FORBIDDEN LOVE

13K 1K 140
                                    

QADS HENRY menggulingkan biji matanya melihat layanan mesra yang diberikan Aiden Darwien kepada Asyuhada Hadaren. Sakit pula matanya melihat kemesraan mereka berdua. Dia memandang anak lelakinya yang berada dalam dukungannya.

"Qay, tolong nangis. Panggil bakal mak kau tu." Provok Qads kepada anaknya. Qayyum menggeliat kecil seperti faham akan arahan ayahnya. Matanya terbuka. Mulut pula tercebik-cebik kecil. Kemudian, bayi itu mengeluarkan bunga-bunga esakan. Lalu tangisannya menghentikan tawa Aiden dan Hada.

"Qayyum terbangun ke?" tanya Hada lalu mendekati Qads. Dia mengambil bayi itu dari dukungan abang tirinya. Hada cuba mendodoi kembali Qayyum tetapi tangisannya semakin kuat.

Dia membawa Qayyum pergi. Meninggalkan Aiden dan Qads berdua-duaan disitu. Lelaki itu merenung Qads dengan tajam. Tetapi Qads hanya tersengih sinis.

"Kau nak jilat ludah kau semula ke?" Perli Aiden. Dia mencengkam bahu Qads tetapi lelaki itu pantas menepis. Kedua-dua lelaki itu melayangkan tatapan bermusuhan.

"Tak ada sesiapa yang jilat ludah dia semula. Perempuan tu patut tebus salah dia." Ujar Qads. Tegas. Telinganya menangkap tawa sinis dari Aiden. Qads mengenggam penumbuk.

"Betul ke? Atau kau nak tutup perasaan kau? Kalau kau lupa. Mari aku ingatkan. Hada milik aku. Dan selamanya akan jadi milik aku." Balas Aiden. Berbisik ditelinga Qads. Dia tak takut pun orang lain dengar. Cumanya dia mahu Qads menghadam kata-katanya. Dia tidak suka lelaki itu mendekati Hada.

Padahal lelaki itu sendiri punca Hada dibenci dan memegang title bekas banduan. Kalau pun Qads lupa. Dia akan ingatkan lelaki itu. Iyalah, mana tahu wayar otak lelaki itu banyak yang putus.

Kalau Qads gila. Dia lagi gila dari lelaki itu.

"Kau penyebab Hada masuk penjara. Tuan Farhan bencikan dia sebabkan kau sendiri, Qads."

Qads mengetap rahangnya. Cuba menahan diri dari mengamuk. Dia tidak boleh termakan kata-kata lelaki itu. Dia harus menahan dirinya. Tidak boleh gegabah. Qads tahu Aiden cuba memprovok dirinya. Buatkan dia rasa bersalah atas perlakuannya selama ini kepada Hada.

Qads merengus. Dia terus pergi dari situ. Langkahnya terhenti apabila tangisan Qayyum masih lagi terdengar. Dia suruh nangis pura-pura sahaja tadi. Tahu-tahu sampai sekarang pula anak lelaki dia menangis.

"Kenapa anak aku menangis?" tanya Qads.

Hada mengalihkan pandangannya memandang abang tirinya itu. Tetapi pertanyaan Qads tidak dijawab malah Hada sibuk memeriksa lampin Qayyum. Mahu melihat jika lampin bayi tersebut sudah pun penuh atau pun tidak.

"Pekak ke?" Rambut Hada ditarik perlahan hingga kepala gadis itu terdongak. Gadis itu menjeling tajam Qads. Tak payahlah nak tarik-tarik rambut dia!

"Dia nak susu. Tapi susu formula dia dah habis. Sebab tu dia menangis." Beritahu Hada. Dia mengucup pipi tembam Qayyum. Dan dengan sekelip mata tangisan bayi itu mulai perlahan.

Qads memandang ke arah dada Hada. Gadis itu membuntangkan mata.

"Kau punya tak boleh guna ke?" Soalan bodoh daripada Qads buatkan Hada ternganga.

"Pervert! Gila ke? Buat anak pandai pula. Tapi bila dah macam ni tak tahu apa-apa. Baik tak payah buat anak. Kan senang. Tak menyusahkan sesiapa." bebel Hada. Geram.

Qads terdiam. Dia tanya aje pun. Takkan tu pun nak marah? Salah ke?

"Nak ke mana?"

"Kenapa tanya? Suka hatilah Hada nak pergi mana pun." Marah Hada.

Bibir Qads terherot. Baik dia diam dari kena sembur dengan lebih teruk lagi. Tampaknya emosi Hada memang tidak stabil. Lebih baik dia menutup mulutnya sebelum gadis itu mencungkil matanya.

TAWA kuat dari rakan-rakannya buatkan Qads Henry merengus. Ingatkan boleh lepaskan stres bila dah meluah. Tapi makin bertambah pula sakit kepala dia!

"Dulu kau jual mahal sangat. Aku pun hairan. Kenapa kau suka sangat jauhkan diri dari adik tiri kau tu." Ujar Lucas. Lucas Dilan. Ada perlian yang terselit.

"Diamlah Dilan cepmek." Perli Qads. Lucas mengerling lelaki itu. Suka hati aje tukar nama dia. Nama dia dah cukup aesthetic kut.

Noah hanya menggelengkan kepalanya. Sakit kepalanya mendengar Qads dan Lucas berbalah tadi. Dia disini hanya menjadi penonton. Itupun sekali-sekala menjadi tukang pelerai mereka berdua.

"Mau pergi silahkan."

"Mau datang silahkan." Lucas kembali berjoget dihadapan Qads. Digoyang-goyangkan punggungnya. Qads memandang Lucas dengan tajam. Kepalanya terasa mahu pecah. Lagi-lagi melayan perangai gila rakan-rakanya.

"Asal jangan main belakang..." Semakin dilentikkan punggung.

Dek kerana tidak tahan, Qads terus menendang punggung Lucas. Kuat. Hinggakan lelaki itu tersembam diatas lantai. Noah hanya tertawa sahaja.

"Aduh punggung bohay aku." Ujar Lucas. Lelaki itu meringis sambil mengusap punggungnya. Mulutnya dicebikkan. Qads dan Noah bergidik ngeri. Lelaki itu sudah serupa pondan.

"Cuba serius sikit. Aku ni sakit kepala. Sakit hati. Kau pula tambah sakit kepala aku." Marah Qads. Tak habis-habis dengan lagu dj dia.

"Masalahnya..." Lucas memegang bahu lelaki itu. Nasib baiklah punggungnya tidak apa-apa. Kalau tak, memang menangis 7 hari 7 malam. Bukan senang dia nak jaga bentuk badan. Tak adalah susah nak mengorat perempuan.

"Jemput minum." Asyuhada Hadaren datang membawa dulang minuman dan juga kuih-muih lalu dihidangkan pada meja bulat tersebut. Dia terus pergi dari situ setelah menghantarkan makanan dan minuman tersebut.

"Hada..." Panggil Qads. Dia menghampiri Hada.

Langkah Hada terhenti. "Abang nak apa-apa ke?" Tanya Hada.

Mulut Qads terbuka mahu mengatakan sesuatu kemudian dia mengatupkan kembali bibirnya. Dia memandang gadis itu. Qads berdehem.

"Anak aku...Anak aku dah tidur ke?" tanya Qads.

Hada anggukkan kepalanya.

"Terima kasih."

"Hm?" Hada mengerutkan dahinya. Terima kasih? Untuk apa? Dia memandang abang tirinya. Air liur cuba ditelan biarpun terasa payah.

"Terima kasih sebab tolong aku jaga Qayyum."

"Small matter. Itu kan anak saudara Hada juga. Tak perlulah nak berterima kasih sangat."

"No!" Bentak Qads. Bahu Hada terhinjut. Qads terus meraup wajahnya. Aduh, terlepas pula.

"Maksud aku, aku terhutang budi dengan kau. Aku patut berterima kasih. Terima kasih." Ujar Qads. Ikhlas.

Mata Hada terkebil-kebil. Keningnya berkerut. Hairan mengapa abang tirinya itu tiba-tiba sahaja berterima kasih kepadanya. Kena sampuk apa sebenarnya? Jin mana yang dah rasuk Qads?

"Ya..." Hada menganggukkan kepalanya. Berkali-kali dia mengerling Qads. Kalau dulu mungkin dia akan rasa gembira. Tapi sekarang, dia rasa biasa-biasa aje. Tak ada rasa teruja sangat.

Qads terbatuk kecil.

"Kenapa berdua-dua disini?" Tuan Farhan tiba-tiba sahaja muncul. Dia memandang Qads dan Hada. Gadis itu sudah kalut. Dia tak buat apa-apapun.

"Hada tak buat apa-apa pun. Sumpah!" Takut. Dia takut jika Tuan Farhan menuduhnya bukan-bukan. Qads hanya diam. Melihat Hada melalui ekor matanya. Tubuh gadis itu tampak menggigil.

Lelaki itu pejamkan matanya. Salah dia ke?

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now