Bab 27

237 9 0
                                    

"Awak nak pergi mana?" laju Nas menoleh ke arah pemilik suara itu. Haqeem.

"Nak lepak dekat ruang depan. Nak join?" saja Nas bertanya. Tersenyum Haqeem mendengarkan itu. Laju dia mengangguk dan mengikuti langkah isterinya.

"Awak nak minum apa-apa tak? Saya boleh buatkan," sekali lagi Nas mengajukan soalan pada suaminya. Dipandang wajah yang sedang berfikir itu.

"Hmm, hot chocolate please. Thank you," tersengih Haqeem meminta bagai kanak-kanak kecil. Nas hanya mengangguk sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu sendirian.

Seketika kemudian, Nas kembali dengan dua cawan air coklat panas ditangan. Mereka bergerak ke ruang hadapan kapal layar ini dan melabuhkan duduk. Terbentang luas pemandangan laut yang dihiasi dengan matahari yang kian menghilang.

Lama mereka berdua melayan perasaan sendiri. Masing-masing memilih untuk berada dalam dunia ciptaan sendiri. Nas masih menghayati kebisuan itu dengan mensyukuri segala yang dilihatnya ketika ini.

Berbeza dengan Haqeem. Dia asyik memikirkan persoalan yang seringkali bermain dibenaknya. Mahu ditanya pada isterinya, dia risau jika soalannya nanti mengguris luka lama yang sudah semakin sembuh itu. Namun jika dia memilih untuk terus berdiam diri, dia rasa tidak tenang. Seakan ada banyak lopong yang belum terisi dengan jawapan dan kebenaran yang dia mahu. Tanpa sedar, dia terlepas keluhan kecil.

"Saya tahu ada benda yang awak nak tanya dekat saya. Saya nak awak tahu yang saya sedia untuk jawab semua soalan awak tu," tersentak Haqeem mendengarkan itu. Dipandang wajah Nas yang terselit dengan senyuman tawar.

Nas tahu, lambat atau cepat Haqeem pasti akan bertanya tentang apa sahaja yang berada difikiran lelaki itu. Jadinya, lebih baik dia mulakan sekarang sebelum keadaan menjadi lebih sukar untuk mereka nanti. Dilihat Haqeem yang sedang menarik nafas panjang sebelum dilepasnya perlahan. Tatapannya dibalas dengan pandangan lembut.

"Sebenarnya, banyak yang saya nak tanya dekat awak tapi tak apa. Kita mula satu-satu, okey?" jujur Haqeem. Nas hanya mengangguk faham.

"Err... macam mana awak boleh terjebak dengan hubungan sejenis ni?"

Terus mengeras tubuh Nas mendengarkan soalan pertama dari suaminya. Walaupun dia sudah menduga soalan seperti ini namun masih mampu mengelukan lidahnya. Digagahkan juga matanya untuk menatap wajah Haqeem.

"Sejujurnya saya sendiri tak tahu bila saya mula sukakan perempuan. Awalnya, saya macam manusia lain jugak, tertarik dengan jantina yang bertentangan dengan saya. Tapi, lepas apa yang pernah jadi pada saya dulu buatkan saya hilang kepercayaan dekat lelaki. Pada saya, lelaki semua sama je," jawab Nas. Suaranya kedengaran tenang namun gelisah dan sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.

"Apa yang dah jadi?" tanya Haqeem selepas berjaya mencerna kata-kata isterinya.

"Masa umur saya 15 tahun, saya... pernah kena sexual harrasment dekat sekolah. Orang yang terlibat tu pulak, kawan kelas saya jugak."

Tersentak Haqeem. Mengeras tubuhnya saat pengakuan itu keluar dari mulut Nas. Langsung dia tidak menduga seberat ini rasa dan ujian yang ditanggung oleh gadis itu. Disangkanya, Nas memang langsung tidak tertarik dengan lelaki namun dia silap. Dia juga tahu yang Nas pasti mempunyai sebab mengapa dia melakukan itu walaupun ianya terang-terangan salah.

"Disebabkan itu jugak, saya kemurungan. Saya terpaksa pindah sekolah sebab saya trauma dengan apa yang dah jadi pada saya. Saya takut. Then, lepas SPM saya dapat sambung belajar dan bermula dari situ perasaan pelik tu wujud," tertawa sinis dia. Lebih ditujukan pada diri sendiri.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now