FORBIDDEN LOVE

18.2K 1.4K 172
                                    

QADS HENRY menggendong anaknya. Satu lagi tangannya menahan botol susu Qayyum. Sejak tadi lagi anak lelakinya itu seperti cacing kepanasan. Disusukan tidak mahu. Dibawa jemur dibawah matahari pun anak lelakinya nangis melalak. 

"Hada masih tak balik ke?" tanya Qads. Dia sudah buntu bagaimana mahu mendiamkan tangisan anaknya yang bergema sejak tadi. 

Qayra menggelengkan kepalanya. Bukan dia sahaja, Puan Farah pun sudah mencuba untuk menenangkan anak lelaki abangnya itu tetapi nihil. Tangisan Qayyum semakin kuat. Mereka sudah tidak tahu bagaimana mahu memujuk bayi itu.

Chris Evans menghela nafas berat. Dia menyilangkan tangan didada. Buat anak pandai pula, hal jaga anak disuruh orang lain. Dulu, Qads yang memarahinya jikalau dia cuba-cuba untuk menyakiti Qayra tapi diri sendiri tak sedar pula. 

Qads ini sebenarnya lelaki spesies apa? Tak patut wujud pun didunia. Dia sendiri sakit hati. Bayangkan keluar penjara tiba-tiba sahaja terpaksa menjaga anak orang lain. Eh tak. Bukan orang lain. Tapi orang yang menyumbat dirinya didalam penjara. Bukannya anak sendiri pun. Hada tak cakap pun dia tahu gadis itu pasti terluka. 

"Kenapa termenung?" tanya Qayra. Dia memandang suaminya yang sejak tadi tidak lepas dari memandang Qads. 

"Nothing," ujar Evans sambil tersenyum. Bibirnya dilabuhkan pada dahi isterinya. Tangannya naik merangkul bahu Qayra. 

Lelaki itu menghampiri Qads apabila hanya mereka berdua sahaja yang tinggal disitu. Qayra dan Puan Farah pergi ke dapur menyediakan makan malam. Baguslah, dia pun ada sesuatu yang nak dibicarakan kepada lelaki itu. 

"Kau tak patut gunakan Hada." ujar Evans. 

Qads mendongakkan kepalanya. Keningnya berkerut hebat? Gunakan Hada? Apa maksud Evans? Dia tak gunakan Hada pun. Kenapa Evans menuduhnya sebegitu rupa? Untuk apa dia gunakan gadis itu? Sama sekali tidak memberikan keuntungan kepada dirinya. Hah...

"Apa maksud kau?" tanya Qads. Dia pusingkan sedikit tubuhnya. Menghadap lelaki itu. Mata mereka bertentangan. Mahu Evans dan juga Qads, kedua-duanya melemparkan pandangan tajam. Nasib baik anak lelakinya sudah berhenti menangis.

"Well, you heard me. Dont act like you dont." 

"I didnt used her. For god sake, stop blaming and judging me, Chris." Marah Qads. Atmosfera terasa panas. Ketawa kecil keluar dari bibir Evans. Dia menyengih sinis memandang Qads. Kalau ikutkan hati, memang dia nak sembur abang iparnya itu dengan kata-kata pedasnya. Nak balas dendam sebab pernah pisahkan Qayra dengan dia. Nampak aje macam bijak tapi dalam diam bodoh juga.

Tak ada akal. 

Sama seperti bapa mertuanya. Tak kesahlah kalau dia jadi menantu derhaka pun. Dah memang kenyataan. Nak lari mana lagi? 

"Kalau macam tu, berhenti gunakan anak kau untuk dekati Hada." 

Qads terdiam. Tangannya menggengam penumbuk. Evans menggulingkan biji matanya lalu pergi dari situ. Nak tengok wajah Qads pun dia rasa muak. Dia rela jikalau Hada bersama dengan Aiden Darwien daripada dengan lelaki munafik itu. 

Lagipun dia kenal Aiden cukup lama.

"Qayyum tak tidur lagi ke?" Qads terkejut dengan kewujudan Hada. Dia memandang gadis itu lalu menggeleng perlahan. Qayyum dalam dukungannya mula menggeliat apabila melihat Hada. Bibir kecil itu mengukir senyum. Teruja melihat Hada. 

"Dia tak nak tidur. Tunggu kau." ujar Qads lalu menyerahkan anak lelakinya pada Hada. Wajah gadis itu tampak kepenatan. Dia menarik Qayyum semula hinggakan bayi itu menangis.

"Abang!" Hada menampar lengan Qads. Kasar sangat dengan anak. Ingat patung ke? Dia gelengkan kepalanya.

"Rehatlah dulu. Aku jaga dia." 

Hada menghela nafas lelah. Sejujurnya dia penat. Tapi nak buat macam mana? Qayyum cuma nak dia. Terpaksa dia ketepikan rasa penat tu. Dia tak adalah rasa penat sangat hinggakan tak boleh nak jaga anak abang tirinya itu. 

"Tak apa, Hada tak penat pun." Hada cuba mengambil Qayyum dari dukungan Qads tetapi lelaki itu dengan drastik mengalihkan anak lelakinya ditangan kiri sehinggakan Hada tersembam pada dada bidang Qads. Gadis itu kaku. Dia menelan air liurnya apabila tangannya turut mendarat pada dada Qads. 

Sumpah dia tak sengaja pun sebenarnya. 

"Hada nak dulu." Gadis itu terus berlari pergi. Meninggalkan Qads yang terkebil-kebil sendiri. Nasib baik tak tercium anak dara orang.


HARI INI, usia Qayyum sudah mencecah 1 tahun. Asyuhada Hadaren rasa bangga. Mana tidaknya, dia yang menjaga bayi itu. Tahu-tahu sudah 7 bulan dia menjadi ibu pura-pura untuk anak abang tirinya. Tak apa, sekurang-kurangnya dia ada pengalaman sebelum nak ada anak nanti.

Tak adalah rasa janggal pun. Dia memandang pantulan tubuhnya dicermin tersebut. Tudung shawl itu dililit lalu dikemaskan dikepala. Ini adalah kali pertama dia mengenakan hijab. Dia tidur lewat semalaman semata-mata mahu belajar bagaimana mahu menggayakan hijabnya. Lagipun, dia mahu memberikan Aiden Darwien kejutan. 

Dia tertanya-tanya. Apa reaksi yang akan diberikan oleh lelaki itu nanti? Hada menggigit bawah bibir. Perasaannya bercampur baur. Dia teruja tapi pada masa yang sama dia juga takut. Perhatiannya teralih apabila telefon pintarnya bergetar. Ada satu pesanan dari lelaki itu.

Aiden

Im going home. Miss you.

Matanya membulat besar. Tidak percaya Aiden akan pulang hari ini. Sudah sebulan lelaki itu ke Perancis. Tipulah kalau dia tidak rindu keberadaan Aiden disini. Sejujurnya, dia rasa tidak begitu bersemangat tanpa kehadiran Aiden disini. 

Hada menggayakan dirinya untuk menangkap gambar lalu dihantar kepada Aiden. Beberapa buah gambar berjaya dihantar. Tanda biru menandakan mesejnya sudah dibaca tetapi lelaki itu tidak memberikan apa-apa reaksi pun. Hada juihkan bibirnya. Mungkin dia terlalu berharap.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Hada mengerutkan dahi apabila nama Hadzril terpampang. Mengapa assistant lelaki itu menelefon dirinya?

"Gawat, Cik Muda. Gawat!" ujar Hadzril dengan loyar buruknya. Hada menggelengkan kepalanya. Dia dah bagitahu banyak kali kepada lelaki itu supaya tidak memanggilnya dengan sebutan cik muda tersebut tetapi Hadzril tetap sahaja berdegil.

"Kenapa, Hadzril?"

"Tuan muda pengsan!"

"Hah?" Hada terus berdiri. Dia mundar-mandir didepan cermin. Gadis itu terus menggigit kukunya. Kebiasaan seorang Hada.

"Ma...macam mana?"

"Tak tahu. Tadi baru aje Tuan Muda bagi saya arahan nak susun jadual dengan klien. Then his phone vibrated, he unlocked it and look at his screen. Tiba-tiba sahaja pengsan. Tak tahu kenapa!" ujar Hadzril. Hada ketawa kecil.

Dilain tempat pula, Hadzril sibuk mengipas Aiden dengan tangannya. Lelaki itu masih mengeluarkan darah dihidungnya. Adrenalinnya melonjak naik. Dadanya pula naik turun. Tangan diletakkan diatas dahi dengan posisi berbaring. Hada...

Gadis itu benar-benar buatkan dia lemah. 

Jampi apa yang sudah gadis itu gunakan padanya?

"Hadzril," panggil Aiden.

"Ya, Tuan Muda nak apa-apa ke?"

"Kau rasa patut ke aku culik Hada then bawa dia kahwin malam ni juga?" tanya Aiden. 

Hadzril menggaru dahinya yang tidak gatal. 

"Tuan Muda memang dah tak tahan sangat ke? Saya tahulah Cik Muda cantik tapi..." Bicaranya terhenti apabila Aiden merenungnya tajam. 

"Tapi?"

"Ya, saya bersetuju dengan Tuan Muda supaya culik Cik Muda dan bawa dia kahwin sekarang juga!" Tak apalah. Demi gajinya. Nanti kena potong pula.

"Okay jom." ajak Aiden. Tisu dihidungnya dibuang. Mulut Hadzril melopong. Takkanlah Tuan Muda dia betul-betul memaksudkannya? Kahwin? Sekarang juga?

"Hah?"

"Jomlah. Kau tunggu apa lagi. Nak aku lempar gaung ke?"

Speechless.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now