FORBIDDEN LOVE

12.6K 795 27
                                    

QADS HENRY mencengkam tangan Asyuhada Hadaren. Wajahnya tampak memerah dengan dada naik turun menandakan bahawa lelaki itu menahan rasa amarahnya. Hada hanya mengikuti sahaja langkah abang tirinya itu. Ke mana lelaki itu mahu membawanya pun dia tidak tahu.

Langkah mereka terhenti apabila Arleo Dazhani menghalang jalan mereka.

"Congratulations, Qads." Arleo tersenyum sinis memandang Qads dan Hada. Dia menepuk bahu lelaki itu.

"Kau boleh ambil dia. Dia dah jadi milik kau." ujar Arleo. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Tetapi senyuman itu ditujukan kepada Hada. Gadis itu hanya diam sejak tadi. Tidak membuka mulutnya.

"Dia memang milik aku dari dulu. Get your hands off!" Bentak Qads. Dia menepis tangan Arleo dibahunya.

Hada tersenyum. Qads kata dia hanya milik Qads sejak dulu lagi. Dia tak salah dengar kan? Terasa seperti ada rama-rama bertebaran diperutnya. Adakah sebenarnya Qads sukakan dia dalam diam dan hanya berpura-pura menjalinkan hubungan dengan Dhea semata-mata untuk buatkan dia rasa cemburu?

"Abang nak bawa Hada ke mana?" tanya Hada.

Qads memusingkan tubuhnya menghadap Hada. Dia melepaskan cengkaman tangannya pada tangan gadis itu. Sejujurnya dia sangat marah apabila Arleo menjadikan Hada sebagai taruhan. Tapi, Dhea kata Hada sendiri yang menawarkan diri pada lelaki itu untuk digantikan sebagai taruhan.

"Have you lost your mind, Hada?" ujar Qads. Datar. Dia menundukkan kepalanya memandang adik tirinya itu.

"Ke..."

"Mana kau letak otak kau? Kau sanggup dijadikan taruhan semata-mata untuk dapatkan perhatian aku kan?" Marah Qads.

Hada tersentak. Dia cuba untuk membuka mulut. Cuba untuk menjelaskan sesuatu tetapi payah. Takkan dia nak tipu Qads padahal apa yang Qads katakan itu sememangnya benar. Dia hanya mahu menarik perhatian abang tirinya.

"Kalau betul, kenapa? Abang nak marah Hada? Abang tak ada hak sama sekali untuk marahkan Hada. You loved me!" ujar Hada dengan penuh keyakinan.

Qads berdiri kaku. Kemudian, dia mengusap wajahnya kasar. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mahu menjelaskan kepada adik tirinya itu. Dia sama sekali tidak mempunyai perasaan terhadap Hada selain perasaan seorang abang kepada adiknya. Sebagai seorang abang, tentulah dia mahu melindungi Hada. Itu tanggungjawabnya.

"Hada..." Suaranya melembut.

"Aku sayangkan kau. Tapi sayang seorang abang kepada adik. Aku tak anggap kau lebih dari seorang adik." Tangannya naik menyentuh bahu Hada. Hada memandang Qads intens. Hatinya meronta-ronta. Dia tidak mahu dianggap sebagai seorang adik. Dia mahukan lebih daripada itu. Dia tidak suka Qads memandangnya sebagai adik. Kenapa Qads tak nak faham perasaan dia?

"Hada tak nak." Hada menggelengkan kepalanya. Tangan Qads dibahunya disingkirkan. Mungkin Qads hanya mahu mempermainkan dia. Qads tidak mahu dia tahu yang lelaki itu sebenarnya cintakan dia. Mungkin Qads hanya menunggu waktu yang sesuai untuk meluahkan perasaan cintanya.

Mungkin...

"Hada tak nak. Hada tak suka. Abang tak boleh anggap Hada sebagai adik. Kalau tak..." Hada memandang Qads tajam. Gadis itu seperti orang yang tidak waras. Dibutakan dengan rasa cinta.

"Hada akan bagitahu Ayah ceraikan Ibu!"

"Hada!" Jerkah Qads. Gila. Gadis itu memang gila. Akal fikirannya sudah tidak waras lagi. Baginya, Hada hanya obses padanya. Yang Hada rasakan bukanlah cinta melainkan rasa obses ingin memiliki dirinya.

"Abang tipu Hada. Abang kata abang akan tunggu Hada tapi abang tipu. You're liar!"

Qads diam. Dia memicit pelipisnya. Patutkan dia lari dari Hada untuk seketika?

"AYAH tak nampak pun kamu semalam. Pergi mana?" tanya Tuan Farhan. Dia memandang anak gadisnya dan juga anak tiri lelakinya. Kedua-duanya sibuk melahap nasi lemak. Dia menggelengkan kepala apabila rambut anak gadisnya serabai.

"Keluar." jawab Qads. Hada pula hanya diam menyambung suapan. Seperti dalam dunianya sendiri. Sekali-sekala, dia termenung jauh. Macam mana kalau Qads akan meninggalkannya seorang diri suara hari nanti dan pergi dengan Dhea? Dia menggengam penumbuk.

"Dengan Hada sekali?" Hada menundukkan kepalanya.

"Ya." Sepatah sahaja yang dibalas. Kemudian, Hada berdiri lalu mengatur langkah pergi dari ruangan makan tersebut. Meninggalkan tanda tanya kepada Tuan Farhan. Tak selalunya Hada akan berkelakuan seperti itu. Selalunya riuh sahaja meja makan dengan ocehan dari anak gadisnya.

"Kenapa, abang?" tanya Puan Farah. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Tuan Farhan. Dia juga perasan Hada tampak tidak ceria tadi. Hanya diam sahaja sambil menyantap makanannya. Dia memandang Qads. Anak terunanya itu hanya diam mengangkat bahu.

"Pergi pujuk adik." Ujar Puan Farah sebelum kelibat Qads keluar dari ruangan dapur tersebut. Dia memandang suaminya. Begitu juga dengan Tuan Farhan. Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Mahu masuk campur tapi kedua-duanya sudah dewasa. Hada dan Qads boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Kedua-duanya bukan lagi budak kecil yang harus dileraikan setiap kali bergaduh.

"Hada..." Qads mengetuk pintu adik tirinya. Dia masuk ke dalam. Hada tidak mengunci pintu. Qads terperanjat apabila Hada dengan selambanya membuka baju. Dia memusingkan tubuhnya. Satu tangan digunakan untuk menutup matanya.

"Abang nak apa?" tanya Hada. Datar.

"Pakai baju dulu. Aku tunggu diluar." Tapi belum sempat Qads melangkah, Hada terlebih dahulu mencengkam tangannya. Menghalang lelaki itu dari melangkah pergi.

"Hada," Tegas sahaja nada Qads menegur Hada.

"Hada dah pakai baju." Hada melangkah ke hadapan Qads. Dan benar, gadis itu sudah memakai bajunya semula. Qads hela nafas lega. Serik. Kali ini dia tak nak masuk ke dalam bilik adik tirinya sesuka hati. Hada pun satu, kenapa tak bagitahu dia?

"Pergi tukar baju yang lagi elok." arah Qads.

Hada mengerutkan dahinya. Dia memandang baju yang tersarung dibadannya ketika ini. Ada yang tak kena ke dengan baju yang dia pakai? Nak kata terdedah tak ada terdedah sangat. Biasa-biasa sahaja.

"Kenapa?"

"Aku nak bawa kau keluar. Kita jalan-jalan. Nak?" Qads menggosok lembut rambut gadis itu. Senyum Hada melebar. Emosinya kembali membaik. Takkan dia nak sia-siakan peluang ini? Jarang-jarang Qads nak bawa dia keluar. Selalunya dia sahaja yang akan memaksa Qads untuk keluar dengannya. Itu pun kadang-kadang ada sahaja alasan lelaki itu untuk mengelak dari dirinya.

"Nak!" Hada melompat kegirangan. Qads tersenyum tipis. Dia berharap Hada akan sedar. Kerana tak lama lagi dia akan melangsungkan pernikahannya dengan Dhea. Dia tidak mahu Hada membuat ulah. Dia berharap sangat Hada akan berubah.

"Abang nak Hada pakai baju apa?" tanya Hada.

Qads diam seketika. Dia memutarkan biji matanya."Pakai baju yang tak menjolok mata lelaki lain sebelum aku cucuk mata dorang." Hada tertawa. Dia dah kata Qads sangat possessive.

"Okay!" Dia melompat memeluk tubuh tegap Qads. Qads biarkan sahaja sebelum dia turut membalas pelukan adik tirinya itu.

"Nak raba sikit!" Lelaki itu terkejut apabila Hada menepuk punggungnya. Matanya membulat besar. Tawa Hada semakin kuat.

"Hada!"

Lelaki pun dah tak selamat sekarang. Bahaya betul.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now