FORBIDDEN LOVE

13.6K 1.1K 96
                                    

ASYUHADA HADAREN memejamkan matanya apabila bibir Aiden Darwien berlabuh didahinya. Dia memandang lelaki yang telah menyandang status sebagai suaminya. Ya, akhirnya dia telah menerima pinangan daripada lelaki itu.

"Thank you..." Dagu isterinya dicengkam. Aiden tersenyum tipis. Akhirnya, gadis yang selama ini dia nantikan menjadi miliknya jua. Wajahnya ditundukkan sedikit. Hada memejamkan matanya. Jantungnya berdegup dengan pantas. Serasa mahu meletup dan keluar dari sangkar dada.

Sedikit sahaja lagi.

Dan...

"Woi!" Hada terperanjat apabila Qads Henry menjentik dahinya. Dia terus berdiri. Pandangannya dililaukan ke sekeliling. Mencari susuk tubuh Aiden tapi nihil. Susuk tubuh lelaki itu tiada disitu.

"Kau mimpi apa? Sampai bibir terjuih-juih macam tu. Nak aku cium ke?" Ujar Qads. Keningnya dijongket beberapa kali. Mengusik adik tirinya itu. Dia tak nak pun ganggu tidur Hada, tapi hairan pula dia apabila wajah gadis itu berubah merah dengan bibir yang terjuih-juih.

Hada mengusap wajahnya. Dia mengerling Qads. Kacau ajelah. Dia nak mimpi indah pun tak senang. Bukan selalu dia nak mimpi indah macam tu.

"Perasan," Gadis itu mengatur langkah pergi dari situ. Sempat bahu Qads dilanggar hingga lelaki itu terundur selangkah ke belakang. Qads hanya tertawa kecil. Dia mengejar langkah adik tirinya itu.

"Nak pergi mana?"

"Tidur. Takkan nak goda abang pula?" Ujar Hada. Sinis. Dia melajukan langkahnya menaiki anak tangga.

Bibir Qads mengukir senyum sinis. Lelaki itu menggenggam tangan Hada lalu melingkarkan tangannya dipinggang gadis itu hinggakan tubuh Hada berada dalam pelukan Qads. Gadis itu meronta minta dilepaskan. Tapi Qads tetap sahaja mengeratkan pelukannya pada Hada.

"Arent you craving for affection?"

Hada palingkan wajahnya. Qads mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Berbisik dengan sensual dan nada yang lembut. Hada pejamkan matanya. Jangan, Hada. Jangan. Dia takkan pernah jadi milik kau.

"Arent you, Hada?"

Dek kerana rasa geram yang tidak tertahan, Hada menolak tubuh sasa Qads dengan sekuat tenaga. Dia tidak mahu perasaan yang sudah dia buang hadir kembali didalam hatinya dan akhirnya buatkan dia terseksa sekali lagi. Dia tidak mahu perasaan terlarang itu muncul. Dia tidak mahu Tuan Farhan kecewa sekali lagi.

"Abang bencikan Hada dan abang kena berkelakuan macam abang bencikan Hada. Kalau abang buat macam ni semata-mata untuk paksa Hada jadi ibu kepada anak abang dan kekasih abang..."

Jeda. Dia berdehem.

"...Lupakan. Hada akan tolong jaga anak abang. Tak perlu nak risau." Ujar Hada. Dia mendongakkan kepalanya. Memandang tajam Qads. Dia rasa Qads hanya gunakan dia untuk kepentingan lelaki itu sendiri.

"Aku minta ma..."

"Hada maafkan abang. Tak perlu nak minta maaf banyak kali. Ia takkan ubah pun apa yang dah jadi pada masa lalu. Tak perlu rasa bersalah." Bidas Hada. Lagi. Dia menggenggam penumbuk. Kepala didongak ke atas. Menahan cecair panas tersebut daripada jatuh. Dia tidak mahu nampak lemah.

Bibir Qads tampak bergetar. Dia mengusap kasar wajahnya. Tangannya cuba menggapai tangan adik tirinya itu tapi Hada pantas menepis.

"Hada..."

Langkah Hada terhenti.

"Would it please you If I said I might love you some day?" Tanya Qads.

"Then, dont love me. Dont ever love me." Balas Hada. Dia menghela nafas lelah. Qads buatkan dia keliru. Dulu, lelaki itu bencikan dia. Sekarang, lelaki itu seolah-olah mahu memerangkap dia kembali dalam perasaan yang dia sendiri cuba buang.

"Hada tak nak ayah bencikan Hada. Abang dah rampas kasih sayang ayah. Tolong, kali ini jangan rampas apapun dari Hada lagi. Hada dah tak ada tempat nak meluah. Hada rasa penat hinggakan Hada tak tahu mana arah tuju."

Qads diam. Perasaan bersalah semakin menghentam dirinya. Dia menelan air liur yang tersekat dikerongkongan.


AWAL PAGI LAGI, ASYUHADA HADAREN menyediakan sarapan didapur. Nasib baik, dia berjaya dodoikan Qayyum kembali. Kalau tidak, tentu dia tidak dapat berganjak dan menyediakan sarapan awal pagi. Selepas keluar dari penjara, dia dah jadi babysitter tak berbayar pula. Setiap malam Qayyum akan tidur dengannya.

Qads Henry? Nak harapkan abang tiri dia memang taklah. Anak menangis pun masih lagi terbongkang tidur.

"Awalnya bangun." Qayra Heryana dan Puan Farah muncul. Wangi bau masakan tersebut buatkan perut mereka berkeroncongan. Qayra mula mengambil jag lalu membuat minuman untuk mereka. Selalunya dia yang akan buatkan sarapan tapi hari ini dia lewat sebab tidurkan Qaiser Nuh Ev semalam.

Rancak pula anaknya bermain dengan Chris Evans sampaikan tak tidur. Penat juga dia nak memujuk supaya Qaiser tidur. Nasib baik Evans ada. Dia yang tolong dodoikan Qaiser.

"Hada nak keluar." Gadis itu meletakkan nasi goreng dan juga mee goreng di atas meja makan. Lauk-pauk diberikan kepada Puan Farah. Wanita paruh baya itu turut menolong Hada. Setelah itu, dia melabuhkan punggungnya dikerusi makan. Tak sabar nak melahap makanan tersebut. Dah lama dia tak rasa masakan anak tirinya itu. Sejak Hada masuk penjara setahun yang lalu.

"Nak pergi mana?" tanya Puan Farah sambil menghirup teh boh buatan Qayra.

"Abang Aiden ajak keluar." Beritahu Hada. Senyum terukir dibibirnya.

Qayra dan Puan Farah saling berpandangan.

"Iya? Hati-hati. Kalau ada apa-apa bagitahu mak." Puan Farah tersenyum. Dia tahu Aiden Darwien menyimpan perasaan terhadap anak tirinya itu. Dia tahu Aiden muncul kerana mempunyai tujuan. Kalau tidak, manakan anak sulungnya itu akan muncul dihadapan mereka setelah bertahun lamanya.

Hada hanya menganggukkan kepala. Dia mengerutkan dahi apabila telefon pintarnya bergetar banyak kali. Ada banyak mesej dari lelaki itu. Awalnya.

"Hada pergi dulu!" Usai mengucup dahi Puan Farah, Hada terus berlari keluar. Langkahnya diperlahankan apabila susuk tubuh Aiden menyapa kornea mata. Dia kemaskan rambutnya. Lelaki itu tampak segak dengan postur tubuh yang menyandar dipintu kereta.

"Hi!" Sapa Hada. Teruja.

Aiden terus tegakkan tubuhnya. Dia menilik gadis itu atas bawah. Air liur ditelan dengan susah payah. Lelaki itu berpura-pura membetulkan jam tangannya. Dia rasa gementar.

"Hi, princess."

Hada tertawa kecil buatkan Aiden tersenyum kecil. Damn it.

"Tuan muda, motor yang Tuan mudah pesan dah sampai."

Mereka berdua memandang Qadzril. Tangan lelaki itu berlari-lari pada skrin tab. Dia memandang Hada dengan senyuman dibibir. Lalu membongkokkan sedikit tubuhnya. Ini rupanya gadis yang telah berjaya menambat hati tuan mudanya.

"Bonjour, Cik Muda Hada." Sapa Qadzril.

Hada tersenyum. Cik Muda? "Panggil Hada aje."

Aiden menggulingkan biji matanya. Dia menyilangkan tangan didada. Dia melingkarkan tangannya pada bahu lelaki itu lalu berbisik perlahan.

"Kau nak aku potong gaji kau ke?" Bisik Aiden. Drastik lelaki itu gelengkan kepalanya. Tolonglah jangan potong gaji dia. Kalau gaji kena potong, dia nak bagi apa dekat kekasih-kekasih dia nanti?

"Good. Kalau tak nak. Angkat kaki dan jangan munculkan diri lagi. Bonjour, Bonjour. Aku debik kepala kau nanti."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now