FORBIDDEN LOVE

50.1K 2.2K 81
                                    

"He's my stepbrother."

DIA mendepakan tangannya. Luggage kepunyaannya yang berada dikiri dan kanannya dibawa dengan susah payah.

Menyesal pula dia kerana tidak memberitahu keluarganya perihal kepulangannya hari ini. Sepatutnya, dia pulang pada minggu depan.

"Aish..." dia mengeluh. Menyesal pula tetiba. Padahnya, dia yang kena mengangkat semua barangannya yang banyak ini. Dahlah berat nak mampus.

"Cik muda?" Hadaren mengangkat wajahnya. Dia mengerutkan dahi. Pandangannya ditalakan kekiri dan kekanan beberapa kali. Dia ke?

"Who? Me?" tanya Hadaren. Dia menghalakan jari telunjuknya kedirinya. Cik muda? Macam pelik je.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Siapa lagi yang dia gelar 'Cik Muda' kalau bukan gadis dihadapannya ini? Rasanya tak ada pula dia panggil orang lain.

"Err..." Hadaren menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejak bila pula dia kena panggil cik muda ni? 5 tahun tak balik, memang ada yang berubah ke?

"Tuan muda suruh saya ambil cik muda. Saya bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga cik muda." Beritahunya. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit. Seketika, Hadaren merasa kagum.

"Nama saya Nevan."

Cantiknya. Dia pun nak juga ada lesung pipit macam tu. Dulu dia masih ingat lagi masa kecil, disebabkan terlalu menginginkan lesung pipit, dia mencucuk pipinya menggunakan straw minuman.

Tapi...

Tak berhasil pun.

"Tuan muda?" Hadaren menghulurkan luggage besar miliknya kepada bodyguard itu.

"Tuan muda Qads." jawab Nevan. Takkan tak kenal abang tiri sendiri?

Mulutnya membulat. Tuan muda Qads. Qads Henry, abang tirinya. Eh, tapi macam mana Qads boleh tahu dia pulang hari ini? Abang tiri dia perhatikan dia ke?

Aww, sweetnya!

Setahunya dia tidak memberitahu mana-mana ahli keluarganya jadi bagaimana Qads boleh tahu? Something fishy here. Nak kata abang tirinya itu memerhatinya, nanti beria pula. Yalah, Qads kan tak suka dengan dia. Dari kecil memang anti sangat dengan dia.

Entah kenapa, sebabnya pun Hadaren tidak tahu. Mungkin sebab mereka hanya adik-beradik? Boleh jadi juga. Tapi takkanlah sampai nak benci dia. Lagipula, dia bahagia kerana Puan Farah dan Qads Henry hadir dalam hidupnya. Hidupnya tidak lagi sesunyi dulu.

Kini dia sudah ada tempat untuk mengadu. Meluahkan segala permasalahannya. Jikalau dulu, dia hanya berbual dengan patung bearnya sahaja. Tuan Farhan pula sibuk dengan kerjanya. Ayahnya itu polis. Jadi dia faham.

'Ayah kena selamatkan orang ramai dari penjahat.'

Sampaikan dulu waktu hari lahirnya, ayahnya pernah balik lewat hingga terlepas. Apalagi, dia memang terus melamcarkan perang dingin. Tapi nasib baik Tuan Farhan pandai memujuk dirinya. Tambahan pula, dia tak pandai sangat nak merajuk.

Bagi je dia gula-gula yang banyak. Terpujuklah dia.

"Masuklah, cik muda." pelawa Nevan. Dari tadi lagi dia nampak cik mudanya itu termenung. Ingatkan siapalah agaknya.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now