FORBIDDEN LOVE

12.6K 1K 52
                                    

JAM sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Nasib baiklah dia datang bulan. Jadi dia tidak dapat untuk menunaikan solat. Bolehlah dia tidur terbongkang sampai petang sekalipun. Tapi dia tidaklah semalas itu.

Kakinya dengan perlahan menuruni anak tangga. Langkahnya terhenti apabila susuk tubuh 3 orang jejaka diruangan tamu menyapa pandangannya. Asyuhada Hadaren melilaukan pandangan matanya mencari susuk tubuh Qads Henry.

Tawa tiga orang jejaka tersebut terhenti apabila ada seorang gadis berdiri ditangga. Hada tersenyum kaku. Dia menundukkan kepalanya lalu menuju ke dapur. Susuk tubuh Qads yang sedang membancuh minuman dihampiri.

Langkahnya diperlahankan. Mahu mengejutkan Qads tapi abang tirinya itu terlebih dahulu memusingkan tubuhnya.

"Nyenyak tidur?" tanya Qads. Dia menggosok lembut rambut Hada. Gadis itu tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya. Kalau tak nyenyak tak ada la dia bangun bila matahari dah mencanak naik.

"Cuba teka Hada mimpi apa?" Dia menjongketkan keningnya. Gadis itu mengikuti kemana sahaja langkah Qads. Lelaki itu menggulingkan biji matanya kemudian tersenyum senget.

"Mimpi badut tu ke?" jawab Qads. Tangannya sibuk menggaul minuman untuk rakan-rakannya. Dia mengerling adik tirinya dari ekor mata. Teruja sahaja wajah Hada.

"Macam mana abang tahu?" Hada memincingkan matanya. Dia memandang Qads dengan intens.

Qads mengangkat bahunya. Dia berdecit apabila Hada sibuk menjengketkan diri dihadapannya. Kacau sahaja. Dia menunjal dahi gadis itu. Hada meringis. Dia memegang dahinya. Suka hati aje nak tunjal-tunjal kepala dia. Dahi dia mahal tau!

"Abang intai Hada masa tidur ke?" Gadis itu tersenyum sendiri. Dia menghalang langkah abang tirinya. Qads berdecit.

"Apa faedah aku intai kau?" tanya Qads dengan nada yang kasar. Memang dia tak ada kerja ke nak intai adik tirinya? Buat apa dia nak intai senyap-senyap kalau dia boleh buat secara terang-terangan.

Eh tak, dia tak maksudkan betul-betul.

"Abang sukakan Hada!" Gadis itu terkekeh sendiri. Dia meringis apabila Qads menarik telinganya sedikit kuat.

"Abang! Telinga Hada. Sakit!" Rengek Hada sambil memegang telinganya. Tak guna. Apa pun dah tak selamat. Tadi tunjal dahi sekarang nak tarik telinga dia pula. Nasib baik la dia sayangkan Qads. Tak ada la dia nak marah kalau orangnya abang tirinya sendiri.

"Mengarut. Duduk sini. Aku pergi hantar minuman. Makan. Aku dah masakkan kau sarapan." Ujar Qads.

"Habislah telinga Hada. Nanti bakal anak kita pun telinga dia akan jadi besar. Sebab bapa dia suka sangat tarik telinga mak dia." Bebel Hada. Dia memadang Qads yang sedang memandangnya dengan tajam.

"Kau suka sangat cakap benda yang mengarut. Aku abang tiri kau Hada kalau kau lupa."

"Kenapa? Abang lupa yang kita bukan mahram? Hada boleh kahwin dengan abang..." Belum sempat Hada menghabiskan kata-katanya, Qads terlebih dahulu memotong.

"Tapi aku tak nak dengan kau. Lupakan perasaan kau. Aku hanya anggap kau sebagai adik aku. Tak lebih. Ini kali terakhir aku ingatkan kau. Kalau kau masih berkeras juga. Aku akan pergi jauh sampailah kau lupakan obsesi kau dengan aku." Ujar Qads. Tegas.

Mata Hada berkaca-kaca. "Abang takka tinggalkan Hada. You won't leave me alone."

"Aku tak tipu Hada."

"Abang tak boleh halang Hada. Abang tak ada hak untuk minta Hada buang perasaan ni. Hada tak obses dengan abang. Hada cintakan abang." Ujar Hada. Dia memusingkan tubuhnya. Mahu pergi dari situ. Tapi langkahnya terhenti apabila salah seorang rakan Qads tiba-tiba sahaja berdiri dibelakang mereka berdua.

Hada kalut pergi ke meja makan. Begitu juga dengan Qads. Lelaki itu terus membawa makanan dan minuman untuk kawan-kawannya.

"KAU lukakan hati dia Qads." Qads Henry diam. Lelaki itu, Aiden Darwien.

"Dia tak faham. Semalam kau menyamar jadi badut ke?" tanya Qads. Dia ada nampak Aiden dalam kostum badut. Dia tak risau sangat semalam apabila Asyuhada Hadaren hilang. Kerana dia tahu Aiden akan menjaga Hada.

Aiden Darwien merupakan abangnya. Anak sulung Puan Farah. Mereka mempunyai tiga orang adik beradik. Jarak umurnya dengan Aiden hanya 5 tahun. Bermakna lelaki itu berumur 36 tahun. Dan Qayra pula berumur 27 tahun.

"Ya." Jawab Aiden sepatah.

"Ada pula masa kau nak jadi badut? Mama suruh balik rumah pun kau susah sangat nak balik. Tapi bila jadi badut untuk Hada, laju aje kau." perli Qads. Menyuruh abangnya itu pulang ke rumah seperti mahu berjumpa dengan perdana menteri sahaja. Guna taktik mengugut baru nak jalan. Itupun susah sangat nak diugut.

Aiden berdecit. Dia meninggalkan Qads sendirian. Biarkan sahaja lelaki itu membebel seorang diri. Dahi yang tidak gatal digaru. Dia mencari susuk tubuh Hada yang sedang leka menonton televisyen seorang diri. Hada tak kenal dan tidak pernah berjumpa dengannya sama sekali kerana dirinya yang lebih suka tinggal bersama-sama dengan Tok Ayahnya di Perancis.

"Abang Aiden tak nak duduk ke?" Tanya Hada. Aiden tahan senyum. Her voice.

"Atau Abang Aiden nak duduk dipaha Hada?" Seloroh Hada. Dis ketawa kecil dengan gurauannya tapi tidak dengan Aiden. Tepi bibir lelaki itu terangkat sebelah.

Look she's laughing.

"Tak. Abang berat. Jadi macam mana kalau Hada. Sit on my lap." ujar Aiden.

Hada tersenyum kecil. Seru juga kalau bawa Aiden bergurau. Selalunya kalau dia bawa Qads bergurau, lelaki itu hanya akan diam sahaja. Seolah-olah dia bercakap dengan patung.

Terpaksa dia gelak sendiri. Perit juga kalau dah buat lawak, diri sendiri yang kena gelak. Tapi Aiden buat dia cepat selesa dengan lelaki itu.

"Nak temankan Hada tengok movie ke?" tanya Hada. Dia mengambil remote lalu menukar saluran. Aiden melabuhkan punggungnya.

"Boleh."

"Suicide Squad?" Tanya Aiden. Dia mengerutkan dahinya.

"Bukan Hada dah tengok banyak kali ke?"

"Macam mana abang Aiden tahu?"

Aiden genggam penumbuk. Dia melirik ke atas. Senyuman diukir tipis.

"Semalam Hada ada jumpa badut."

"Jadi, Hada tengok Suicide Squad sebab teringatkan badut tu ke?" Tanya Aiden. Hada menganggukkan kepalanya dengan teruja.

Dia tak boleh move on lagi dengan badut semalam. Rasanya dia mahu pergi ke tempat semalam semata-mata mahu berjumpa dengan badut itu. Dia melilaukan matanya.

Aiden tersenyum senget sambil tongkat dagu. Mendengar cerita adik tirinya. Nampak sangat gembira. Matanya mengikuti pergerakan bibir Hada. Aiden menelan air liur dengan susah payah. Dia melarikan pandangannya.

Her lips tasted like sunshine.

"Kalau kau jumpa dengan badut tu kau nak buat apa?" Tanya Aiden.

Hada diam.

"Macam mana kalau badut tu obses dengan Hada?"

Hada tergelak kecil. Apa yang Aiden merepek ni?

"Obses dengan Hada? Abang Aiden rasa dia buat apa?"

Aiden senyum sinis. Dia mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Hada buatkan Hada kaku.

"He will catch you and marry you."

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐛𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫'𝐬 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐭𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now