Malam itu jam 12,
Masa untuk tidur, Jian sudah dibuai mimpi di dalam bilik tidurnya. Sedangkan Jihoon sudah ada di atas katil dalam biliknya sendiri, bersebelahan dengan bilik anaknya memikirkan nasib yang ada pada diri. Genap 5 tahun, Jena meninggalkan dirinya bersama Jian di dunia ini.
" Haih, tidur Jihoon. Esok banyak kerja lagi kau kena buat. "
Esok Jihoon harus pergi kerja awal memandangkan sekarang dia sudah bekerja di satu syarikat. Dengan kesungguhan yang dia usahakan, kini dia berjaya naik pangkat sehingga dapat merasa hidup senang berbanding masa dahulu.
Juga, dia perlu menghantar anaknya itu ke tadika. Nak tak nak, dia harus tidur sekarang.
Keesokan paginya....
Minji sedang minum kopinya dengan tenang di pagi hari. Dia tersenyum memandang ke arah suasana tenang di dalam kafe tersebut. Sangat menenangkan.
Ting!!
Telefon Minji berbunyi menandakan ada sebuah mesej masuk. Dia membuka telefonnya dan ianya merupakan sebuah mesej dari Haruto. Minji tersenyum..
Haruto Kesayangan💕
>Good morning, sayang~
>Sayang, petang ni saya ada majlis ulang tahun syarikat kami..
>Sayang datang boleh?
>Saya jemput sayang dalam pukul 1.30 petang
Good morning, biy~
Hmm...Makan-makan ehh
Sayang onz je.
>Ohhh..Niceee
>Nanti saya jemput sayang...
>😉💕
Okay, biy.
Minji tersenyum. Dia bersyukur kerana dia bersama dengan orang yang dia mula-mula jatuh cinta dahulu. Dia tertawa apabila mengingat kembali pada masa pertama kali dia terdesak untuk meminta tolong orang lain untuk mendekati Haruto.
Petangnya tiba....
" Sayang, jom masuk.. " Ajak Haruto lalu Minji merangkul lengan Haruto. Mereka masuk ke dalam bangunan mewah tersebut.
Sesampainya mereka di bahagian pendaftaran.
" Wah, Haruto datang dengan pasangannya. Siapa nama? " Tanya rakan sekerja Haruto dan Minji tersenyum ke arah rakan sekerja Haruto tersebut tanda salam pertemuan.
" Nama dia, Minji. " Beritahu Haruto sambil menandatangani sebuah kertas yang mempunyai senarai nama. Kemudian, mereka masuk ke dalam dewan makan yang besar itu.
" Seriouslah tu girlfriend Ruto? "
" Tak sesuai do dengan dia. "
" Sepatutnya, aku dengan Ruto.. Baru sesuaii. "
Minji yang terdengar perbualan tersebut berasa kecil dan juga sakit hati. Haruto memandang ke arah Minji di sebelahnya.
" Sayang, sayang okay ke? " Tanya Haruto apabila tidak melihat senyuman di wajah kekasihnya itu. Minji memandang ke arah Haruto sebelum menggelengkan kepalanya.
" Takde apa. " Minji terus memasang sebuah senyuman di wajahnya.
" Jom duduk. Majlis tak mula lagi ni.. " Ajak Haruto dan Minji hanya mengangguk. Mereka berjalan ke arah sebuah meja yang kosong.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfiction|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)