FORBIDDEN LOVE

11.8K 1K 97
                                    

SETAHUN BERLALU...

AIDEN DARWIEN memeluk tubuh. Bibirnya mengukir senyuman yang cukup manis apabila kornea matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis yang selama ini dia nanti-nantikan. Sudah setahun berlalu sejak Asyuhada Hadaren disabitkan atas hukuman Seksyen 323 dengan kesalahan Seksyen 321.

Gadis itu ternyata terbukti tidak bersalah atas kesalahan cuba membunuh kekasih Qads Henry.

"Hai..." Sapa Aiden. Senyum tidak luntur dari bibirnya. Sepertinya dia tidak boleh terhenti dari mengukir senyuman dihadapan gadis itu.

"Abang Aiden?" Hada tampak terkejut. Dia sangkakan orang pertama yang dia nampak depan matanya setelah keluar dari penjara ialah keluarganya. Tapi nyatanya dugaannya salah. Aiden ialah orang pertama yang dia nampak selepas keluar dari penjara setelah 1 tahun berlalu.

"Kenapa? Tak suka?" tanya Aiden.

Hada cuba mengukir senyuman. Takkanlah ayah dan ibu tiri dia tak tahu yang dia akan keluar dari penjara hari ini?

"Ingatkan ayah yang akan jemput..." ujar Hada. Dia menghela nafas lelah. Berat badannya semakin susut didalam penjara. Banyak benda baharu yang dia pelajari. Tapi semakin hari dia semakin rindukan ayahnya. Tuan Farhan. Tipulah kalau dia tidak rindukan ayahnya itu. Setiap hari dia berharap Tuan Farhan akan datang menjenguk dirinya.

Aiden mengetap rahang.

"Aku ada." beritahu Aiden.

Hada memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu. Begitu pun dengan Aiden. Mata mereka bertentangan. Tidak lama kemudian, telinganya menangkap bunyi ngiauan. Kening Hada berkerut.

"Cari ini ke?" Aiden keluarkan sesuatu dalam poket seluarnya. Mata Hada membuntang apabila Aiden menghulurkan anak kucing yang comel kepadanya. Macam mana pula boleh muat dalam poket seluar lelaki itu? Nasib baik tak lemas.

Wajah Aiden memerah apabila jarinya bersentuhan dengan Hada. Ini kali pertama dia merasakan betapa halusnya kulit tangan gadis itu. Dia mengetuk kepalanya apabila bayangan-bayangan tidak elok muncul difikiran.

"Kenapa bawa anak kucing ni dalam poket? Nasib baik tak lemas. Abang Aiden ambil kat mana?" tanya Hada. Dia mengelus kepala anak kucing tersebut.

"Aku curi dari rumah anak jiran sebelah. Comel kan? Untuk kau." Selamba sahaja Aiden memberitahu hal tersebut kepada Hada. Gadis itu membuntangkan matanya. Curi? Dia tak salah dengar kan?

Aiden tertawa kecil. Dia bergurau aje sebenarnya. Kenapa dia nak curi kalau dia boleh beli? Bukannya dia tak mampu nak beli sampai mencuri. Tangannya merangkul bahu Hada. Tubuh gadis itu tampak kaku. Terkejut dengan perlakuan Aiden. Tetapi lelaki itu dengan beraninya menyelitkan rambut hadapan Hada pada telinga gadis itu.

Hada hanya terdiam.

"Gurau. Itu anak kucing adik aku. Dia bagi aku. Tapi aku bagi untuk orang yang ada tempat istimewa dalam hati aku. Kau suka?" tanya Aiden. Berbisik. Tepat ditelinga Hada. Jantung usah ditanya. Berdegup kencang. Adrenalinnya semakin gila apabila Aiden tertawa ditelinganya. Suara lelaki itu kedengaran serak dan seksi. Halkumnya pula naik turun.

"Su...suka." Tergagap dia mahu membalas. Dia mahu melarikan diri dari lelaki itu tetapi kakinya terasa kaku. Lemah tidak berdaya.

"Terima kasih. Untuk adik awak."

"Hm?"

"Untuk adik aku?" tanya Aiden.

Hada menganggukkan kepalanya. Tangannya naik mengelus anak kucing yang berada dalam dukungannya. Anak kucing tersebut tampak lena. Mungkin terbuai dengan elusan yang diberikan oleh Hada.

"Kucing ni milik aku. Kenapa nak berterima kasih dengan adik aku?" Nadanya seperti tidak puas hati. Sepatutnya Hada berterima kasih kepadanya.

"Ini kan adik awak punya."

"Aku."

Kepala Hada terdongak apabila Aiden mengangkat dagunya. Dia menelan air liur. Pandangan mata lelaki itu buatkan Hada tidak keruan.

"I owned it so its mine."

DUA-DUANYA diam. Asyuhada Hadaren membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Aiden Darwien berdecit apabila melihat anak kucing tersebut tampak nyaman dipangkuan gadis itu. Baru kali ini dia rasa cemburu dengan haiwan. Haiwan pula tu bukan manusia. Normal ke?

"Kita dah sampai."

Aiden dan Hada keluar dari roda empat pacuan tersebut. Jantung Hada berdegup dengan kencang. Dia rasa asing. Sungguh asing. Biarpun dia pernah tinggal dirumah ini tapi sekarang untuk sekadar menjejakkan kaki pun dia rasa malu.

"Abang..."

Aiden hentikan langkahnya. Memandang Hada. Gadis itu tampak takut.

"Boleh tak kalau Hada sembunyi dibelakang abang?" tanya Hada. Rasanya dia tidak mahu pulang. Dia masih tidak bersedia lagi. Bagaimana kalau Tuan Farhan menghalau dia dan mengharamkan dia untuk menjejakkan kaki disini?

Aiden diam. Tapi dia tetap berdiri dihadapan Hada. Kalau Hada tak minta pun dia tetap akan jadi pelindung gadis itu. Jangankan menjentik, kalau sesiapa menyentuh gadis kepunyaannnya pun dia akan patahkan tangan orang tersebut. Tapi...

Dia takkan kotorkan tangannya.

"Kenapa ramai sangat orang?" tanya Hada. Ada apa-apa ke?

Aiden hanya diam. Tidak membalas sama sekali. Dia biarkan Hada mengetahuinya sendiri. Dia tidak
mahu melihat wajah kecewa gadis itu.

"Hada..." Mereka berpaling. Puan Farah tersenyum melihat anak gadisnya. Air matanya menitis lalu dia berlari laju menuju Hada. Dipeluk tubuh gadis itu dengan erat. Dia rindukan anak gadisnya. Setiap hari dia tidak berhenti mendoakan Hada disana. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia rindukan anak tirinya ini.

Puan Farah beralih memandang Aiden tetapi lelaki itu memalingkan wajahnya. Wanita paruh baya itu hanya tersenyum sedih.

"Kenapa banyak sangat orang?"

Puan Farah terdiam. Tetapi kemudian dia mengukir senyuman paksa. Tangannya naik mengelus pipi anak tirinya itu.

"Ada majlis kesyukuran untuk..."

"Untuk?" tanya Hada. Semakin penasaran apabila Puan Farah menggantungkan ayatnya.

"Untuk anak Qads dan..."

"...Dhea." Bukan Puan Farah tetapi Aiden yang berbicara. Buatkan Hada bungkam. Dia kuatkan hatinya. Setahun dipenjara, dia cuba melupakan perasaannya. Sama seperti yang diarahkan oleh Tuan Farhan. Dia tidak boleh menyimpan sebarang perasaan kepada Qads.

Qads itu adalah abang tirinya. Dan perasaannya kepada Qads ialah salah. Sepatutnya dia tidak boleh menyimpan sekelumit pun perasaan kepada lelaki itu. Dia patut sedar diri.

Hada cuba mengukir senyuman biarpun payah. Dia tidak mahu Puan Farah tahu dia masih tidak boleh melupakan Qads.

"Kenapa tak bagitahu Hada yang abang Qads dah kahwin?"

"Ayah yang tak nak." Tiba-tiba sahaja Tuan Farhan muncul. Dia membawa seorang bayi dalam dukungannya. Tiada susuk tubuh Qads. Bibirnya dikemam.

"Abang." Puan Farah menggelengkan kepalanya.

"Siapa suruh kamu jejakkan kaki disini? Tak tahu malu?"

Bicara Tuan Farhan buatkan hatinya tertusuk dengan sesuatu yang tajam. Dia mahu membalas tetapi suaranya tersekat dikerongkongan. Hada tundukkan kepalanya lalu keluar dari situ. Tidak menunggu lama. Dia juga tidak mahu menjejakkan kaki dirumah yang tidak mengalu-alukan kehadirannya.

"Aiden." Langkah Aiden terhenti. Lelaki itu meletakkan tangannya dipoket seluar.

"Kamu tahu kan Hada tu..." Belum sempat Tuan Farhan menghabiskan bicaranya, Aiden terlebih dahulu memotong.

"Saya tak pernah anggap Tuan Farhan sebagai ayah saya. Jadi tolong sedar dimana kedudukan Tuan Farhan. Jangan melebihi batas sebagai orang luar." Tegas Aiden. Dia menjeling lelaki itu dengan tajam lalu keluar dari situ.

"Abang..." Puan Farah sudah menangis. Manakala Tuan Farhan hanya menghela nafas lelah. Setahun ini, hidup mereka sungguh berantakan.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now