FORBIDDEN LOVE

14.7K 1K 122
                                    

ANGIN malam menyapa tubuh sasanya. Aiden Darwien keluar dibalkoni bilik dengan hanya bertuala. Rambutnya masih basah. Kadang Asyuhada Hadaren yang akan mengeringkan rambutnya.

"Tak sejuk ke?" Satu tangan yang melilit dilengannya buatkan senyum Aiden terukir lebar. Dia mengelus rambut Hada.

"Kenapa?"

"Hmm?"

"Kenapa tak pakai baju dulu? Nanti sejuk pula."

Aidan melirik wajah cantik itu. Bahu isterinya dirangkul lalu dia mengarahkan Hada untuk duduk dikerusi yang ada dibalkoni tersebut. Rambut isterinya diuraikan lalu dia menyisir rambut itu dengan jari-jemari.

Hada hanya diam. Menikmati perlakuan Aiden.

"Macam mana abang tahu buat tocang?"

Aiden gelak. Mulalah nak curiga. Dia tahu pun sebab belajar dari YouTube. Ingatkan nak guna untuk anak-anak mereka nanti. Tapi nak cuba dulu pada isterinya.

"Abang belajar. Kenapa?" tanya Aiden. Tangannya masih ralit menggayakan rambut Hada. Rambut wanita itu begitu lembut dan wangi buatkan Aiden terbuai seketika. Wangi. Isteri dia tak mandi pun wangi.

Hada hanya menganggukkan kepalanya.

"Done!" Satu ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun Hada. Hada menyentuh hasil tangan suaminya. Wanita itu memandang bayangan dirinya pada cermin.

"Cantik." ujar Aiden. Isteri dia...

Memang selalu cantik. Dan selalu akan cantik pada pandangan matanya. Kecantikan itu tidak akan pudar walau dimamah usia sekalipun. Dan isteri dia akan selalu menjadi permaisuri dihatinya.

Pemegang takhta.

"Haah, tocang yang abang buat memang cantik. Terima kasih." Pipinya memerah. Malu.

"Bukan."

"Hah?"

"Bukan tocang tu yang cantik. Isteri abang yang cantik."

Aduh, kali ini dia tidak boleh menyembunyikan rasa malunya. Kepalanya ditundukkan. Dia tidak mahu Aiden lihat bagaimana eksperasi wajahnya ketika ini. Kembang hidung kena puji dengan suami sendiri!

Pipi isterinya ditekup dengan kedua-dua tangan.

"Kenapa cantik sangat?" Kerana tidak dapat menahan rasa geramnya, pipi Hada menjadi sasaran cubitan Aiden. Tidak terlalu kuat tetapi cukup buatkan pipi Hada rasa ngilu. Tangan pula berotot! Mana tak ngilunya.

"Abang... Pipi saya."

Aiden ketawa. Tak tahan sebab geram.

"Esok Hada nak jumpa Qayyum. Lama tak jumpa."

Aiden diam. Tangannya mengelus lembut rambut isterinya. Lelaki itu tidak merespons apa-apa. Hanya memejamkan mata dengan tangan yang bergerak dirambut Hada.

"Abang..." Hada menggoncang lengan suaminya.

"Dengar tak ni?"

"Ya, abang dengar. Esok abang temankan Hada."

Kali ini wanita itu pula diam. Dia menggigit bibir bawahnya. Kalau Aiden ikut, nanti Tuan Farhan rasa curiga pula. Bila dia datang, mesti Aiden ada sekali.

"Tak perlulah. Biar Hada seorang yang pergi. Abang kan esok kerja. Dah dua minggu abang kerja, mesti dah banyak yang tertangguh."

Aiden buka matanya. Dia menciut dagu isterinya. Bukannya dia tidak tahu apa yang ada difikiran isterinya. Takut sangatlah Tuan Farhan tahu hubungan mereka padahal lelaki itu memang sudah lama memgetahui.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now