FORBIDDEN LOVE

12.5K 1K 76
                                    

DHEA ARDIANA. Gadis yang menghuni hati seorang Qads Henry. Dhea yang suka buatkan dia tersenyum. Dhea yang selalu ada untuknya. Dan Dhea yang terima kekurangannya.

Qads meringis apabila Dhea menepuk kuat tangannya menimbulkan bunyi tepukan. Rasa sakit dia pun tak main-main. Lelaki itu mengelus tangannya. Dia mencebik memandang Dhea yang masih lagi membebel.

"Kau tak nak diam ke sayang?" tanya Qads. Dhea melototkan matanya. Memandang tajam ke arah lelaki itu. Tapi kemudian, tangannya naik mengusap tangan kekasih hatinya. Dia geram sebenarnya.

"Diam? You gila ke? I tak tahu la nak cakap apa. Berbuih dah mulut nak membebel." ujar Dhea sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Qads. Tangan lelaki itu merangkul bahunya. Dia tak faham sebenarnya apa yang dibebelkan oleh Dhea.

Bak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, begitulah ibaratnya.

"Shh..." Jari telunjuknya diletakkan pada bibir gadis itu. Mengisyaratkan Dhea untuk diam. Air mineral diambil lalu dihulurkan kepada Dhea.

"You tak faham..." ujar Dhea. Sedikit merungut. Tangannya disilangkan didada. Bibirnya dijuihkan lalu dia menepis tangan Qads yang merangkul bahunya. Dia merajuk!

"Okay, tell me. What is it?" tanya Qads. Dia memandang Dhea lalu tersenyum tipis.

"Hada... Dia dah balik Malaysia."

Jeda. Qads menunggu Dhea untuk meneruskan bicaranya. Tapi dia tahu apa yang akan keluar dari mulut gadis itu.

"I takut nanti dia akan buat apa aje untuk dapatkan you. Takkan you tak fikir macam tu, Qads?" ujar Dhea. Dia dah overthinking. Pelbagai fikiran buruk
bermain dimindanya. Dan beberapa hari ini pun dia rasa berat hati.

Seperti akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Atau dia hanya terlalu memikirkan itu? Entahlah.

Qads mengelus kepala Dhea. Cuba menenangkan kekasihnya. Dia akan lindungi gadis itu dengan sepenuh hati. Dia takkan biarkan Asyuhada Hadaren melakukan apa-apa tindakan diluar kawalannya. Dia tahu Hada takkan melakukan sesuatu yang buruk.

Dia kenal Hada.

"Jangan risau. Dia takkan apa-apakan kau. Aku ada." Ujar Qads. Dia tersengih apabila Dhea mencebik. Merajuk pula. Jaket kulitnya dikemaskan lalu dia menghulurkan tangannya pada Dhea. Tidak lama lagi gilirannya untuk berlumba.

Dalam rajuknya, Dhea menerima juga huluran Qads. Dia percaya dengan Qads. Lelaki itu akan memegang janjinya. Tapi dia risau obsesi Hada pada Qads akan menghancurkan hubungan mereka. Dia tahu Hada sebenarnya menyembunyikan perasaan gilanya.

Hada pandai berlakon. Dihadapan mereka dia bagaikan manusia yang normal tapi tiada siapa yang tahu betapa obsesnya Hada pada Qads.

"Seronok nampak." Senyuman Dhea luntur apabila Hada tiba-tiba sahaja berdiri disebelahnya. Hati yang gugup cuba ditenangkan. Tak apa, Qads ada. Hada takkan berani mencederakannya.

"Kau rampas Qads dari aku!" Ujar Hada. Nadanya kedengaran marah. Tapi gadis itu sedaya cuba menahan. Dia tidak mahu orang lain tahu. Dia merangkul bahu Dhea. Berbisik sesuatu ditelinga gadis itu.

"Kalau aku hapuskan kau. Kau rasa..."

"...Aku ada peluang tak untuk bersama-sama dengan Qads?" tanya Hada. Sinis. Dia mainkan rambut panjang Dhea. Gadis itu memandang Hada dengan rasa takut yang semakin menjadi-jadi dalam dirinya.

"Kau tak boleh paksa Qads untuk cintakan kau, Hada!" Bentak Dhea. Entah dari mana keberaniannya datang. Dia mendongakkan kepalanya. Memandang Hada yang sedikit tinggi darinya.

"Yakinnya kau. Kenapa pula tak boleh, hm?" Matanya tajam merenung gadis dihadapannya. Gigi diketap kuat. Sedaya upaya menahan diri dari tidak
menarik rambut Dhea. Beraninya gadis itu. Seharusnya Qads hanya miliknya seorang.

Hada memegang erat lengan Dhea. Gadis itu meronta-ronta. Tanpa mereka sedar, Dhea sudah berada ditepi litar perlumbaan. Ada satu kereta lumba yang laju menghampiri mereka. Hada mengerutkan dahinya. Dia cuba menarik tangan Dhea semula tapi gadis itu tetap meronta-ronta.

"Be carefull, Dhea!" Jerit Hada. Matanya membuntang apabila tubuh Dhea sudah terpelanting jauh. Hada menelan air liurnya. Tangannya terketar-ketar.

"DHEA!" Hada memandang ke arah suara jeritan tersebut. Qads berlari laju menuju ke jasad kekasihnya yang sudah mengalirkan banyak darah. Hada memejamkan matanya.

Ini...

Bukan salah dia kan?

QADS HENRY mundar-mandir didepan ruangan pintu bedah tersebut. Lampu merah masih lagi menyala menandakan pembedahan masih lagi belum selesai. Asyuhada Hadaren menghentikan langkah dihadapan Qads.

"Abang,"

"DIAM!" Jerkah Qads. Dia meraup wajahnya. Bahu Hada terangkat apabila mendengar jerkahan abang tirinya. Dia menelan air liur yang terasa tersekat dikerongkongan.

"Kau!" Qads menggoncangkan bahu Hada. Dia memandang tajam gadis itu. Tiada sudah pandangan hangat seperti dulu. Hanya ada pandangan marah.

"Bodoh! Kau memang pembawa malang kau tahu tak?" Bentak Qads. Emosinya masih lagi tidak stabil. Hanya mereka berdua disitu. Mungkin Tuan Farhan dan juga Puan Farah masih lagi dalam perjalanan.

Hada menundukkan kepalanya. Mulutnya cuba dibuka. Mahu menjelaskan kepada Qads bahawa itu bukan sepenuhnya kesalahannya. Dia cuba menarik Dhea tapi gadis itu tetap berkeras mahu melepaskan diri dengan meronta-ronta.

"Bukan salah Hada." Ujar Hada setelah beberapa lama mendiamkan diri.

Qads tertawa sinis. Dia meraup rambutnya kebelakang. Lawaknya. Boleh pula gadis dihadapannya ini mengaku tidak salah padahal sudah terang lagi bersuluh, Hada yang menolak Dhea.

"Qads!" Puan Farah berlari anak menghampiri Qads yang tampak tidak terurus. Lelaki itu terus memeluk Puan Farah lalu memeluk ibunya itu. Dia sangat rapuh kala ini. Dia takut kehilangan Dhea.

Tuan Farhan memandang tajam Hada. Dibelakangnya terdapat beberapa anggota polis.

"Kenapa kamu buat macam tu?" Suaranya tertahan. Hada menghembus nafas lelah. Kalau Qads tidak mempercayai kata-katanya, apalagi dengan Tuan Farhan. Jadi, buang masa sahaja dia mahu menjelaskan segala-galanya.

"Hada tak sengaja." Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Kepala Hada terteleng apabila Tuan Farhan menampar pipinya. Kuat. Darah yang mengalir ditepi bibirnya tidak dihiraukan malah Hada tersenyum sinis.

"Jangan cakap yang kamu cuba bunuh Dhea sebab kamu sukakan Qads?" Bentak Tuan Farhan.

Hada hanya diam buatkan Tuan Farhan kecewa. Lelaki paruh baya itu menggelengkan kepalanya. Tidak tahu dimana salahnya selama ini. Dia sudah gagal sebagai seorang bapa. Gagal mendidik anaknya.

"Ayah dah laporkan kamu kepada polis." ujar Tuan Farhan. Rapuh. Dia tidak tega tapi dia tidak boleh butakan matanya. Dia tidak boleh biarkan Hada terus hanyut dalam perasaan terlarangnya. Dia tidak mahu Hada menyimpan apa-apa perasaan kepada Qads hingga sanggup membunuh orang.

"Hada minta maaf." Matanya berkaca-kaca apabila Tuan Farhan memalingkan kepalanya. Tidak
mahu memandang dirinya. Padahal, dia sangat mengharapkan lelaki paruh baya itu akan mempercayai dirinya. Ternyata, ayahnya juga tidak cukup mengenalinya selama ini.

"Tolong berubah, Hada. Ayah kecewa. Renung diri kamu sendiri. Perasaan kamu terhadap Qads memang salah."

Hada hanya tersenyum kecil. Dia biarkan dirinya digari.

"Hada pergi dulu. Tolong jangan lawat Hada kat penjara. Hada tak nak jumpa orang yang tak kenal diri Hada. Sekalipun dia ayah Hada." Air matanya menitis jatuh. Dia harus kuatkan dirinya.

Ya. Semuanya akan berlalu.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now