FORBIDDEN LOVE

15.4K 1K 14
                                    

ASYUHADA HADAREN mengintip Qads Henry dari balkoni biliknya. Sengaja bangun awal. Dia boleh tidur selepas dah cuci mata. Hada meneguk air kopi yang panas dicawan dengan perlahan. Jantungnya berdegup kencang apabila telinganya menangkap bunyi pintu gelongsor kaca dibuka.

Qads merenggangkan tubuhnya. Dia bersandar dipagar balkoni kaca tersebut. Lelaki itu tidak sedar akan kehadiran adik tirinya. Otot-ototnya diregangkan buatkan Hada terbatuk kuat.

Qads mengerutkan dahi.

"Good morning!" sapa Hada. Teruja. Dia melambaikan tangannya. Senyum
diukir dengan lebar. Semangat nak mulakan hari bila disuguhkan dengan pemandangan sebegitu rupa. Hari-hari pun dia sanggup bangun awal
kalau macam inilah pemandangannya.

Qads merengus. Dia dah agak. Hidup dia tak akan tenang bila Hada dah balik ke Malaysia. Walaupun dia lelaki, dia tetap kena berjaga-jaga dengan adik tirinya itu. Bila ditegur mulalah nak berdrama. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Tidur nyenyak ke semalam?" tanya Hada. Tapi Qads tidak menghiraukan soalan dari gadis itu malah terus masuk ke dalam. Hada mencebik. Jual mahal sangat.

Hada turut masuk ke dalam. Dia mengatur langkah menuju ke tingkat bawah lalu pergi ke dapur. Mahu menyediakan makanan untuk mereka berdua. Rambutnya diikat tinggi. Lalu dia memakai apron. Rasanya dia nak masak omelette sahaja untuk sarapan.

Tidak tahu dimana silapnya, tangannya menyentuh bahagian panas dikuali tersebut. Hada meringis. Dia terkejut apabila Qads tiba-tiba sahaja muncul lalu menarik tangannya ke arah sinki. Lelaki itu terus membuka pili air dan membiarkan air mengalir. Air dialirkan pada bahagian tangan Hada selama beberapa minit.

Sementelah itu, tangan Hada dituam menggunakan tuala.

"Cuai!" Qads menjentik dahi gadis itu. Hada mencebik. Matanya melihat Qads mengambil alih untuk memasak sarapan. Dia menggigit bibir bawahnya. Abang tirinya tampak sangat seksi. Otot-otot pada tubuhnya turut bergerak apabila lelaki itu memasak. Tak salah kan nak angaukan abang tiri sendiri?

"Kalau Hada jadi girlfriend abang, nak tak?" tanya Hada. Gadis itu mendekati Qads yang sedang menyediakan sarapan mereka dimeja makan. Qads hanya mengerling Hada dari ekor matanya.

"Kenapa aku nak pilih kau sebagai girlfriend aku pula? Aku tak suka perempuan cuai."

"Hada janji akan berhati-hati. Takkan cuai dah." Tangannya diangkat ke udara. Matanya dikedipkan beberapa kali. Qads berdecit. Dia cakap macam mana pun adik tiri dia tetap tak akan faham dan berputus asa. Ada sahaja jawapan yang diberi sehingga dia sendiri penat mahu menjawab.

"Kau adik tiri aku."

"Adik tiri? Bukan Hada girlfriend abang ke?" Dia menyenggol bahu Qads. Lelaki itu menyilangkan tangan didada. Biji matanya digulingkan. Baginya, berdua-duaan dengan Hada lagi bahaya. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

"Stop being stubborn and give up." ujar Qads.

Hada tersenyum senget. "Abang dah lupa gamaknya. Hada bukan perempuan yang senang-senang nak putus asa selepas ditolak. Hada suka lelaki yang jual mahal." Bisik Hada.

Dia takkan berputus asa selagi Qads belum menjadi miliknya. Tak ada yang boleh menghalang dia dari mendapatkan Qads. Tidak peduli jika mereka memandang dia dengan jijik kerana menyukai abang tiri sendiri tetapi Qads hanya miliknya seorang.

"Langkah mayat girlfriend aku dulu." Bisik Qads. Dia menjeling adik tirinya. Tatapan itu begitu dingin. Sejujurnya, dia tidak suka dengan sikap Hada.

Yang terlalu obses pada dirinya.

ASYUHADA HADAREN tersenyum sinis apabila
melihat Qads Henry dan seorang gadis sedang bergelak tawa. Botol minuman digenggam kuat hingga kemek. Nampaknya Qads tak tipu bila lelaki itu mengatakan bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Hatinya semakin panas apabila Qads mengusap rambut gadis itu.

Sepatutnya dia yang berada ditempat gadis itu. Dia yang harus diperlakukan seperti itu. Bukan gadis lain.

"Arleo Dazhani, kau perlukan barang taruhan tak?" Arleo, lelaki itu memandang Hada. Dia mengerutkan dahinya.

"Aku dah ada barang taruhan. Kenapa?"

"Kau akan lawan dengan abang tiri aku kan?" tanya Hada. Dia tersenyum sinis.

Arleo menganggukkan kepalanya. Mengeyakan. Lawan dia pada malam ini adalah Qads Henry. Awal-awal lagi dia sudah berlatih dengan lebih keras kerana dia tahu lawannya kali ini bukan orang yang biasa-biasa. Biarpun dia ialah juara champion racer berturut-turut tapi dia tidak boleh memandang rendah pada Qads.

"Macam mana kalau kau jadikan aku barang taruhan?"

Arleo tersedak. Matanya melotot memandang Hada. Tapi apabila melihat raut wajah gadis itu, dia tahu Hada tidak bermain-main dengan bicaranya. Gadis itu benar-benar memaksudkannya.

Gila. Ini memang gila. Tidak pernah lagi dibuat orang. Dia tidak tahu Hada segila ini.

"Macam mana?"

"Kau gila ke?"

Hada mengangkat bahunya. Gadis itu menepuk bahu Arleo. Dia tahu Qads akan menang perlumbaan ini. Dia datang ke sini pun hanya kerana ingin melihat Qads tapi tak sangka dia akan melihat pemandangan yang menyakitkan hatinya.

"Kalau aku menang, kau akan serahkan diri kau kepada aku?" tanya Arleo. Meminta kepastian dari Hada.

Hada menganggukkan kepalanya. Dia berani kerana dia tahu Qads akan menang. Tidak peduli jika Qads memarahi dirinya. Lagipun, dia lagi suka jika Qads marah. Maknanya Qads sayangkan dirinya, bukan?

"Kenapa kau yakin sangat? Kau cemburu dengan Dhea?"

"Nama dia Dhea?"

"Ya, semua orang kenal dia. Girlfriend Qads, abang tiri kau. Takkan kau tak tahu?"

Hada menggelengkan kepalanya. Sejujurnya dia tak tahu apa-apa. Qads menyekat dirinya dari mengambil tahu apa-apa tentang lelaki itu. Dia hanya mengetahui keadaan Qads melalui ibu tirinya, Puan Farah. Itu pun dia tahu Puan Farah senyap-senyap memberitahunya kerana Qads tidak suka.

Tapi, dia tak rasa dia obses pada abang tirinya. Hanya Qads salah faham. Dia tak tahu kenapa Qads selalu sahaja menghindar darinya.

Perlumbaan tersebut bermula. Hadaren mengikuti Arleo. Dia penasaran akan reaksi Qads nanti. Adakah lelaki itu akan merasa cemburu atau pun sebaliknya? Hada tersenyum.

"Hada!" Hada mendongakkan kepalanya memandang Qads. Mata lelaki itu tidak berubah sama sekali. Selalu sahaja memandang dirinya dengan pandangan tajam.

"Bro," Arleo mencengkam bahu Qads. Lelaki itu merengus lalu menepis tangannya.

"Kau akan dapat dia kalau kau menang. Tapi dia akan jadi milik aku kalau kau kalah." ujar Arleo. Dia memberikan isyarat kepada anak buahnya untuk membawa Hada pergi.

Hada melabuhkan punggungnya. Kaki disilangkan. Dia berharap bahawa Qads akan menang. Dia tahu Qads takkan membiarkan dia jatuh ke tangan lelaki lain.

"Kenapa Hada buat macam tu?"

Hada diam. Dia menggulingkan biji matanya. Dhea, gadis itu. Berani-beraninya dia menegur Hada setelah merampas Qads darinya.

"Hada tahu kan benda tu bahaya."

"Kalau bahaya, kenapa? Hada tau abang Qads akan menang. Dia takkan biarkan Hada jatuh ke tangan lelaki lain. Mind your own business."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now