" Lamanya diorang ni dalam tandas. " Rungut Minji.
" Ackkkk! " Sungyoung terjerit kecil.
" Mana Ben?! " Suara itu menarik perhatian rakan-rakannya yang lain. Mata Sungyoung membulat memandang ke arah orang yang menarik rambutnya, kuat.
" Sungyoung ah! "
" Woi! "
" Lepaskan dia! "
" Mana aku tau, gila?! " Jawab Sungyoung sambil cuba melepaskan tangan lelaki tersebut dari rambutnya.
" Aku dah takde kaitan dengan Ben lah! " Kata Sungyoung. Lelaki-lelaki itu hanya tersenyum sinis.
" Kau tak boleh nak perdaya akulah, Susanne...aku tau perangai kau macam mana.. Licik. "
Haruto yang tinggi ingin menyelamatkan Sungyoung begitu juga yang lain tetapi mereka dihalang apabila beberapa orang lelaki yang lain keluar dan mengacukan senjata ke arah mereka. Mereka juga dikepung supaya tiada siapa dapat larikan diri.
" Bos, Ben takde pun kat sini! Dia tipu kita! " Beritahu anak-anak buah lelaki itu.
" Kalau kau nak jumpa dia, kau call lah dia! Apa susah?! Alah, lembapnya otak! "
PPAP!!
Lelaki itu menampar pipi Sungyoung dengan kuat menyebabkan Sungyoung terteleng seketika dan membuatkan yang lain terkejut dan risau.
" Kau call dia.. " Suruh lelaki itu sambil melepaskan tangannya dari rambut Sungyoung.
" Phone aku dekat member aku. " Beritahu Sungyoung lalu Minji menghulurkan telefon Sungyoung akibat ketakutan dan anak buah lelaki itu mengambilnya dan menyerahkannya kepada Sungyoung. Sungyoung mengambilnya dan mendail nombor telefon Ben.
" Hello? Sungyounggg aaa~ " Sungyoung terus sahaja menyerahkan telefonnya kepada lelaki itu.
" Kau datang sini cepat, Ben! Atau aku bunuh anak buah kau and orang awam dekat sini. " Ugut lelaki itu sebelum dia mematikan talian.
" Hei, aku dah takde kaitan dengan Ben.. " Beritahu Sungyoung.
" Kau tipu.. Kalau kau takde kaitan dengan Ben, kenapa Ben masih mention nama kau setiap kali fight macam kau sertai juga. "
" Lahanat kau, Ben. " Omel Sungyoung.
" Sementara tunggu tu.... " Kata lelaki itu sambil tersenyum jahat.
Rambut Sungyoung ditarik dan lelaki tersebut menghentakkan kepala Sungyoung pada dinding dan menyebabkan kepala Sungyoung bergegar.
" Lemahnya kau tanpa bantuan sesiapa.. "
" Yaa! Stop beating her! " Jerit Jihoon yang sudah tidak sanggup memandang scene tersebut.
" She's gonna die, kalau kau teruskan! " Doyoung pula bersuara.
Sungyoung memejam erat matanya bagi menghilangkan rasa gegar di kepalanya. Dia membuka matanya setelah dia berasa lega dan mula melakukan serangan apabila dirinya sudah berasa cukup dia dibelasah sebegitu rupa. Lelaki itu terkejut dan cuba mengelak setiap serangan Sungyoung.
" Bos! " Panggil anak buah mereka apabila melihat ketua mereka sudah rebah sambil mengaduh sakit.
Sungyoung membuka kekudanya sambil merenung tajam ke arah anak-anak buah lelaki tadi. Seorang lelaki yang memegang batang besi menyerang Sungyoung dan Sungyoung menggunakan helahnya, memanfaatkan tubuhnya yang kecil dan mengelak dan dengan senang sahaja merampas batang besi tersebut dari tangan lelaki tersebut dan melibasnya dengan batang besi tersebut.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfiction|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)