FORBIDDEN LOVE

14.7K 1.3K 51
                                    

ASYUHADA HADAREN membawa kopi panas ditangannya. Dia membuka Ipad miliknya tetapi tiba-tiba sahaja Ipad tersebut mati. Hada cuba menghidupkan berkali-kali tetapi nihil. Ipad tersebut sudah pun kehabisan bateri. Dia lupa nak cas pagi tadi.

Selalunya Aiden Darwien yang tolong dia caskan.

Ipad suaminya dikerling. Dia nak tengok Kdrama sekarang juga. Malas pula nak mengecas. Nanti tak sempat tengok dah tertidur.

Hada mengatur langkah mahu mengambil Ipad milik Aiden tetapi tidak tahu mana silapnya, kakinya terseliuh dan akhirnya kopi panas tersebut tertumpah di Ipad milik lelaki itu. Gadis itu tercengang.

Dia mengelap kopi panas tersebut dengan cepat lalu cuba menghidupkannya. Bibir diketap. Mampus. Tak hidup pula. Nak menangis rasanya.

"Sayang?" Hada mengangkat kepalanya.

"Kenapa ni?" tanya Aiden. Dia duduk berjongkok lalu memandang Hada. Gadis itu menghulurkan Ipad kepadanya.

"Terkena kopi panas. Hada..."

"Ya Allah, sayang..." ujar Aiden. Dia mengambil Ipad miliknya.

Hada menjuihkan bibir. Bukan salah dia pun. Siapa yang letak merata-rata? Kan dah terkena kopi panas. Sepatutnya Aiden letak ditempat yang selamat. Tengok? Sekarang dah tertumpah pula kopi dia.

"Kenapa? Nak salahkan Hada ke? Abang yang salah sebab letak Ipad merata. Bukan ke sepatutnya abang letak kat tempat yang selamat." ujar Hada. Cuba membela dirinya.

"Ya, sayang. Abang yang salah sebab letak merata. Sepatutnya abang letak ditempat yang sepatutnya." Pasrah sahajalah. Perempuan memang tak pernah nak mengaku salah. Dia mengusap wajah isterinya.

"Jadi... isteri abang tak apa-apa kan? Tak terkena kopi kan?" tanya Aiden bertalu-talu. Dia cuba memeriksa tubuh isterinya. Takut jika terkena tumpahan kopi yang panas itu.

Hada diam. Aiden risaukan dia?

"Abang tak marah sebab Ipad abang rosak ke?"

Aiden senyum tipis. Dia berdehem. Wajahnya cuba diseriuskan.

"Tak marah. Abang lagi risaukan isteri abang. Tapi Hada sayang..." Dia membawa isterinya duduk disofa. Lalu membelek tangan Hada. Manalah tahu ada sebarang kecederaan. Dia tidak boleh mengambil ringan.

"Kalau salah kita kena mengaku salah dan minta maaf." tegur Aiden dengan lembut. Rambut isterinya dikemaskan lalu disanggul. Dia mengambil Macbook miliknya lalu diberikan kepada Hada.

"Esok abang belikan Ipad baru. Sementara tu, Hada tengok Kdrama disini. Jangan tidur lewat. Apa-apa cari abang dibilik kerja." Aiden membongkokkan tubuhnya lalu mencium dahi isterinya. Hada masih terkebil-kebil. Masih lagi belum mencerna apa yang berlaku. Dia menggenggam penumbuk lalu menghela nafas.

Aiden dicari. Dia mahu meminta maaf. Benar, dia sepatutnya mengakui kesilapannya. Bukannya, menyalahkan orang lain.

"Boleh Hada masuk?" Hada mengetuk pintu.

"Sure, come in."

Terkejut Aiden apabila Hada duduk diribanya. Tangan gadis itu melingkar pada batang lehernya buatkan Aiden meneguk air liur beberapa kali. Detak jantungnya cuba dineutralkan. Telinganya memerah tetapi dia tahu isterinya tidak akan perasan kerana cahaya yang samar-samar dibilik kerjanya.

"Hada minta maaf."

"Hm?"

"Hada salah sebab tumpahkan kopi kat Ipad abang." Hada kemam bibirnya. Dia menundukkan kepala. Takut-takut jikalau Aiden memarahinya atau menjerkahnya.

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now