FORBIDDEN LOVE

9.1K 817 52
                                    

"HADAREN."

PERGERAKAN tangannya terhenti apabila namanya dipanggil. Asyuhada Hadaren memusingkan tubuhnya. Tuala kecil yang digunakan untuk membersihkan debu diletak ketepi.

"Kenapa? Nak gossip apa lagi kali ni? Tak habis-habis dengan gossip kau tu. Kerja dah habis belum?" tanya Hada. Dia mengerling gadis yang bernama Qhairina Qurratu itu dari ekor mata. Ada sahaja berita panas yang dibawa oleh gadis itu.

"Tuan muda balik awal hari ini."

Hada memutarkan biji matanya. Apa yang peliknya? Itu bukan perkara biasa. Setiap hari, tuan muda mereka akan pulang ke rumah lebih awal. Bukannya perkara yang luar biasa pun. Bahunya dirangkul oleh Qurratu. Bibir gadis itu dirapatkan pada telinganya. Berbisik sesuatu.

"Dia bawa perempuan cantik. Cantik sangat. Aku yang perempuan pun terpesona dengan kecantikan dia." ujar Qurratu.

Senyuman dibibir Hada hilang sekelip mata. Matanya memandang kehadapan dengan tatapan datar. Tangannya mula bekerja semula. Malas mahu menanggapi. Padahal, hatinya sudah dibakar dengan rasa cemburu. Tidak tahu sahaja kalau dia mahu memecahkan sesuatu supaya rasa cemburunya berkurangan.

Qurratu tetap mengekori dimana sahaja Hada berada.

"Jomlah kita tengok nanti. Aku tak puas hati pula. Manalah tahu kalau perempuan tu girlfriend tuan muda ke?"

Prang!

Pasu itu selamat mendarat di atas lantai. Kaca dari pecahan pasu itu berselerakan. Qurratu tergamam. Hada pula hanya menghela nafas lelah. Aduh, terlepas pula. Dia memang tidak dapat mengawal emosinya sejak 2 tahun yang lalu. Ada sahaja objek yang akan menjadi sasaran setiap kali dia rasa marah atau cemburu.

"Hada?"

"Tuan muda," ujar Qurratu. Dia bongkokkan sedikit tubuhnya. Aduh, ada bau-bau gaji akan
dipotong ke? Dia nak beli baju raya ni. Lagi-lagi, harga baju raya mahal. Kalau gajinya dipotong, dia nak pakai apa nanti?

"Its not the first time you broke something around you. Whats wrong?" tanya Aiden Darwien. Lelaki itu berjongkok. Mahu membersihkan serpihan kaca tersebut.

"Stay there." ujar Aiden dengan nada tegasnya apabila Hada cuba melangkah.

"Eh tuan muda. Biar saya yang bersihkan." Qurratu berura-ura mahu membersihkan serpihan kaca tersebut.

"No need. Let me clear this messed. Qurratu, tolong bersihkan halaman belakang."  arah Aiden.

Qurratu hanya menurut. Nanti tak dengar arahan, kena potong gaji. Tak mahu dia.

"Kenapa suka sangat cuba cederakan diri sendiri?"

Hada hanya diam. Tidak menjawab soalan dari lelaki itu. Fikiran masih tertumpu pada perempuan yang Qurratu katakan tadi. Girlfriend? Aiden dah ada kekasih hati selain dia ke?

"Saya akan ganti rugi. Kalau tuan muda nak potong gaji pun tak apa. Saya tak peduli." Memanglah tak peduli. Dia kerja di sini bukan sebab nak duit, dia cuma nak berada dekat dengan Aiden sahaja. Tak ada sebab lain pun.

Aiden hela nafas. Dia membersihkan lalu membuang serpihan kaca tersebut.

"Kalau macam ni terpaksalah saya buang awak dari terus bekerja di sini Hada."

Cebikan tidak puas hati Hada keluarkan. Nak pecat? Pecatlah. Ada 1001 cara untuk dia kembali bekerja di sini semula. Bukannya Aiden tak tahu perangai sebenar dia. Hada kerling Aiden dari ekor mata.

"Kenapa pula?"

"I dont need careless maid like you."

"Im not that careless. Im just..."

"Jealous?" potong Aiden. Hada terdiam. Tidak berkata apa-apa sama sekali. Otaknya cuba berfikir dengan waras. Me? Jealous? Seriously?

Kenapa dia tak boleh rasa cemburu? Aiden kan suami dia? Dimana letaknya rasa salah kalau dia cemburu pun? Aiden dijeling tajam lalu dia pergi dari situ. Meninggalkan Aiden yang sedang terkebil-kebil memandang perlakuan pelik Hada.

Dia ada buat salah ke? Bukan Hada ke yang buat salah?

"TAK NAK PULANG?"

Soalan itu berkali-kali ditanya kepadanya. Tidak terhitung dengan jari. Buatkan Asyuhada Hadaren rasa rimas. Kalau dia tak pulang sama sekali pun, ada orang yang akan peduli ke? Kalau ada pun, mungkin orangnya bukan keluarga sendiri.

Jauh sekali mereka mahu mengambil berat tentangnya.

"Tak nak. Kau pulanglah. Aku tinggal sini. Hati-hati balik kampung. Kirim salam dengan mak."

"Tak nak ikut aku pulang ke rumah? Mak pun rindu kau," tanya Qurratu. Beg sandang digalas. Dia sudah menganggap Hada sebagai adik sendiri. Kadang-kadang dia akan membawa Hada pulang ke kampung halaman.

"Tak," jawab Hada sepatah.

Qurratu mencebikkan bibirnya. Eleh, nak menggedik dengan tuan muda la tu. Bukannya dia tidak tahu. Tapi dia kagum juga dengan Hada, bukan main berani nak berada dekat dengan tuan muda mereka.

"Aku pergi dulu. Jaga diri kau," pamit Qurratu.

Hada lambaikan tangannya. Apabila bayangan Qurratu sudah menghilang dari pandangan matanya, dia masuk ke dalam rumah. Disebabkan dia tak pulang ke mana-mana, kerjanya masih lagi perlu diteruskan.

"Tuan muda minta Hada buatkan dia kopi tadi," bagitahu Madam Irene.

Hada hanya anggukkan kepala. Dia mengorak langkah menuju ke dapur. Tidak mengambil masa yang lama, kopi tersebut sudah siap untuk diberikan kepada Madam Irene.

"Eh kenapa bagi saya pula?"

Kening Hada berkerut hebat. Takkan nak dia pula yang bagi sendiri pada Aiden. Selalunya Madam Irene yang akan memberikan kepada lelaki itu. Iyalah, itu sudah kerja perempuan tersebut.

"Bukan Madam Irene..."

"Hari ini tuan muda nak awak yang hantar sendiri kat dia. Pergilah. Mana tahu tak kena dengan selera tuan muda bolehlah awak pergi baiki apa yang kurang. Jangan takut. Tuan muda tak pernah lagi makan orang," ujar perempuan itu panjang lebar.

Hada telan air liur. Bukannya Hada tidak mahu menghantar sendiri tapi dia malas mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Kalau ditanya adakah dia masih merajuk, pasti tanpa ragu dia akan menganggukkan kepalanya.

Tapi adakah lelaki itu peka akan perasaannya?

"Thank you."

Hada hanya anggukkan kepala sahaja. Cepat-cepat dia berlalu pergi dari situ buatkan Aiden rasa pelik. Selalunya ada sahaja perlakuan pelik Hada apabila sudah bertemu dengannya. Tapi kali ini, gadis itu hanya diam sahaja. Ganggu dia pun tidak.

"Hada," panggil Aiden.

Langkah Hada terhenti.

"Minggu depan aku akan pulang ke Perancis."

"Oh..." Tak apalah. Ini kan bukan pertama kali. Sekadar menunggu tu apalah sangat. Kalau dia boleh tunggu Aiden bangun dari komanya selama setahun, takkanlah dia tak boleh tunggu lelaki itu pulang semula ke Malaysia selepas berbulan di Perancis?

"Tapi kali ini aku takkan balik lagi ke Malaysia."

Hada pusingkan tubuhnya. Terkejut. Apa maksud lelaki itu?

"Maksud tuan muda?"

"Aku akan tinggal kat Perancis... selama-lamanya. Aku takkan pulang kat sini lagi."

Telan air liur yang terasa tersekat dikerongkongan. Hada rasa dunianya gelap. Jadi maknanya, Aiden nak tinggalkan dia. Selama-lamanya? Dia akan jadi janda ke?

"Okay..."

"Kau akan ikut aku. You'll come with me."

Makin membulat mata Hada. "Why?"

"Cause I need you."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now