FORBIDDEN LOVE

12.9K 994 9
                                    

SEJAK kejadian raba meraba tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK kejadian raba meraba tadi. Tak. Bukan. Hanya Asyuhada Hadaren sahaja yang meraba Qads Henry. Bukan kedua-duanya. Qads tak gila lagi nak balas semula. Nanti Hada terlebih gatal pula dengan dia. Makin dilayan, makin gatallah gamaknya.

Qads hanya menggelengkan kepala melihat tingkah menggemaskan Hada. Sejak tadi gadis itu seperti cacing kepanasan. Dia yang melihat kelakuan gadis itu pun pening kepala. Umur sahaja 24 tahun tetapi perangai kebudak-budakkan.

Qads letak tangannya pada kepala Hada. Gadis itu pusingkan kepalanya memandang Qads. Tangan lelaki itu berada dalam poket jaketnya. Hada turut memasukkan tangannya dalam poket jaket Qads. Lelaki itu hanya membiarkan.

"Lama lagi ke giliran kita?" tanya Hada. Dia jengketkan kakinya. Melihat berapa banyak lagi manusia yang sedang beratur dihadapan mereka. Dia menghela nafas kasar. Qads memerhati adik tirinya itu lama sebelum menarik bahu Hada mengikutinya.

"Eh, abang! Nanti tempat kita kena ambil dengan orang lain. Penat kita beratur tadi!" ujar Hada separuh menjerit.Dia memandang ke belakang. Tangannya cuba dilepaskan.

"Diam," Qads membawa Hada ke suatu tempat. Lelaki itu membuka pintu yang tampak sudah usang. Mereka berdua masuk ke dalam. Terdengar suara jeritan orang-orang. Hada drastik memeluk Qads. Lelaki itu biarkan sahaja. Malah tangannya memeluk bahu adik tirinya.

Kalau hilang, payah dia nak mencari nanti.

Qads mengangkat langsir berwarna hitam yang menutupi jalan mereka. Dan akhirnya mereka sampai ke tempat yang ingin dituju. Rumah hantu.

Setiap kali mereka diterjah oleh hantu-hantu rekaan dirumah hantu tersebut hanya Hada sahaja yang teriak manakala Qads pasrah dipeluk erat dengan adik tirinya itu. Hada berlari jauh dan tanpa sedar dia hilang dari Qads. Tidak sedar jika dia dan Qads berpisah.

Dia memegang dadanya. Mata Hada membulat apabila badut tersebut menghampirinya. Dia cuba melarikan diri tetapi malangnya pintu tersebut tersekat. Dia memandang badut tersebut. Rasa nak menangis.

"Abang! Abang!" Jerit Hada. Dia menarik pintu tersebut dengan kuat tetapi nihil. Pintu tersebut tetap terkunci. Baru sahaja dia mahu melarikan diri, badut tersebut menolak tubuhnya ke dinding.

"Please..." Hada terkejut apabila badut itu
memerangkap dirinya. Hada menelan air liur. Matanya diliarkan ke sekeliling. Cuba mencari cara untuk lari. Kenapa dia boleh bodoh sangat sampai boleh lupa tentang Qads. Laju sangat ke dia lari tadi? Mana abang tiri dia ni?

"Awak... Tolonglah. Saya tak ada apa-apa nak bagi. Duit... Duit saya tinggal kat dalam beg. Saya bawa abang tiri saya tadi. Dia... Dia hilang tak tahu kat mana. Kalau awak nak apa-apa nanti saya bagi. Tapi bukan sekarang!" Kalut Hada mencari alasan untuk menyelamatkan dirinya. Gadis itu menggenggam kedua-dua tangannya. Memohon kepada badut tersebut tapi badut itu hanya tertawa.

Badut apa pula ni! Dia kan takut. Boleh pula badut ni ketawakan dia. Nak terkencing pun ada rasanya.

"My god..."

"You're fun to play with." Badut tersebut membukakan pintu keluar untuk Hada. Gadis itu hanya diam. Dia memandang badut itu dengan pandangan tidak percaya. Boleh pula badut tersebut bukakan pintu untuknya?

"Awak bagi saya keluar ke?" tanya Hada. Manalah tahu dia kena tipu. Tiba-tiba sahaja badut itu mahu memperdayakan dia dan menakutkan dia kembali.

"Why? Kalau kau nak jadi pasangan badut boleh juga."

"HADA!" Qads Henry berlari mendekati adik tirinya. Asyuhada Hadaren tersenyum. Nampak sangat muka Qads macam kehilangan anak. Peluh banyak merinik didahi lelaki itu. Hada keluarkan tuala kecil berwarna merah jambu miliknya.

"Sorry, abang. Hada buat abang risau tadi." Ujar Hada. Menjelaskan kepada Qads sebelum lelaki itu membuka mukadimah untuk membuat syarahan. Tangan Qads digenggam.

"Hada rasa nak makan sekarang. Jom beli makanan!" Dia menarik tangan abang tirinya. Mereka berjalan mengunjungi gerai-gerai makanan tersebut. Tapi matanya tertarik pada badut yang menolongnya tadi. Hada termenung.

Siapa sebenarnya lelaki itu?

"Abang pergi mana tadi?"

"Cari Hada. Kenapa?" jawab Qads. Dia memegang plastik-plastik makanan milik Hada. Dia harap semua yang dibeli ini akan habis dimakan. Selalunya dia yang jadi mangsa. Dipaksa untuk menghabiskan makanan adik tirinya itu. Nafsu sahaja besar tapi bila dah makan sekali sahaja.

"Hada jumpa badut tadi." cerita Hada. Mereka duduk dikerusi panjang. Tangan Hada penuh dengan gula-gula kapas yang berbentuk love. Dia mencari badut tadi.

"Badut?"

Hada menganggukkan kepalanya.

"Makan ni." Qads menyuakan sate ayam itu kepada Hada. Mereka bergantian melahap makanan tersebut sehinggalah habis tidak bersisa. Gula-gula kapas juga sudah selamat didalam perut Hada. Bibirnya yang sedikit comot dibersihkan oleh Qads dengan tuala kecil. Lelaki itu berdiri.

"Aku pergi tandas sekejap. Duduk sini. Jangan pergi ke mana-mana." Ujar Qads.

Hada hanya menganggukkan kepalanya. Matanya memerhati susuk tubuh Qads sehinggalah abang tirinya itu hilang dikeramaian orang. Dia mendongakkan kepalanya apabila ada seorang menghulurkan gula-gula kapas kepadanya.

"Awak! Awak badut tadi!" Ujar Hada teruja. Badut itu tertawa. Selalunya bila nampak dia orang akan lari tapi lain pula dengan gadis dihadapannya ini. Makin teruja.

Badut itu hanya menganggukkan kepalanya. Dia duduk berjongkok. Hada turut duduk sama. Pandangannya tidak lepas dari memerhati badut itu.  Dia memincingkan matanya. Bagaimana kalau badut tersebut membuka topengnya?

Tetapi apabila badut itu turut memandang dirinya, Hada mengalihkan pandangan ke arah lain. Berpura-pura seperti tidak peduli. Mana abang tiri dia ni? Tadi kata nak pergi sekejap aje. Ini dah berapa minit? Dia pergi tandas atau pun nak buat tandas sebenarnya?

Dagu Hada dicengkam. "Where ya looking? Im the view." Badut itu ketawa kecil melihat wajah Hada yang bertukar kemerah-merahan. Dia berdiri. Mahu pergi sebelum abang tiri gadis itu datang. Mampus dia dikerjakan kalau Qads datang. Silap-silap dia akan dibelasah. Tak mahu dia.

Tapi dia akan ada selalu berada dekat dengan Hada. She hits like ectasy.

"Hada!" Hada berpaling. Dia teruja melihat Qads. Dia mahu memperkenalkan badut tersebut kepada Qads tetapi apabila dia memusingkan kepalanya, badut tersebut sudah tidak kelihatan.

"Tadi... Kenapa abang lambat!" Marah Hada. Gadis itu kelihatan kesal dengan Qads. Lelaki itu hanya mengerutkan dahi. Dia kan pergi tandas tadi. Rasanya tak adalah sampai sejam dia pergi tandas. Baru 15 minit dia hilangkan diri.

"Kenapa? Kau cari siapa?"

"Badut tadi."

Hujung bibir Qads ternaik. Dia tersenyum senget.

"Tiba-tiba pula kau suka badut. Bukan dulu kau takut dengan badut ke?" tanya Qads. Keningnya terangkat sebelah.

Hada berdecit.

"Kalau badut tu attractive nak buat macam mana? Dan Hada tak takut dengan badut! Hada suka badut. Macam Joker tu."

Qads menggulingkan biji matanya. Pulak dah.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now