FORBIDDEN LOVE

12.6K 989 42
                                    

"CUBA tolong Hada sekejap." Asyuhada Hadaren pusingkan tubuhnya. Qads Henry hanya menggulingkan biji mata. Selama ini, boleh pula gadis itu berdikari sendiri tapi hari ini entah kemana sikap berdikarinya.

"Takkan tak boleh buat sendiri?" ujar Qads. Kasar. Tapi tangannya tetap mengikat tali baju belakang milik adik tirinya itu. Marah-marah pun dia tetap buat juga.

"Cantik tak?" tanya Hada. Dia berpusing dihadapan Qads. Baju ini, Aiden Darwien yang belikan.

Qads hanya menganggukkan kepalanya buatkan Hada tersenyum. Kembang semangkuk! Qads kata dia cantik. Jarang-jarang Qads mahu memujinya. Selalunya, berat sahaja mulut abang tirinya itu mahu melontarkan pujian.

Tapi kali ini dia dipuji. Dipuji oleh abang tirinya, ya rakan-rakan sekalian.

"Cantik?" Tanya Hada sambil menggoyangkan tangan abang tirinya itu. Qads pula? Lelaki itu hanya pasrah apabila badannya turut bergoyang sekali. Teruja sangatlah gamaknya.

"Ya," Dia menepis tangan Hada. Punggungnya dilabuhkan diatas sofa yang hempuk itu. Sekali-sekala matanya melirik ke arah skrin telefon.

"Cuba rate dari 1 hingga 10."

"Negatif kosong."

Hada mencebik. Dia menyilangkan tangan didada. Mengerling Qads melalui ekor matanya. Selalu sahaja bagi dia harapan palsu. Nanti dia nak banyakkan berdoa agar Qads jadi suami dia. Nanti tak adalah dia mengemis perhatian dengan lelaki itu.

"Jujurlah, abang." Hada duduk bersebelahan dengan Qads. Dia tak puas hati ni. Sungguh.

Qads mengerling gadis itu. Jari telunjuknya digunakan untuk mendongkat dagu Hada. Gadis itu terkejut dengan tindakan tanpa aba-aba abang tirinya. Sekurang-kurangnya bagi dia amaran. Jantung dia dah tak aman.

"I cant kiss you right now."

"But no one can stop me." Qads melabuhkan bibirnya didahi Hada. Kali ini, nafasnya terhenti seketika. Badannya terasa lemah. Tolong, dia rasa nak pengsan sekarang juga.

Qads tersenyum sinis. Lalu pergi dari situ. Tidak menghiraukan wajah memerah adik tirinya. Kepala Hada digosok. Badan gadis itu terus sahaja melorot jatuh. Dia perlukan oksigen tambahan.

Setelah susuk tubuh Qads pergi dari situ, Hada terus menjerit tertahan. Dia gigit jarinya. Dia tak mimpi kan? Qads baru sahaja mencium dahinya. Hada pegang dahinya yang baru sahaja dikucup oleh abang tirinya.

Boleh tak kalau dia tak nak cuci muka sampai bila-bila? Biar kesan ciuman Qads pada dahinya tidak akan hilang jejaknya. Hada mengambil Iphone 13 pro max miliknya. Dia terus menghantar foto kepada Aiden. Memberitahu bahawa dia sangat gembira hari ini.

Manakala Aiden ditempatnya sudah terkebil-kebil apabila gadis yang menghuni hatinya tiba-tiba sahaja menghantar gambar kepadanya. Dia meneguk air liur yang terasa tersekat dikerongkongan. Dada dipegang.

"Sir?" Dia sudah tidak hiraukan kliennya yang sedang menunggu jawapannya darinya. Aiden berdiri. Bibirnya sedaya upaya ditahan supaya tidak tersenyum. Dia gigit bibir bawahnya.

"Tuan muda Aiden," Qadzril David mengejar langkah majikannya. Entah apa yang merasuki
lelaki itu. Kenapa Tuan Mudanya tampak lain malam ini? Ada apa-apa yang terjadi ke? Ataupun jin mana yang sudah merasuk tubuh Tuan Mudanya itu?

"Qadzril," Panggil Aiden dengan nafas yang tersekat-sekat. Kalut Qadzril mengambil inhaler milik lelaki itu.

"Tuan muda tak apa-apa ke?" Qadzril memaki dirinya sendiri. Sudah tahu Tuan Mudanya diserang asma, dia masih lagi bodoh mahu menanyakan jika lelaki itu baik-baik sahaja ataupun tidak.

"Qadzril, This is a little like hell."

Qadzril garu kepala yang tidak gatal. Tidak faham. Apa maksud Aiden sebenarnya?

TUAN FARHAN mengesat tepi bibir isterinya yang comot. Asyuhada Hadaren hanya tersenyum melihat aksi romantik Tuan Farhan dan juga Puan Farah. Dia beralih memandang Chris Evans dan Qayra Heryana. Masing-masing sibuk melayan karenah anak kembar mereka.

"Sweetnya. Tiba-tiba pula rasa nak kahwin."

Puan Farah dan Tuan Farah tersenyum.

"Kenapa tak kahwin?" tanya Tuan Farhan. Hada mencebik.

"Orang tu jual mahal dengan Hada. Banyak kali dia tolak Hada. Harga diri Hada tercalar tahu tak ayah?" Ujar Hada. Dramatik. Nadanya dibuat-buat sedih.

Qads menjeling adik tirinya. Dia mengambil Askan Alexander Ev dari pangkuan adiknya. Hada pula mengambil Riley Danisha Ev dari Chris Evans. Pipi Riley digomol hingga budak kecil itu ketawa mengekek.

Laju sahaja mulut budak kecil itu berceloteh dengan bahasanya sendiri apabila melihat Hada. Dia suka gamaknya dengan Hada. Hidungnya menghidu bau leher gadis itu. Kepalanya disembamkan pada leher Hada lalu dia menggigit jari gemuknya itu.

"Dah boleh jadi isteri," ujar Qayra. Dia menyuakan nasi goreng tersebut dimulut Evans.

"Kan kan," Hada hanya mengeyakan sahaja. Dia ini serba boleh. Cuma Qads sahaja yang jual mahal. Sanjung sangat dengan ego.

Qayra tersenyum lalu memandang abangnya. Diam sahaja lelaki itu. Tidak menyampuk percakapan mereka sama sekali. Sibuk melayan karenah Askan. Tapi dia tahu telinga Qads tetap mendengar perbualan mereka.

"Comel sangat Askan dengan Riley ni. Tak nak tambah lagi ke?" tanya Hada. Saja mengusik Qayran dan suaminya tapi lain pula respons yang dia dapat.

"No!" Bantah Qads. Ya, siapa lagi kalau bukan abang tirinya itu. Tuan Farhan hanya menggelengkan kepalanya. Tak hilang lagi sifat posesif Qads pada Qayra rupanya. Manakala, Puan Farah hanya tersenyum sahaja.

Dia tahu Qads masih trauma melihat Qayra yang bertarung nyawa melahirkan kembar.

"Kenapa?" tanya Hada.

"Kau tak nak anak saudara yang comel banyak-banyak ke?" tanya Chris. Dia tersenyum sinis memandang Qads yang sedang memandangnya dengan tatapan tajam.

"Kau beranak sendiri." ujar Qads. Dia merengus.

"Abang," Panggil Qayra. Dia menggigit dinding pipi. Serba salah mahu memberitahu berita ini kepada Qads.

Qads mengerutkan dahi. Hatinya sudah tidak tenteram. Semoga apa yang dia takutkan tidak akan terjadi...

"Qayra mengandung." beritahu Qayra. Evans memegang erat tangan isterinya. Tatapan tajam dari Qads tidak dihiraukan. Peduli apa dia? Bukannya dia buat dosa.

"Seriously?" Qads meraup wajahnya. Tidak percaya. Rasa nak hempuk suami adiknya apabila Evans menayang wajah bangganya. Tak apa. Dia takkan lepaskan Evans.

"Abang tak gembira ke?"

Hada hanya terbatuk kecil apabila Qads menjeling dirinya. Dia tak buat apa-apa pun. Kenapa Qads pandang dia serupa pemangsa?

Qads menghela nafas berat. Tak apalah. Benda dah jadi. Takkan dia nak marah Qayra pula. Bibir mengukir senyum paksa. Tapi untuk Evans, dia takkan bertoleransi kali ini.

"Jaga diri baik-baik. Jangan buat kerja berat. Nanti datang dan tinggal rumah ayah. Askan dan Riley biar abang dan Hada yang jaga." ujar Qads. Evans sudah tayang wajah tidak puas hati.

"Takkan..."

"Diam." ujar Qads. Datar. Lelaki itu menjeling Evans berkali-kali. Masih lagi tidak berpuas hati.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now