FORBIDDEN LOVE

14.9K 1.3K 141
                                    

"TERIMA KASIH."

Aiden Darwien menjongketkan sebelah keningnya. Dia pusingkan sedikit kepalanya menghadap Asyuhada Hadaren. Tangan disilangkan didada. Lelaki itu berdehem.

"Hm..." Aiden anggukkan kepalanya. Matanya memandang Hada dengan intens buatkan pipi gadis itu memerah. Malu. Dia palingkan wajahnya.

Lelaki itu tertawa kecil.

"Terima kasih aje?"

Hada dongakkan kepalanya. Dahinya berkerut. Terima kasih aje? Sumpah, dia pun pokai. Tak ada duit. Iyalah, setahun di penjara. Bukannya dia kerja pun. Tak adanya duit masuk kalau tak kerja. Kalau Aiden nak minta sesuatu yang mahal, memang dia tak mampu la nak belikan.

"Abang Aiden nak apa? Hada tak mampu nak belikan barang-barang mahal." ujar Hada.

"Jadi isteri aku. Aku tak perlukan barang-barang yang mahal pun." beritahu Aiden. Dia letakkan tangannya didalam poket seluar. Badannya dibongkokkan sedikit. Menyamai paras wajahnya dengan wajah sigadis. Mata Hada terkebil-kebil apabila wajah mereka begitu dekat.

Jantungnya berdegup pantas.

"Hada bekas banduan."

"So?"

Hada menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus keluar. Dia tahu Aiden faham apa yang dia maksudkan. Takkanlah lelaki itu tidak malu jika memperisterikan seorang bekas banduan sepertinya? Lebih baik lelaki itu mencari isteri yang sama taraf dengannya.

Yang baik latar belakangnya. Bukan dia. Mereka bagaikan langit dan bumi. Ya, dia tahulah ayat dia memang klise. Tapi memang itu pun kenyataannya. Dia nak lari mana lagi? Seumur hidup pun dia akan pegang title bekas banduan tersebut.

"Abang Aiden faham maksud Hada."

Aiden merengus. Tubuh Hada diperangkap. Tangannya diletakkan pada sisi pinggang gadis itu. Hada tersentak. Dia cuba menelan air liur yang tersekat dikerongkongan. Tatapan mata tajam lelaki itu buatkan Hada semakin tidak keruan.

Tapi dia cuba menahan diri.

"Hada, listen to me. Eyes on me, princess." Dagu Hada didongakkan. Mata mereka bertemu.

"You did a terrible thing, it doesn't mean you're a terrible person." Ujar Aiden. Semua orang pernah melakukan kesilapan. Tiada siapa yang sempurna pada akhirnya. Dia juga sama. Bezanya, dia hanya tidak dipenjada sahaja. Tetapi itu tidak bermakna dia ialah orang yang baik.

"Tapi..."

"Shh..." Jari telunjuknya diletakkan pada bibir merah gadis itu. Hada memandang Aiden. Matanya tampak lesu dan tidak bermaya. Dia terhutang budi dengan lelaki itu. Tapi sejujurnya, dia tidak mempunyai sebarang perasaan pun kepada lelaki itu. Dia takut dia akan menyakiti perasaan Aiden.

Dia tidak mahu Aiden bertepuk sebelah tangan.

"Hada tak nak. Hada takut kalau Hada sakitkan hati abang. Bagi abang harapan palsu. Kenapa abang tak cari perempuan lain?"

"Perempuan lain? Hada..." Telinga Hada ditarik. Lembut sahaja. Sengaja. Dia geram sebenarnya.

Meringis kesakitan perempuan itu dibuatnya. Tetapi tidak lama kemudian, tangannya mengelus lembut telinga gadis itu.

"Kenapa tarik telinga Hada?" Hada mencebikkan bibirnya. Tak Qads, Tak Aiden dua-dua memang suka physical attack. Sakit pula hati dia.

Aiden tertawa. "You're adorable when you're angry."

Hada merengus. Tak ada maknanya!

"Kau suka dengan Qayyum?" tanya Aiden. Dia nampak bagaimana gembiranya Hada apabila bersama dengan anak lelaki Qads. Dia cemburu sebenarnya. Patut ke dia ambil anak angkat dan biar Hada yang jadi ibu kepada anak angkat dia.

Dia tak rela tengok Qads dan Hada kembali rapat. Qads itu, licik. Lelaki itu manipulatif. Dia takut jikalau Hada jatuh dalam permainan lelaki itu.

"Hada suka budak-budak. Comel kan?"

"Kalau macam tu, nak aku bagi kau budak-budak yang banyak tak?"

ASYUHADA HADAREN meneguk air dengan perlahan. Gelas kaca itu dibasuh selepas digunakan. Dia termenung jauh memikirkan hubungannya dan Tuan Farhan Malik semakin renggang. Wajahnya pun tidak sudi dilihat oleh lelaki tua itu.

Nampaknya Tuan Farhan memang betul-betul kecewa.

"Hada tak tidur lagi ke?" Hada terbatuk. Terkejut melihat Qayra Heryana yang sedang memakai sleeping mask. Ingatkan hantu mana yang tegur dia tadi.

"Eh, maaf. Qayra tak sengaja nak buat Hada terkejut."

Hada menggelengkan kepalanya. Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak, dah lama dia jalan dulu. Tak sempat nak kahwin dan merasa nak ada anak.

"Qayra pun kenapa tak tidur lagi?"

"Nak pump susu. Untuk Qayyum." Nasib baik Qayra ada. Kadang-kala dia yang akan menyusukan anak Qads Henry dari susu badannya sendiri. Dan dia baru sahaja melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Qaiser Nuh Ev.

Hada hanya mengangguk sahaja.

"Hada tak dapat nak lelapkan mata."

"Kenapa?" Tanya Qayra. Dia meletakkan susu yang telah dipam tersebut didalam peti sejuk.

"Dah biasa. Kat penjara pun macam tu." Ujar Hada lirih. Kadang-kadang dia tak tidur pun. Macam mana dia nak tidur lena dalam penjara kalau hati dan fikirannya ditempat lain?

Qayra terdiam. Rasa bersalah pula.

"Sayang..." Chris Evans pula muncul tiba-tiba. Dengan mata yang tertutup. Dia meletakkan kepalanya pada bahu isterinya. Dia memang akan terbangun kalau Qayra tak ada disebelah.

Hada tersenyum.

"Abang! Janganlah tidur sini."

"Hm..." Evans hanya bergumam sahaja buatkan Qayra menggeleng kepala. Memang sudah kebiasaan suaminya. Dia hilang sekejap pun mulalah macam anak yang hilang ibu.

"Qayra nak tidur dulu. Jangan lupa tidur tau! Tak baik kalau lambat-lambatkan tidur. Nanti Hada sakit." ujar Qayra sebelum pergi dari situ. Gadis itu hanya tertawa kecil. Tengok macam seronok aje kalau dah kahwin.

Tapi dia tak ada calon lagi.

"Hada..." Hada dongakkan kepalanya. Terlihat Qads sedang tergesa-gesa berlari ke arahnya dengan Qayyum yang menangis kuat.

"Kenapa?"

"Dia tak nak dengan aku. Asyik melalak aje dari tadi." Qads menghulurkan anak lelakinya pada Hada. Dia tak tahulah kenapa anak lelakinya asyik menangis sejak tadi. Perut masuk angin ke?

"Dia rindu mak dia ni."

Qads terdiam. Dia memandang Hada yang berusaha mendodoi Qayyum kembali. Gadis itu membuka peti sejuk lalu mengeluarkan stok susu untuk bayi itu.

"Tolong panas." Qads mengangguk. Dia panaskan susu tersebut lalu berikan kepada Hada. Setiap perlakuan Hada tidak lepas dari pandangannya.

"Hada,"

Hada memandang Qads.

"Hada,"

"Ya?"

"Kalau kau jadi mak kepada anak aku, nak ke?" tanya Qads.

Hada mengerutkan dahi. Tak tahulah tapi dia rasa lawak dengan soalan Qads. Kalau dia jadi mak kepada Qayyum pun, apa yang dia dapat?

"Apa yang Hada dapat bila jadi mak kepada anak abang?" Soalan dibalas dengan soalan. Kalau dulu, tak perlulah nak tanya dia. Memang dia nak. Tapi sekarang. Dah lain. Perasannya pada Qads sudah tiada.

"Kau dapat bapak dia. Tak nak ke?"

Hada pandang Qads. Begitu juga dengan lelaki itu.

"Tak naklah. Abang lupa ke kalau Hada ni pembunuh? Nanti tak takut kalau Hada bawa malang kat anak abang juga?"

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now