Mengeluh lagi. Masuk kali ini, sudah kali yang ke sepuluh rasanya Nas mengeluh. Rasanya seakan mati buat seketika.
Perbualan antara dia dan Haqeem petang tadi langsung tidak membuahkan hasil. Ingatkan bila dia berjumpa dengan Haqeem, lelaki itu akan berubah fikiran dengan kata-katanya. Namun, hampeh!
"Haih, apa aku nak kena buat ni?" soal Nas pada diri sendiri.
Kuat dia menghempas tubuhnya ke atas tilam. Tangannya pula diletakkan di atas dahi, seperti ada masalah besar sangat. Mata hitamnya merenung siling bilik. Kalau boleh tembus, dan lama siling tu berlubang.
'Suria! Baik aku call Suria," cadangnya dalam hati.
Telefon Iphone 12 mininya dicapai dari bawah bantal. Nama Suria dicari dan ditekan perkataan 'call'. Dia yakin yang sahabatnya itu belum tidur. Baru pukul 11:40 malam. Lagipun, suami Suria, Zaquan masih belum pulang dari Itali jadi pasti sahabatnya itu belum tidur.
"Hello," Suria bersuara dari sebelah sana.
"Hello Suria, aku kacau kau ke?"
"Tak la, aku tak buat apa-apa pun. Kau asal call aku? Selalu bukan main payah lagi," sindir Suria.
"Tak payahlah nak perli aku bagai. Aku ada benda sikit nak share dengan kau ni and aku harap sangat kau boleh tolong aku this time," luah Nas dengan nada merayu.
"Bila je aku tak tolong kau? Eiyy! Hah, cerita cepat, apa benda yang macam serius sangat ni?" tanya Suria tidak sabar. Dari nada dan cara Nas bercakap pun dia sudah tahu pasti ada sesuatu yang bermain difikiran sahabatnya itu.
Nas pun menceritakan setiap satu kejadian dan perbualan yang berlaku padanya bermula sejak pertemuannya dan keluarga Hajah Khaleeda dan Tuan Halim atau lebih tepat lagi, pertemuannya dengan Haqeem.
Tiada satu pun yang dia lupa. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa bertentang mata dengan lelaki itu pada malam majlis di syarikat milik Haqeem. Mahu senak perutnya menahan rasa.
"Hmm, berat masalah kau ni. Habis tu, sekarang ni kau nak buat apa sebab kau cakap yang si Haqeem tu memang confident habis nak kahwin dengan kau kan?"Suria bersuara selepas dia mendengar semua yang diceritakan oleh Nas.
"Aku sendiri tak tahu apa yang patut aku buat. Aku blur habis dah ni. Otak aku kosong sekarang... tak tahu nak fikir apa," lemah suara Nas membalas.
"Aku rasalah kan, ada baiknya kalau kau terima je si... siapa nama dia tu? Haqeem? Hah, terima je dia tu. Siapa tahu, Allah hantar dia untuk jadi jodoh kau."
"Tapi kau sendiri tahu kan, kenapa aku tak boleh terima dia. Aku tak nak benda ni jadi isu dan punca rumah tangga aku musnah nanti. Kau suka ke kalau aku jadi janda awal?" laju Nas menjawab. Dia bangun pembaringan dan menuju ke arah balkoni biliknya. Pemandangan waktu malam Menara KLCC terhidang elok dimatanya.
"Ya, aku tahu dan aku tak akan lupa. Tapi kau pun kena teruskan hidup kau Nas. Takkan la kau nak hidup dalam keadaan kau yang sekarang ni? Kau nak hidup sorang sampai kau mati ke?" bidas Suria kasar.
"Kau kena ingat tau Nas... dia dah hidup bahagia tanpa kau. Dia bersenang-lenang atas derita kau. Dia lupakan kau, tapi kau? Kenapa kau nak kena seksa diri kau Nas?! Jangan disebabkan orang lain, kau ketepikan bahagia dan masa depan kau la! Nanti kau sendiri yang menyesal," perbincangan yang dimulakan dengan kelembutan terus bertukar menjadi satu perbualan kasar.
YOU ARE READING
Her Real Mate | C
Romance𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧... 𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚 Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitk...