FORBIDDEN LOVE

13.4K 1.1K 63
                                    

AIDEN DARWIEN hanya memandang kosong gadis yang sedang terbaring dengan wayar-wayar berselirat ditubuhnya. Dia berdecak mendengar bunyi monitor tersebut. Tangannya cuba ditahan. Gadis itu, dia yang menyebabkan Asyuhada Hadaren disumbat ke dalam penjara.

"Aiden, kamu tak nak balik ke?" tanya Puan Farah. Aiden tidak memandang ibunya sama sekali. Hanya kepala sahaja digeleng.

Qads Henry meraup wajahnya. Bahunya ditepuk beberapa kali oleh Tuan Farhan. Memberikan sedikit semangat kepada anak tirinya itu. Asyuhada Hadaren telah disoal siasat dibalai polis. Sejujurnya, hati tuanya rapuh mendengar bicara Hada sebelum anak gadisnya itu dibawa oleh anggota polis tadi.

"Jom balik." Bukan satu permintaan melainkan itu ialah arahan dari Tuan Farhan. Qads tahu ayah tirinya tidak mahu dia tinggal berdua-duaan dengan Dhea Ardiana disini kerana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan sekalipun.

Mata lesuhnya memandang Dhea yang masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan. Syukurlah kekasihnya masih selamat. Tiada apa yang melegakan hatinya selain dari Dhea selamat. He knows she's a survivor.

"Aiden..."

Aiden berdecit. Dia menggulingkan biji matanya. Tuan Farhan dikerling melalui ekor mata. Dia tidak suka apabila diarah. Dia benci dengan arahan. Lagipun, dia tidak suka dengan Tuan Farhan. Sama sekali tidak pernah bergurau senda dengan ayah tirinya itu.

"Kami balik dulu." ujar Tuan Farhan. Dia menepuk bahu Aiden buatkan lelaki itu merengus. Bunyi pintu ditutup menandakan mereka sudah keluar. Mata Aiden berkilat memandang alat bantuan pernafasan Dhea.

"Sayangnya..." Aiden ketawa sinis. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Seolah-olah gadis itu boleh mendengar setiap patah katanya. Dia memandang tajam Dhea.

"Aku takkan biarkan kau hidup selepas menjadi penyebab Hada aku masuk penjara." Bisik Aiden. Bantal tersebut diambil lalu ditekup kuat pada wajah Dhea. Lelaki itu tidak peduli dengan bunyi kuat dari monitor tersebut.

Selepas itu, dia membuka alat bantuan pernafasan Dhea. Aiden berdecit. Lelaki itu keluar dari wad Dhea setelah hampir meragut nyawa gadis itu. Wajahnya seolah-olah tidak bersalah. Beberapa orang jururawat merempuh masuk ke dalam.

Tangannya diletakkan dalam poket seluar. Dia akan keluarkan Hada daripada penjara selepas ini. Tidak peduli jika berapa banyak wang yang akan dibelanjakan untuk gadis itu. Dia tidak suka Hada sedih. Dia benci melihat air mata gadis itu.

Hada tidak layak untuk menitiskan air mata kerana orang-orang yang tidak guna disekelilingnya. Baginya, hanya dialah yang boleh menjadi punca gadis itu menangis.

"Tuan muda," Qadzril membongkokkan sedikit kepalanya.

"Kita dah jumpa peguam." Aiden hanya menganggukkan kepalanya. Punggungnya dilabuhkan disalah satu kerusi panjang hospital tersebut. Telinganya menangkap bunyi tawa dari kanak-kanak yang sedang bermain ditaman hospital.

Masa kecilnya dipenuhi dengan kenangan yang buruk. Ayah kandungnya yang suka menjadikan dia sebagai tempat pelampiasan. Ibunya yang hanya diam tanpa melakukan apa-apa. Dia benci keluarga kandungnya. Pada umur 12 tahun, apabila dia diambil menjadi anak angkat rasanya dia sangat bersyukur kerana dapat keluar dari neraka dunia.

Tiada sudah pukulan yang dirasai.

Tiada sudah teriakan yang menghuni telinganya setiap hari.

Makan dan minumnya cukup terjaga. Dia tidak perlu mengemis lagi pada orang lain. Dia tidak perlu menangis lagi kerana kelaparan.

Dia tidak perlu sedih lagi apabila melihat mereka yang dapat bersekolah kerana keluarga angkatnya menghantarnya untuk bersekolah disebuah sekolah swasta. Dia dilayan dengan baik.

Hanya Puan Farah mencarinya setelah sekian lama. Itupun setelah berkahwin lagi dengan Tuan Farhan. Tapi dia tidak lupa dengan Qads Henry dan Qayra Heryana. Adik-adiknya. Dia takkan lupakan mereka berdua. Setiap kali dia dipukul oleh ayah kandungnya dulu, mereka berdualah akan menjadi pelindung biarpun masih kecil.

Dan dia mendapat tahu ayah kandungnya itu menjual Qayra kepada Chris Evans. Dia menghela nafas berat. Sejujurnya, dia cukup gembira apabila Qayra sudah bahagia bersama keluarganya. Hanya sahaja, dia tidak berani lagi memunculkan dirinya dihadapan adiknya itu.

"ABANG AIDEN buat apa disini?" tanya Asyuhada Hadaren. Adakah lelaki itu juga mahu menyalahkan dirinya atas apa yang telah terjadi?

"Saja." ujar Aiden Darwien. Tangan disilangkan didada. Memandang Hada yang sedang memakai baju penjara berwarna ungu. Maksudnya Hada masih menjalani proses perbicaraan mahkamah. Gadis itu belum dijatuhkan hukuman dan masih dalam tempoh direman.

"Aku nak bawa kau keluar dari sini." beritahu Aiden. Panggilannya juga sudah bertukar. Berbelit rasanya memanggil diri dengan sebutan abang. Itupun sudah membuatkan dia geli walaupun dia melakukan itu demi Hada. Abang? Dia lagi suka Hada panggil dia dengan sebutan itu.

Hada memalingkan wajahnya.

"Tak perlu. Jangan peduli tentang Hada."

"Is it an objection? If yes, Im not annoyed or bothered by it. I said what I said." Tegas Aiden. Geram. Hada memang suka sangat menolak. Padahal niatnya cukup baik.

"Kenapa abang Aiden nak tolong Hada? Kenapa tak percaya yang memang Hada cuba bunuh Dhea?" tanya Hada. Peliknya, orang luar pula yang lebih percaya dengannya. Sepatutnya, keluarganya lebih percaya.

"Kalau kau bunuh dia sekalipun, itu ada kena mengena dengan aku ke?" Soalan dibalas soalan. Hada bungkam. Bingung mahu membalas apa. Bukankah sepatutnya Aiden takut? Dia kan 'pembunuh'? Kenapa pula jawapan lelaki itu seolah-olah tidak peduli jika dia membunuh sekalipun.

"Maksud abang?"

"Aku pun boleh membunuh kalau kau nak. Maknanya, kau dan aku sama. Bukan macam tu, princess?" Bibirnya mengukir senyum sinis. Dia nampak yang Hada tampak terkedu dengan jawapannya. Tapi dia sama sekali tidak bergurau. Dia sanggup kotorkan tangannya.

"Gila."

"Tak ada orang nak dengan pembunuh. Tapi kalau pembunuh dengan pembunuh... Kau rasa? Isnt great?"

Tersedak Hada. Apa maksud Aiden? Dia pula yang rasa takut dengan lelaki itu. Ingat senang ke nak bunuh orang? Tak takut masuk penjara? Tak takut Tuhan? Bercakap serupa tak ada otak. Tapi Aiden ada otak ke? Ragu-ragu pula dia dengan lelaki itu.

"Jangan tolong Hada. Hada tak perlukan pertolongan abang."

Aiden berdecit. Kalau mereka tidak terhalang dengan cermin kaca telus yang ada dihadapan mereka ketika ini, sudah lama dia menjentik bibir Hada.

"Aku tunggu."

"Buat apa nak tunggu?" Entah kenapa Hada rasa Aiden pelik semacam.

"Aku tunggu kau sehingga kau keluar dari penjara." ujar Aiden. Dia menyingsing lengan baju kemeja putihnya hingga paras siku. Lelaki itu memandang Hada.

"Hada dah jadi bekas banduan. Takkan tak malu?"

Kata-kata Hada buatkan Aiden lebih geram. Rasanya mahu sahaja dia terjah. Dia tak kesah kalau Hada bekas banduan sekalipun. Dia cintakan Hada. Bermakna dia menerima segala kekurangan gadis itu.

"Tak, malah aku bangga kalau bakal isteri aku bekas banduan. Tak ada lelaki nak mengorat. Dia akan jadi milik aku seorang."

Hada kaku. Otaknya kosong. Biar betul?

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now