikan khayal di alam mereka sendiri.
"Hirz! Hayyan! Jangan lari laju sangat sayang. Nanti jatuh kang haa... mama tak nak tolong ya," jerit Nas. Risau mula bertandang apabila anak-anaknya semakin seronok berkejaran sesama mereka.
Muhammad Al-Hirz dan Muhammad Al-Hayyan. Amanah dan juga nyawa buat Nas dan Haqeem.
Pasangan kembar yang dikurniakan oleh Allah buat mereka setelah lama menanti. Kini, usia mereka enam tahun. Namun, gelegat mereka langsung tidak padan dengan umur.
"Hey sunflower," tersentak Nas dengan perbuatan Haqeem yang tiba-tiba memeluknya dari belakang.
"Hubby! Nasib baik Liya tak ada sakit jantung. Kalau tak, jadi duda terlajak larislah hubby nanti," seloroh Nas sinis. Geram dengan sikap Haqeem yang suka bertindak mengejut.
"Sayang! Apa cakap macam tu? Kata-kata tu doa. Hubby tak suka sayang cakap macam tu," balas Haqeem dengan nada tegas. Jelas yang dia tidak suka dengan gurauan isterinya.
"Alolo, okey. Sayangku Al-Haqeem yang handsome lagikan menawan, Liya mintak maaf ya. Janganlah marah-marah. Nanti Liya gorengkan fries untuk hubby, nak?"
"Tak nak! Hubby ada friesphobia."
Terlepas tawa mereka berdua. Begitulah kehidupan mereka sekarang. Sifat tenang dan sabar Haqeemlah yang berjaya menguatkan hati Nas untuk terus setia disisi lelaki itu. Ada sahaja sikapnya yang buatkan hati Nas tercuit setiap hari. Jika tiada gurauan dari Haqeem, bagaikan tidak lengkap harinya.
"Mama! Ayah!"
Tangisan dari Hayyan menghentikan perbualan suami isteri itu. Terkedek-kedek anak kecil itu berlari ke arah mereka sebelum menunjukkan tangannya ke arah Nas.
"Mama, tengok ni... Hirz buat Yan," adu Hayyan dengan tangisan yang masih tersisa.
"Kalau nak fitnah Hirz, baik Yan ambik pisau, tikam je Hirz dekat sini."
"Muhammad Al-Hirz," cukup dengan seruan nama dari ayahnya, Hirz sedar yang dia sudah terlajak kata. Cepat-cepat dia memohon maaf sebelum kembali menjelaskan perkara sebenar.
"Hirz tak buat apa-apa pun. Yan yang jatuh sendiri sebab tersadung kaki dia. Kebetulan Hirz berdiri dekat dengan Yan, terus dia tuduh Hirz tolak dia," terang Hirz dengan nada tenang. Rasa marah masih berbaki tapi ditahan sebaik mungkin.
Ya, sikap dan rupa Hirz lebih kepada Haqeem manakala Hayyan pula lebih kepada Nas. Manja dan cepat gelabah.
"Okey, mama percaya Hirz. Hayyan, jom mama cucikan luka tu," serentak itu, Nas mencapai tangan kecil Hayyan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan dua beranak itu diluar.
"Mama tak sayangkan Hirz."
Sedikit tersentak Haqeem mendengar bisikan dari Hirz. Ini bukan kali pertama telinganya menangkap ayat sedemikian rupa, namun kali ini dia tidak boleh membiarkan perkara itu berlarutan.
"Hirz, come here," ringkas arahan Haqeem sebelum perlahan Hirz melangkah mendekatinya. Diangkat tubuh kecil itu duduk diatas ribanya.
"Hirz sayang mama tak?" laju Hirz mengangguk. Mestilah dia sayangkan mamanya. Mama bagaikan nyawa untuknya.
"Kalau Hirz nak tahu, mama pun sayangkan Hirz. Mama sayangkan Hirz, lebih daripada mama sayangkan ayah tahu. Haa, jealous ayah dengan Hirz," usik Haqeem. Saja dia mahu memujuk anaknya dari berfikiran negatif.
![](https://img.wattpad.com/cover/316853475-288-k222455.jpg)
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...