6

26 4 0
                                    

Keesokan paginya....

" Owww~ " Aduh Sungyoung apabila kesedarannya kembali dan sakit kepala melanda dirinya.

Sungyoung memandang persekitaran bilik tersebut. Dia terkejut sambil menutup mulutnya apabila memandang Yoshi berada di sebelahnya.

" Apa..yang jadi? " Tanya Sungyoung pada dirinya sendiri sambil mengingati apa yang terjadi. Dia mengangguk-angguk.

" Oh! Nothing happen! Thank god! Nasib baik.. Tapi, jap, jap.. Macam mana Yoshi masuk rumah sedangkan Yedam ada dekat  hospital? " Sungyoung tertanya.

" Kenapa aku basah ni? Aghh! Habislah aku kena tukar cadar and biar tilam ni kering dulu! Aish...tidur bawahlah nampaknya. " Rungut Sungyoung sambil turun dari katilnya. Dia memandang ke arah Yoshi yang sedang tidur lena di atas katilnya itu. Bajunya juga lencun.

" Hmm..Kenapa kau tak biarkan aku je dalam hujan, tak pasal-pasal kau demam lagi sekali nanti..sebab aku juga. Haih~ Yoshi, Yoshi.. Aku tak tahu kenapa kau sanggup redah sekali.. " Keluh Sungyoung.

" Yang kau pun satu, Sungyoung oi.. Salah kau juga~ Kenapa kau tak waras semalam? Alah~ Sikit je kut.. Macam tak biasa rasa macam tu.. Haish~ Now, kau menyusahkan orang lain lagi.. Orang yang sama pula tu. Pabo.. " Leter Sungyoung sambil mengambil bajunya dan tualanya dan menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya.


Setelah beberapa minit....

Sungyoung menuju ke biliknya semula dan ketika dia ingin membuka pintu tersebut, pintu tersebut sudah terbuka dari dalam. Kelihatan Yoshi dengan wajah cuaknya apabila memandang ke arah Sungyoung itu.

" Aku...A..Aku balik dulu. " Kata Yoshi sambil berlalu dari situ tetapi dia ditahan Sungyoung.

" Takkan kau nak balik dengan baju basah macam tu. Kau pergi mandi, salin baju tu. Pakai baju Yedam dulu, aku taknak kau demam lagi disebabkan aku. " Kata Sungyoung sambil melepaskan pegangannya.

Sungyoung masuk ke dalam bilik Yedam dan membuka almari abangnya. Dia mengambil sehelai baju dan sehelai seluar dan keluar dari bilik abangnya. Baju tersebut diserahkan kepada Yoshi.

" Baju kau tu, tinggal je dalam baldi. Nanti aku basuh sekali dengan baju Yedam. " Sambung Sungyoung. Yoshi hanya terdiam dan terkaku di situ.

Sungyoung menolak Yoshi sehingga ke hadapan tandas.

" Go! " Kata Sungyoung sebelum dia berjalan ke arah dapur.


" Ow! " Aduh Sungyoung kecil apabila sakit kepalanya mendatang semula. Dia mencari-cari ubat panadol.

Nasib sahaja dia jumpa dan terus sahaja menelan sebiji pil panadol tersebut. Sungyoung memandang ke arah Yoshi yang sudah selesai mandi. Dia menarik tangan Yoshi supaya duduk di atas kerusi dan dia mengambil medkit.

" Sorry... " Pinta Sungyoung sambil membuka medkit tersebut. Dia mengambil dua plaster dan memegang lengan Yoshi. Dia menampal plaster tersebut pada luka yang disebabkan olehnya semalam.

" Aku tak sedar.... " Seloroh Sungyoung dan dia tersenyum kecil.

" Dah selesai. Sorry, susahkan kau sekali lagi. " Pinta Sungyoung sebelum dia menutup zip medkit tersebut.

" Tangan kau pun luka semalam. " Seloroh Yoshi sambil mengambil medkit tersebut dari tangan Sungyoung dan merawat tangan Sungyoung yang terluka akibat dia menumbuk jalan tar.

" Aku dah balik! " Kedengaran suara Yedam baru balik.

" Yoshi? " Yedam tertanya-tanya.


The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now