FORBIDDEN LOVE

13.3K 1.2K 101
                                    

KALAU ditanya siapa manusia yang paling gila dalam hidupnya, sudah tentu Asyuhada Hadaren tanpa ragu untuk menyebut nama Aiden Darwien. Mana ada lelaki yang sanggup culik perempuan semata-mata untuk berkahwin?

Ada. Ya, sekarang dia percaya lelaki seperti itu wujud.

"Abang gila ke?" tanya Hada.

"Ya, gilakan Hada."

Helaan nafas kasar terhela dibibir tipis Hada. Dia berpaling dari Aiden. Lelaki yang kini bergelar sebagai suaminya. Aiden gigit bibir bawah. Dia berdiri dihadapan Hada. Apabila isterinya mahu memusingkan tubuh, Aiden menahan tubuh Hada.

Hadzril hanya memerhati dua sejoli itu. Dia berdecit. Seronoknya jadi perempuan. Apa-apa pun kena pujuk dengan lelaki. Lelaki pula? Merajuk pun kena pujuk diri sendiri.

"Hada tak suka? Kalau tak suka, Hada boleh tinggalkan abang." Ujar Aiden. Selamba. Buatkan Hada rasa geram. Nak gigit aje suami dia ini. Dada bidang Aiden ditumbuk geram. Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil memegang dadanya.

Tak sakit pun. Saja aje drama.

"Tinggalkan abang? Suka hati aje cakap macam tu kan?" Bebel Hada. Dia menjeling tajam suaminya itu.

Aiden tertawa kecil. Dia memeluk tubuh Hada dari belakang.

"Sekurang-kurangnya Hada dah jadi milik abang. You're mine now and Im yours." bisik Aiden ditelinga isterinya.

"This is insane. Tak ada lagi dibuat orang untuk paksa kahwin-kahwin ini." Bebel Hada. Dia mengatur langkahnya. Aiden mengikutinya dari belakang. Tangan lelaki itu diletakkan dipoket seluar. Mengejar langkah kaki isterinya. Isteri? Isteri? Ya, isteri. Akhirnya.

Aiden tersenyum-senyum sendiri. Seperti orang gila. Tidak waras. Entah. Tetapi sepertinya wayar-wayar dalam otak lelaki itu berselirat ataupun sebahagiannya sudah putus.

"Hada nak pergi mana?" tanya Aiden.

"Hada nak balik!" Ujar Hada. Nadanya sedikit membentak. Kemudian dia memandang Aiden. Lelaki itu mengangkat kedua keningnya. Hairan dengan Hada apabila bibirnya dimuncungkan.

"Abang...." Tiba-tiba sahaja Hada duduk berjongkok dengan kepala yang disembamkan dipaha. Tangisannya kedengaran berlagu. Aiden gigit bibir bawah. Gemas. Dia nak culik... Tapi dia dah culik sebenarnya.

"Macam mana kalau Ayah marah?" Dia tidak mahu Tuan Farhan semakin membenci dirinya. Hada takut jika ayahnya tahu.

Aiden hela nafas. Dia turut duduk berjongkok. Mengusap belakang tubuh isterinya. Cuba menenangkan Hada dahulu. Tak apalah, dia pun salah juga.

"Kenapa takut? Abang kan ada. Aku ada. I will
protect you at all costs. Im your husband, remember?" ujar Aiden. Suaranya seperti berbisik. Dia mengerling Hadzril dibelakangnya. Mengisyaratkan lelaki itu supaya membuka pintu kereta.

"Hada nak balik."

"Ya, sayang. Kita balik. Abang bawa Hada balik."

"Hada nak balik seorang diri!"

"Tapi Hada tak tahu jalan nak balik." ujar Aiden. Datar. Degil juga isteri dia ini. Gigit telinga tu nanti.

Hada kembali menangis buatkan Aiden garu kepala. Nangis pula dah. Tangannya naik keudara. Selama ini dia takut mahu memegang Hada. Takut jika gadis itu tidak selesa kerana mereka bukan mahram. Kedua sudut bibirnya terangkat. Jantung bukan main lagi berdebar dengan laju.

Pipi Hada dicengkam lembut. Tidak tahu jika isterinya itu dapat merasakan jika dia menggigil. Aiden berdehem. Lembutnya kulit isteri dia. Tangannya dilarikan dari terus menyentuh Hada.

"Jom balik." Tubuh Hada dicempung. Hadzril hanya menjadi pemerhati buat tuan mudanya dan juga puan mudanya. Selepas ini, Tuan muda dia nak pergi bulan madu ke?

Kalau dia nak ikut boleh tak?

"Hadzril..."

"Eh, Saya tuan muda!"

"HADA pergi mana?" tanya Qads Henry. Dia mengerutkan dahinya. Asyuhada Hadaren hentikan langkah kaki. Dia memandang Qads dengan malas. Kemudian, dia meneruskan langkahnya. Boleh tak kalau Qads jangan nak jadi penyibuk sangat.

"Hada..." Muncul pula Tuan Farhan. Hada tidak jadi menapak. Dia menundukkan kepalanya.

"Hada keluar dengan kawan."

"Keluar dengan kawan sampai pagi-pagi buta macam ini?"

Hada mengerling Qads dari ekor matanya. Penumbuk digenggam. Tunggu masa sahaja lagi dia nak layangkan penumbuk dimuka Qads. Dia tahan sahaja rasa marahnya dari tadi. Dahlah dia tak ada mood.

"Kenapa abang sibuk sangat? Suka hati Hada la nak keluar sampai pagi buta macam ini sekalipun. Kalau Hada tak balik apa yang abang nak peduli sangat." Bentak Hada. Qads terdiam. Dia hanya memandang tubuh Hada yang sudah menghilang dengan bunyi dentuman bilik yang kuat.

Tuan Farhan dan Qads berpandangan.

"Qayyum dah tidur?" tanya Tuan Farhan.

Qads hanya menganggukkan kepalanya. Dia yang tidurkan anak lelakinya tadi. Tanpa bantuan Hada. Dia masih ingat kata-kata gadis itu. Gadis akan memberikannya sesuatu jika dia sudah tahu bagaimana mahu menguruskan anak lelakinya tanpa bantuan gadis itu.

Qads gelengkan kepalanya. Takkanlah dia berharap dengan Hada kut? Tak masuk akal.

Sementara dibilik, Hada terus rebahkan tubuhnya. Matanya sudah layu dan akhirnya tertutup rapat. Tidak sempat mahu menukar baju. Dia rasa letih sangat. Nak bawa diri pun tak larat rasanya.

Dapat Hada rasakan helusan dirambutnya. Tapi gadis itu tidak hiraukan. Mungkin hanya mimpinya. Tetapi semakin lama dia dapat merasakan sentuhan dibahagian lain juga. Matanya dibuka dengan paksa. Dia melilaukan matanya disekeliling. Tidak ada sesiapa.

"Peliknya."

Sentuhan tadi. Macam bukan mimpi aje.

Hada mengalihkan pandangannya ke arah balkoni bilik. Pintu tersebut tidak tertutup. Langsirnya berterbangan ditiup angin. Hada mengerutkan dahi. Dia mengatur langkah ke balkoni. Kemudian, dia memandang ke bawah.

Aiden Darwien. Lelaki itu melambai ke arahnya. Dengan kaki yang disilangkan. Senyum lebar terbit dibibir lelaki itu.

"Pulang!"

Aiden angkat keningnya.

"Pulang!" Ujar Hada sedikit kuat. Mati dia kalau orang rumahnya menyedari kehadiran Aiden.

"Hada."

Hada kalut. Dia pusingkan tubuhnya. Qads menghampirinya dengan Qayyum yang sedang menggeliat tidak selesa dipangkuan lelaki itu. Hada menelan air liurnya. Tak boleh jadi. Nanti Qads nampak Aiden macam mana?

"Abang!" Panggil Hada sedikit kuat hingga menyebabkan anak lelaki Qads itu terbangun. Tangisan Qayyum kedengaran.

"Hada?" Pelik. Kenapa Hada nampak kalut?

"Ke...kenapa abang tak ketuk pintu?" Dia mengambil Qayyum didukungan Qads. Dia harap Aiden sudah pun lari dari situ.

"Abang nak pergi mana tu?"

"Nak tutup pintu balkoni."

Hada berlari anak menuju ke arah Qads. Dia gelengkan kepalanya. Jangan! Jangan nak macam-macam. Tamat riwayat dia nanti. Dia menghalang lelaki itu.

"Biarkan."

Qads mengerutkan dahinya. Semakin pelik.

"Hada yang buka. Nak... nak ada angin!"

"Tapi kau kan dah ada penghawa dingin. Kenapa nak buka balkoni lagi?" Aduh, banyak tanya pula abang tiri dia. Tak boleh ke berlagak bodoh dan biarkan dia sendiri?

"Hada dah lama tak rasa angin semulajadi."

Qads hanya anggukkan kepalanya lalu pergi dari situ. Hada menghela nafas lega. Baru sahaja dia mahu pergi, deringan telefon pintarnya mengalihkan perhatiannya.

Aiden
+ I love you, baby.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now