FORBIDDEN LOVE

12.6K 1K 87
                                    

AIDEN DARWIEN mengerling Asyuhada Hadaren dari ekor mata. Mata gadis itu mengekori ke mana sahaja tangannya meletakkan buah catur tersebut. Aiden tersenyum melihat gelagat Hada yang seperti cacing kepanasan.

"Checkmate!" Hada bersorak riang. Aiden berpura-pura sedih kerana telah dikalahkan oleh gadis itu padahal dia sengaja memberi laluan kepada Hada untuk menang.

Qads hanya memandang mereka berdua. Dia gelengkan kepala melihat Hada yang sudah bersorak gembira apabila gadis itu menang dalam permainan catur. Dia mengalihkan matanya memandang Aiden yang tersenyum tipis. Tak pernah-pernah lelaki itu mahu mengalah.

Aiden tidak suka yang namanya kekalahan. Jadi, Aiden akan melakukan apa sahaja untuknya menang. Bak kata lelaki itu, tiada namanya kekalahan dalam hidupnya. Dia tak suka kalah.

"Abang! Hada menang!" Ujar Hada. Qads mencebikkan bibirnya. Setakat bermain catur, dia pun boleh.

"Abang kena bagi Hada hadiah."

"Kenapa aku pula? Kau main dengan Aiden tapi minta hadiah dengan aku." ujar Qads tidak puas hati. Dia melihat Aiden yang sedang menggulingkan matanya. Nampak sangat tak suka Hada melekat dengan dia.

Bukan salah dia. Berkali-kali sudah dia memberitahu gadis itu supaya menjauhkan diri darinya tapi tetap sahaja berdegil.

Hada memusingkan tubuhnya. Beralih memandang Aiden. Ya, betul juga. Tapi masalahnya, dia tak berani nak minta dengan Aiden. Baru sehari mereka berkenalan. Dia malu lagi.

Aiden tersenyum. Dia keluarkan American Express Centurion Card miliknya. Hada dan Qads sama-sama terkedu. Mereka berpandangan sendiri. Sambil meneguk air liur yang terasa tersekat dikerongkongan, Hada tertawa. Kekok. Nak berguling biji mata dia tengok American Express Centurion Card tersebut.

Kalau boleh dia nak pengsan sekarang juga. Dia pangkuan Qads. Sekurang-kurangnya pengsan dipangkuan orang yang tersayang.

"Lets go." Tangan Hada ditarik. Langkah kakinya terseret kerana Aiden membawanya begitu sahaja. Pintu Lamborghini Veneno miliknya dibuka lalu dia mempersilakan Hada untuk masuk ke dalam. Hada masih lagi terkebil-kebil.

Otak masih kosong. Tidak dapat memproses apa-apapun ketika ini. Rasanya seperti mimpi.

"Abang Aiden nak bawa Hada pergi mana?"

Aiden pusingkan kepalanya. Dia mendekatkan jarak tubuh mereka. Hada tersentak. Nafasnya ditahan. Ini bukan cinta tapi dia terkejut. Malu. Semuanya bercampur baur. Kalau Qads tak ada la dia nak malu sangat.

Tapi...

"All done." Ujar Aiden setelah memakaikan tali pinggang keselamatan pada Hada. Gadis itu tersenyum kekok. Oh, nak pakaikan tali pinggang rupanya. Tapi dia kan boleh pakai sendiri? Kenapa Aiden bersusah payah mahu pakaikan dia pula?

"Hada nak keluar." ujar Hada sambil cuba membuka pintu kereta tersebut. Rasa nak terjun sekarang juga. Ya, terjun. Dia nak terjun.

"Kenapa? Tak selesa? Aku boleh tukarkan kereta baru." Belum sempat Aiden menghubungi anak personal assistantnya, Hada terlebih dahulu menghalang. Gila ke? Sekaya apa Aiden sebenarnya? Boleh-boleh pula dia nak tukar kereta seperti tukar baju?

"Abang Aiden sebenarnya sekaya apa?"

Lelaki itu tertawa mendengar soalan dari Hada. Dia memulakan pemanduannya. Sekali-sekala dia melirik gadis itu. Dia nak sangat jadi badut sekali lagi kalau itu boleh buatkan Hada selesa dengan dia.

Tak apa, mungkin Hada belum selesa dengannya. Nanti-nanti mereka akan menjadi rapat juga.

"Abang Aiden ada berapa banyak kereta sebenarnya?" tanya Hada. Dia tidak mahu situasi antara mereka terasa canggung.

Aiden diam. Dia pun tak kira sebenarnya.

"Abang tak tahu. Tapi kalau Hada kahwin dengan abang Hada boleh dapat semuanya." ujar Aiden sambil tersenyum. Hada sudah tertawa. Nak kahwin dengan dia? Tapi dia sukakan Qads.

"Hada tak suka kereta. Hada suka motorcycle."

Aiden hanya anggukkan kepalanya sambil fokus memandu. Sekali-sekala dia memandang Hada disebelahnya.

TANGANNYA penuh dengan barang-barang yang dibeli oleh Asyuhada Hadaren. Aiden Darwien meringis apabila Hada merangkul bahunya. Bibirnya tidak henti-henti mengukir senyuman lebar. Sakit pinggang pun tak apa demi gadis itu.

"Abang Aiden nak Hada tolong ke?" tanya Hada. Dia berhenti. Melihat Aiden. Matanya fokus pada tangan lelaki itu. Dia cakap aje malu-malu nak guna duit lelaki itu. Tapi itulah, rezeki kan tak boleh ditolak. Bila lagi dia dapat shopping banyak macam ini? Sekali dalam seumur hidup.

Lagi-lagi guna duit orang lain. Kalau guna duit dia, mahu tak disekat oleh Tuan Farhan kerana melebihi had perbelanjaan.

Aiden menggelengkan kepala. Semua barang-barang Hada dibawa hanya dalam satu genggaman tangan. Hada yang melihat pun hanya menggelengkan kepalanya. Dia yang patut membawa semua barang-barangnya setelah mengikis duit lelaki itu.

Tetapi...

Tak apa. Bukan selalu dia nak susahkan orang. Hari ini sahaja.

"Tak apa ke kalau Hada guna duit abang Aiden? Macam mana kalau abang Aiden nanti miskin sebab Hada kikis duit abang?" tanya Hada.

Aiden tertawa kecil. "Kalau macam tu, abang nak Hada jadi isteri abang boleh? Kita susah sama-sama."

Hada diam. Melihat wajah kekok Hada, Aiden tersenyum. Entahlah, bibirnya tidak henti-henti tersenyum apabila berada dekat dengan gadis itu. Kalau senyum sampai pagi pun dia rasa tak keberatan. Dia sukakan Hada. Gadis itu buatkan adrenalinnya bekerja dengan laju.

"Abang gurau aje. Jom." Dia menarik lengan baju gadis itu lalu mereka keluar dari mall tersebut. Aiden melekapkan Iphone 14 miliknya ditelinga. Matanya tidak lepas dari memandang Hada. Takut jika gadis itu hilang dari pandangannya. Tangannya diletakkan pada kepala Hada.

Tidak lama kemudian, dia meletakkan barang-barang milik Hada didalam keretanya. Dua orang pengawal peribadinya menghampiri mereka.

"Abang nak bawa Hada ke mana?" Tanya Hada apabila kereta Aiden dibawa oleh pengawal peribadi lelaki itu. Takkan nak tukar kereta pula? Seronoknya jadi orang kaya. Boleh tukar-tukar kereta macam tukar baju. Kalau dia setuju kahwin dengan Aiden, agaknya macam mana dengan Qads?

"Kita naik motorcycle." ujar Aiden.

"Hah?" Hada sudah terkejut beruk. Dia ingatkan Aiden hanya bergurau tapi matanya membulat Vyrus 987 C3 4V berada didepan matanya. Mahu tergolek jatuh biji mata dia.

Gila.

"Ini..."

Aiden memakai jaket dan juga sarung tangan kulit berwarna hitam lalu helmet disarung dikepalanya. Tangannya naik memakaikan Hada helmet tersebut. Gadis itu masih lagi terkebil-kebil buatkan dia tertawa. Sangat menghiburkan hatinya.

"Abang tahu macam mana nak ride motorcycle ke?"

Aiden hanya menggelengkan kepalanya. Rambut Hada dikemaskan. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya.

"Kenapa? Takut?" Tanya Aiden.

Hada menggelengkan kepalanya. Takut? Dia tak takut.

Aiden tepuk bahu Hada. Matanya tajam merenung mata gadis itu.

"Trust me, Hada. I can bike this motorcycle and..."

Jeda.

"I can bike you too."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now