FORBIDDEN LOVE

14.4K 1.3K 67
                                    

ASYUHADA HADAREN tersenyum apabila hamparan laut yang indah menyapa kornea matanya. Aiden Darwien turut tersenyum melihat gadis itu gembira. Tangannya diletakkan dalam poket seluar. Tangan yang satu lagi memegang heels kepunyaan gadis itu.

"Boleh mandi pantai ke?" tanya Hada. Dia tak ada bawa baju lebih. Dia memandang Aiden.

Aiden memandang sekeliling. Dia menggelengkan kepalanya. Bukannya dia nak melarang Hada mandi pantai tapi dia takut jika ada mata-mata nakal yang mengusik gadis itu. Dia tak tahu pun gadis itu mahu pergi ke pantai. Kalau tak, awal-awal lagi dia dah sewa pantai peribadi. Kalau Hada nak mandi pun dia tak peduli.

Bibir Hada tercebik. Tak apalah. Bukan rezeki dia hari ini. Dia tak nak pula menyusahkan Aiden mencari baju untuknya.

"Kau tak boleh pakai baju macam ni!" Hada dan Aiden mengalihkan pandangan mereka ke arah pasangan yang sedang bertelingkah kecil dibawah pokok yang besar itu. Mereka saling berpandangan.

"Suka hati sayalah nak pakai apa sekalipun. Kalau saya bogel..." Belum sempat gadis itu meneruskan bicaranya, lelaki tersebut menekup mulutnya. Dia menggelengkan kepalanya. Maklumlah, mulut kekasih dia memang tak boleh nak tapis. Nasib baik dia sayangkan gadis itu.

"Liana!"

"Ya, Daniyes sayang?" Ujar gadis itu dengan suara yang mendayu. Menggoda kekasih hatinya itu. Dapat dia lihat wajah Daniyes memerah mendengar panggilan sayang darinya. Liana tertawa kecil. Lelaki itu pantas menggeletek kekasihnya. Suka sangat buat dia naik darah.

"Abang tak marah ke?" Hada pusingkan tubuhnya. Memandang Aiden. Dia tahu soalan dia pelik. Tiba-tiba sahaja. Tak ada angin, tak ada ribut.

Kening Aiden berkerut hebat.

"Kenapa aku nak marah?" Soalan dibalas soalan. Kenapa pula dia nak marah Hada? Lagipula, gadis itu tidak mambuat apa-apa kesalahan hinggakan dia mahu memarahi Hada. Kalau ada pun, dia takkan marah. Mana dia sanggup mahu memarahi Hada.

"Sebab baju Hada terlalu terdedah?" Ujar Hada. Dia nak tahu aje. Tak ada niat tersembunyi pun. Aiden kan sukakan dia. Takkan lelaki itu tidak cemburu sama sekali? Kan?

Bibir Aiden mengukir senyuman tipis. Hada nak dia jadi macam lelaki tadi ke? Yang cemburu apabila kekasihnya memakai pakaian yang terlalu terbuka sehingga lelaki lain memandang? Sejujurnya, dia tak marah pun. Itu hak Hada. Dia bukan sesiapa dalam hidup gadis itu mahu melarang.

"Hada, aku tak ada hak pun nak marah. Kalau kau nak pakai pun aku tak peduli. Tapi bila kau dah jadi isteri aku, aku akan pastikan pakaian terdedah kau akan bertukar jadi pakaian yang lebih tertutup ." Jaket kulitnya diberikan kepada Hada supaya gadis itu tidak kesejukan.

"Aku memang tak ada hak buat masa sekarang tapi bila aku dah jadi suami kau, sehelai rambut pun aku takkan biarkan lelaki lain tengok. Understood, mada?" Aiden mensejajarkan kedudukan wajahnya pada wajah gadis itu. Pipi Hada memerah. Dia menyelitkan helaian rambutnya pada telinga.

Hada menganggukkan kepalanya.

"Goodgirl." Aiden melangkah perlahan. Meninggalkan Hada yang masih lagi malu. Padahal, jantungnya turut berdetak dengan laju. Mungkin kalau Qadzril dengar, mahu pengsan lelaki itu mendengar ayatnya tadi. Serasa bukan dia sahaja.

"Abang betul-betul maksudkan ke?" tanya Hada sambil berlari kecil menyaingi langkah lelaki itu. Dia mahukan kepastian. Langkah Aiden terhenti.

"Kalau malam ini juga aku bawa kau jumpa Tok Kadi, masih anggap aku bergurau ke?"


KATA orang tua-tua, kalau jodoh memang tak kemana. Ya, betullah tu. Tapi masalahnya, kalau tak berjodoh macam mana? Dia tahulah Aiden Darwien tak bergurau. Cuma, dia takut. Apa pandangan Tuan Farhan nanti?

"Hai, akak manis." Lamunan Asyuhada Hadaren terhenti apabila seorang anak gadis kecil menyapa dirinya. Hada tersenyum lalu berjongkok kecil. Tangannya naik mengelus rambut halus gadis kecil itu.

"Hai, mana mak dan pak awak? Awak tak takut hilang ke? Nanti mak dan pak awak cari macam mana?" tanya Hada. Dia berdiri. Manalah tahu gadis kecil ini kehilangan arah dan berpisah dengan orang tuanya dipasar malam ini. Sudahlah sesak dengan orang ramai.

"Tak." Gadis kecil itu menggelengkan kepalanya sambil memberikan bunga dan juga balon yang berbentuk patung beruang kepada Hada. Hada mengambil tanpa menanyakan apa-apa. Tapi keningnya berkerut hebat.

"Siapa yang..." Hada mencari keberadaan gadis kecil itu. Dia melilaukan pandangannya ke sekeliling. Dia garu kening yang tidak gatal. Takkanlah tadi tu hantu pula? Sekelip mata sahaja menghilang.

"Hada..." Aiden menarik baju gadis itu. Hada terperanjat. Dadanya dielus perlahan.

"Kenapa?" tanya Aiden. Dia mengerutkan dahinya.

Hada memandang Aiden lalu menghulurkan bunga dan balon tersebut kepada lelaki itu. Kening Aiden semakin berkerut. Dari mana Hada dapat semua ini? Keningnya dijongket sebelah. Meminta penjelasan kepada gadis itu.

"Hada tak tahu. Tadi ada budak kecil yang bagi." Bagitahu Hada.

Aiden hanya menganggukkan kepalanya.

"Abang beli apa tadi?" Dia memandang bakul plastik yang banyak ditangan lelaki itu. Matanya bersinar melihat makanan yang dibeli oleh Aiden. Kalau nak habiskan seorang pun dia boleh sebab tengah kebuluran. Sarapan pun tak sempat sebab terlalu teruja nak keluar berdua dengan Aiden.

"Makanan." Jawab Aiden. Sepatah. Kakinya melangkah perlahan. Mengikuti gadis itu dari belakang.

"Nak milkshake!" Ujar Hada.

"Abang nak apa?"

"An extra straw." Ujar Aiden. Niatnya cuma bergurau tapi Hada pula tak keruan. Penjual disitu hanya melihat Hada dan Aiden dengan kening yang digaru. Aduhai, nak sweet-sweet pula depan dia. Tiba-tiba pula dia rindu isteri dirumah.

"Suami isteri ka? Comei la. Moga kamu kekal hingga ke jannah." Ujar penjual air itu. Aiden dan Hada berpandangan sesama mereka. Tetapi Aiden hanya mengukir senyuman.

"Ya, isteri saya tiba-tiba mengidam. Sebab itulah saya bawa dia kemari."

Hada membuntangkan matanya. Dia mencubit abdomen lelaki itu. Aiden tertawa kecil sambil meringis perlahan. Berbisa juga cubitan gadis itu.

"Iya? Patutlah. Dah berapa bulan?"

Hada mengetap bibirnya melihat Aiden yang sedang tersengih. Macam-macamlah. Nak mengandung macam mana kalau kahwin pun tak lagi?

"Saya tak..."

"Dah sebulan." Jawab Aiden.

"Alhamdulillah. Tahniahlah. Mudah-mudahan isteri awak dan anak dalam kandungan sihat-sihat. Jaga baik-baik."

Aiden anggukkan kepalanya. Dia tahu Hada tengah menahan geram. Tapi dia peduli apa? Tak apalah nak berangan sekalipun. Manalah tahu jadi kenyataan.

"Kenapa abang cakap macam tu? Kalau dia tahu kita belum kahwin macam mana?" Omel Hada.

"Kalau macam tu, kita kahwinlah." Ujar Aiden. Selamba. Dia dah banyak kali bagi Hada signal. Takkanlah perempuan itu masih tidak peka lagi?

"Why do you keep staring at me like that?"

"Because I'm madly in love with you, Hada."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now