FORBIDDEN LOVE

15K 1.3K 91
                                    

"DHEA ARDIANA!" Qads Henry mencengkam pergelangan tangan wanita itu. Wanita yang pernah menjadi isterinya dan melahirkan Qayyum. Anak lelaki mereka. Matanya menyorot tajam.

"Apa?" Bentak Dhea. Dia menepis tangan bekas suaminya. Muak. Dia muak melihat wajah lelaki itu. Anak yang pernah dikandungnya selama 9 bulan dikerling sekilas.

Apalah nasib malangnya hari ini. Bertemu pula dengan bekas suaminya.

"Kita perlu berbincang."

"Bincang apa lagi? You nak bincang apa? Tak ada benda yang nak dibincangkan. You dah janji takkan ganggu I selepas lahirkan anak lelaki you." ujar Dhea. Dia mengibaskan rambutnya kebelakang. Buatkan Qads merengus perlahan.

"Tapi takkan kau tak nak jumpa anak kau, Dhea? Kau yang beranakkan dia." bidas Qads. Nafasnya terengah-engah. Antara menahan amarah dan sakit hati melihat bekas isterinya yang bersama dengan lelaki lain.

Tentang kematian Dhea, hanyalah dusta semata. Wanita itu masih lagi hidup. Dia tahu dia salah kerana telah menipu Asyuhada Hadaren. Tapi sejak Dhea pergi meninggalkan mereka, sejak itulah dia tanamkan dalam hatinya bahawa Dhea tidak akan pernah wujud lagi dalam hidup mereka.

Anak lelakinya dan juga dia.

"Itu anak you. Bukan anak I. Pandai-pandailah you jaga. Tak pun you suruh adik tiri yang you sayangi jadi mak dia. Bukan susah pun."

Qads genggam penumbuk. Kalau bukan kerana Dhea itu perempuan, sudah lama penumbuk singgah diwajah wanita itu. Muak, Qayyum itu bukan anak lelaki kandungnya melainkan anak haram yang dikandung oleh Dhea. Tidak tahu benih lelaki mana.

"Bodoh," Maki Qads tidak tertahan.

Dhea terus berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Qads dan juga pengasuh anak lelakinya.

"Sakit kepala aku." Gumam Qads. Dia memandang pengasuh anak lelakinya itu. Lengan baju pengasuh itu digenggam lalu ditarik Qads mengikuti langkahnya.

"Eh..." Qadratul Lila berjalan dengan kaki yang terseret. Majikan dia ini pun tak perlulah nak tarik bagai! Dia kan boleh berjalan sendiri. Tak cacat dan lumpuh. Elok aje. Yang nak tarik bagai dah kenapa?

"Tadi tu... Mak kandung kepada Qayyum ke?" tanya Qadratul. Dia memandang Qads yang memandangnya tajam. Mulutnya dikatup rapat lalu dia menggelengkan kepala. Sumpah lain kali dia takkan tanya dah!

"Dah tahu tanya pula." perli Qads. Qadratul hanya diam. Nanti kalau dia balas, kena potong gaji pula. Duit yuran sem ini pun dia tak bayar lagi. Botaklah rambutnya kalau gaji kena potong. Hari-hari kena makan maggi. Tak pun kena ikat perut.

Mereka tiba dipasaraya membeli barangan keperluan Qayyum. Qadratul hanya menilik sahaja. Mengikuti Qads dari belakang. Kalau dilihat, nama mereka bertiga semuanya bermula dari Q. Qads, Qadratul, dan Qayyum. Gadis itu tertawa sendiri. Kemudian dia gelengkan kepalanya.

Dia tak suka duda! Mohon dijauhkan.

"Susu Qayyum dah habis."

"Aku tahu." Ujar Qads. Dia mengambil 3 bungkus susu formula untuk anak lelakinya.

"Kau nak beli apa-apa ke?" tanya Qads. Qadratul geleng kepala. Dia tak bawa dompet. Kalau nak beli pun, dia kena berjimat. Tak boleh boros!

Qads mengangkat bahu. Usai membayar barangan yang dibeli, dia menyimpan semua barangan tersebut dibonet kereta. Matanya menangkap kelibat Aiden Darwien dengan seorang gadis. Dia kerutkan dahi.

"Encik Qads nak berjemur ke?" Qads berdecit sebal.

"Tak, aku nak jemur kau."

Qadratul hanya juihkan bibirnya. Garangnya.

AIDEN DARWIEN mengejar langkah kaki isterinya. Dia tersenyum lebar. Hari ini ialah hari pertamanya bergelar sebagai seorang suami kepada Asyuhada Hadaren. Catat! Hari pertama! Dan selama-lamanya akan menjadi suami kepada gadis itu.

"Abang Aiden nak apa?" Tanya Hada. Dia memandang suaminya.

Lelaki itu juihkan bibirnya lalu melihat menu. Dia membelek menu tersebut.

"Aku nak makanan yang sama dengan apa yang kau pesan." Aiden tongkat dagu.

Hada kerutkan dahi. Dia memandang Aiden sekilas sebelum turut mendongkatkan dagunya. Matanya bertemu dengan anak mata suaminya. Aiden pula sudah salah tingkah.

"Nak Hada suap ke?"

Angguk.

"Abang kan ada tangan."

Geleng. Hada angkat sebelah keningnya. Dia jeling kedua-dua tangan Aiden. Terletak elok sahaja dibahagian tubuhnya. Tak ada pula putus macam Gojo Satoru.

"Apa salahnya kalau minta suap dengan isteri sendiri?"

"Memang tak ada salah. Tapi..."

"No buts!"

Hada diam. Dia mengerling Aiden. Lelaki itu tampak sahaja garang tapi hakikatnya manja tak tahu tempat. Semalam, hampir gugur jantung dibuatnya apabila lelaki itu dengan gilanya memanjat balkoni miliknya. Kalau jatuh macam mana?

"Nak pesan apa?"

"Saya nak pesan nasi ayam geprek dua dan ais lemon tea dua. Cuma, jangan pedas sangat ya nasi ayam geprek tu. Level 2 aje." Ujar Hada. Takut pula kalau Aiden tidak dapat menahan rasa pedasnya.

Iyalah, lelaki itu kan membesar di Perancis bersama-sama dengan keluarga angkatnya.

"Baik, nak tambah apa-apa lagi ke?"

Hada hanya gelengkan kepalanya.

"Hada nak pergi tandas dulu." Pamit gadis itu. Aiden anggukkan kepala. Ini kali kedua dia makan direstoran ini. Kali pertama sewaktu mahu melihat Hada. Dan kali ini, Hada membawanya kesini dengan status baharu mereka iaitu sebagai suami isteri.

Aiden kerut dahi melihat lelaki yang sedang rancak berbual dengan isterinya. Amboi, zaman sekarang. Tak lelaki, tak perempuan. Sama aje. Penyondol! Dia tak boleh biarkan. Hada kan milik dia!

Telinga Aiden menangkap tawa milik isterinya.

"Saya single sebenarnya. Tak ada suami atau boyfriend lagi. Tapi saya janda, awak nak ke?"

Auch, hati mungiel Aiden jadi sakit. Sampai hati isteri dia. Janda? Janda apanya?

"Tak apa, saya pun duda..." Belum sempat lelaki itu habiskan kata-katanya, Aiden terlebih dahulu memotong. Tangannya merangkul pinggang Hada. Nak kena isteri dia ni.

"Sayalah suami kepada janda ni. Baru bangkit dari kubur tadi." Datar Aiden membalas. Dia memandang tajam lelaki tersebut. Dahlah muka tak kacak mana pun. Ada hati nak rampas isteri dia. Bagi penampar nanti, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

"Er..."

"Sayang dah lupa ke yang kemarin abang lapkan air liur basi sayang?" ujar Aiden.

Hada bulatkan matanya. Dia menumbuk dada bidang Aiden. Ada pula cakap macam tu. Sejak bila dia tidur ada air liur basi? Saja aje nak malukan dia.

Hada merengus. Dia berjalan meninggalkan suaminya.

"Merajuk?" Gadis itu palingkan wajahnya. Tak merajuk pun. Marah sikit aje. Bahunya disentuh oleh lelaki itu.

"Dengarlah dulu. Kenapa cakap yang Hada ni janda? Habis abang ni apa? Bukan suami?" tanya Aiden. Kali ini nada suaranya berubah serius. Hada telan air liur.

"Suami."

"Siapa?"

"Ya, abang suami Hada."

"Siapa?" Rasa nak menangis.

"Aiden Darwien! Puas?" Aiden tertawa kecil. Tergeleng kepalanya melihat Hada yang sedang menghentak kecil kakinya.

Comel.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now