FORBIDDEN LOVE

13K 1.1K 104
                                    

"MASUK." Satu kata yang keluar dari mulut lelaki yang selama telah bertakhta dihatinya buatkan langkah Asyuhada Hadaren terhenti. Bahunya terhinjut apabila pintu kereta tersebut ditutup dengan kasar menimbulkan bunyi yang kuat.

"Ayah..." Belum sempat Hada habiskan bicaranya, Qads Henry terlebih dahulu memotong.

"Masuk!" Ujar Qads. Datar. Dia mengerling Hada melalui ekor mata. Tanpa aba-aba, dia terus masuk ke dalam rumah. Matanya menangkap susuk tubuh Aiden Darwien. Bibir menyungging senyum sinis. Tuan Farhan menunggu didepan pintu rumah.

Kening lelaki tua itu berkerut melihat Hada yang masuk semula ke dalam rumah.

"Qads yang suruh. Dia kan keluarga kita juga. Apa salahnya kan?" Sebelum Tuan Farhan bertanya, Qads terlebih dahulu memberitahu kepada lelaki tua itu. Perkataan keluarga ditekan. Tuan Farhan tidak bertanya lebih lanjut lagi. Inilah yang dia takutkan. Dia takut jika Qads akan membuat keributan jika Hada disini.

"Dia takkan ke mana-mana."

"Kau tak ada hak." ujar Aiden. Matanya menatap tajam kedua-dua lelaki tersebut. Qads tidak gentar. Malah, dia membalas tatapan tajam lelaki itu.

"I dont even care. Say what you wanna say. Kalau aku tak ada hak ke atas perempuan tu, kau pun sama juga. Back off." ujar Qads. Tangannya mengambil anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur dalam dukungan ayah tirinya. Sempat Qads mengerling Hada. Gadis itu hanya diam.

Aiden mengetap rahangnya. Dia takkan biarkan Qads sakiti Hada lagi. Dia akan menjadi pelindung buat Hada. Cukuplah dia biarkan Hada sendirian didalam penjara selama setahun. Itu pun semua kerana permintaan Hada yang tidak mahu dia membantu gadis itu untuk keluar dari penjara.

"Kau lupa." Aiden menghampiri Qads. Berbisik ditelinga lelaki itu. Tangannya kuat mencengkam bahu adik lelakinya itu.

"Kau lupa yang aku akan buat apa sahaja untuk gadis aku. How does it feel? Losing the best thing that has ever happened to you."

Badan Qads kaku tidak bergerak. Rahangnya diketap. Dia cuba menahan diri daripada membelasah Aiden sekarang juga. Tangan menggenggam penumbuk. Mahu sahaja dia menonjok muka berlagak lelaki itu.

"Hada..." Panggil Puan Farah. Dia menggenggam tangan anak tirinya itu. Senyum diukir. Dia membawa Hada pergi dari situ.

"Tak apa ke kalau tinggalkan abang Qads dengan abang Aiden?" tanya Hada. Dia menoleh ke belakang. Wajah kedua-duanya tampak tegang. Dia takut jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dan dia juga tertanya-tanya, kenapa hubungan Aiden dan Qads tampak keruh?

Apa yang telah terjadi selama setahun ini?

"Tak apa. Mereka bukan budak kecil lagi. Hada jangan risaulah." ujar Puan Farah. Cuba menenangkan Hada yang risau. Padahal, dia juga risau dengan hubungan kedua-dua anak kandungnya. Harapnya, tidak ada sesuatu yang buruk terjadi. Dia tidak mahu hubungan anak-anaknya putus dan renggang.

"Mana isteri abang Qads?" Sejak tadi dia tidak nampak keberadaan Dhea. Matanya dililaukan ke sekeliling. Tidak banyak yang berubah.

Puan Farah diam.

"Hada nak makan ke?" Pertanyaan Puan Farah tidak dibalas oleh Hada. Hada tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh wanita paruh baya itu darinya.

"Ma, apa yang terjadi sebenarnya? Mana isteri abang Qads? Bukan Dhea selamat dari..."

"Dia dah meninggal." Tidak tahu dari mana, tiba-tiba sahaja Qads muncul dari belakang.

Hada bungkam. Jantungnya berdetak dengan laju. Bukan sebab dia kan? Dia memandang Qads. Mata itu masih sama. Mata yang memandangnya dengan penuh kebencian.

"Ke...kenapa?"

"Dia meninggal sebab lahirkan Qayyum." Aiden pula muncul. Hada semakin bingung. Pelipis dahi diurut. Dia tak faham sebenarnya. Terlalu banyak persoalan yang berada dalam otaknya.

"MACAM mana kat penjara tu?" Asyuhada Hadaren mendongakkan kepalanya mendengar soalan dari salah seorang wanita paruh baya tersebut. Dia terdiam sebelum menghela nafas beratnya.

"Okay..."

"Muda-muda dah masuk penjara. Kalau tak taubat lagi tak tahulah macam mana." Tangan Hada terhenti dari mendodoi anak lelaki Qads. Qayyum Azzarian. Dia mengetap giginya. Rasanya mahu sahaja dia menyembur kata-kata yang tidak elok terhadap makcik-makcik yang bermulut puaka tersebut.

"Tom,"

"Kau jangan nak memerli sangat. Nanti berbalik kat anak kau. Nak ke? Mulut tu jaga. Semua manusia pun buat salah. Tak ada manusia sempurna. Anak kamu pun pernah buat salah cuma tak ada yang tahu sebab Allah tutup aib dia. Samalah juga macam anak aku. Kau diam-diam sudahlah." Bebel Mak Ngah. Hada tersenyum dalam diam. Puas hati dia.

"Hada," Puan Farah muncul diruangan dapur. Dia memandang Qayyum yang sudah lena didukungan gadis itu.

"Tolong Mama tukarkan lampin Qayyum ya?"

Kening Hada berkerut. Masalahnya, dia tak ada pengalaman nak tukar lampin bayi. Kalau dia buat dengan cara yang salah macam mana?

"Tolong ya?"

Tiada pilihan lain. Tak apalah. Nanti dia boleh tengok tutorial nak tukar lampin bayi di youtube. Sekarang kan zaman moden. Apa-apa pun dihujung jari. Perlahan-lahan langkah kakinya menaiki anak tangga itu. Sudah lama dia tidak menjejaki kaki dibiliknya. Harap-haraplah bilik dia tak berhabuk.

Tangan Hada memulas tombol pintu biliknya. Kening yang tidak gatal digaru. Mana dia nak cari lampin budak kecil ni? Kenapa tak pakai pampers je? Kan senang. Tak adalah dia nak susah-susah cari tutorial kat youtube.

"Qayyum duduk sini ya? Ahjumma nak cari lampin sekejap." Bisiknya. Takut jika bayi tersebut terbangun.

Hada masuk ke dalam bilik tengah. Ada hiasan dan katil kecil khas untuk bayi. Dia mencari lampin milik Qayyum. Tidak tahu dimana silapnya, kaki Hada tersadung sesuatu. Tetapi satu tangan kekar menahan tubuhnya.

"Cari apa?" Tanya Qads. Dingin.

Hada kelam kabut mahu melarikan diri tapi lelaki itu pantas menahan. Qads mencengkam pergelangan tangan gadis itu.

"Lepas!"

"Why should I?"

Mata Hada sudah berkaca-kaca. Dia tidak suka perasaan ini. Dia tidak mahu Tuan Farhan salah faham melihat mereka berdua-duaan.

"Hada kata lepas! Dont touch me!" ujar Hada. Sedikit kasar. Dia rasa jijik dengan dirinya.

"Bagitahu aku kenapa aku patut lepaskan kau?" Qads menolak tubuh Hada ke dinding. Memerangkap tubuh kecil gadis itu. Dia perasan yang tubuh Hada semakin kurus. Perasaan bersalahnya semakin menggunung.

"Nanti ayah nampak. Hada tak nak dia fikir Hada goda abang tiri sendiri."

Qads merengus.

"What if i dont want to let you go?"

"If you don't take your hands off me in the next two seconds you won't have hands." ujar Hada. Tegas. Dia melawan pandangan Qads.

Tepi bibir Qads ternaik. Dia mengukir senyum sinis.

"Be brave, princess."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now