Extra (II)

49 4 0
                                    

Aerin kini sedang ada di dalam bilik, duduk di sofa sambil termenung jauh. Fikiran dan hati tidak senang semenjak sesuatu terjadi padanya semalam. Secara tiba-tiba ada yang duduk di hadapannya.

" Sunshine..buat apa lagi dekat sini. Kita nak keluar kan kejap lagi. "

Aerin meminta suaminya untuk jauh daripadanya dulu.

" Ji, aku nak rehat. Boleh tak kau je yang keluar? Aku rasa badan aku tak sedap ni.."

" Hm? "

Jihoon segera meletakkan tangan ke dahi dan leher isterinya.

" Tak panas. Kau kenapa ni? "
Aerin tak mahu pandang suaminya itu. Hanya merenung ke luar jendela.

" Okay lah, kita tak perlu keluar. Aku tunggu je sampai kau nak keluar. "

" Eh- pergi jelah. Aku tak tahu sampai bila aku macam ni. Nanti kau bosan macam mana? "

" Dahlah kau susah payah ambil cuti untuk bawa aku pergi sini. Pergi je eh."

Aerin memandang suaminya akan tetapi pandangan beralih semula ke luar jendela.

" Lupa pula, aku marah dengan kau."
Jihoon tertawa kecil. Dia mula sedar mengapa Aerin kecil hati terhadapnya.

" Ya..kau lupa ke. Kau yang minta sendiri, aku ikut je. "

Jihoon tersenyum sinis.

" Mwo? Kau yang main serang aku. Jangan anggap aku yang mulakan semua ni.."

" Tapi, bukan ke itu tujuan kita datang sini? Mama kau nak main dengan future cucu dia, dah lama dia pesan tau.."

Aerin mengangkat tangannya, mahu melepaskan kemarahan ke suaminya.

" Aip! I'm your husband, tak elok tau."

" Haishh, kau jangan sentuh aku lagi. Aku bagi amaran! "

Nampaknya Aerin betul-betul bengang dengan tindakan suaminya itu. Lalu menarik tangannya daripada pegangan Jihoon.

" Okey-okey, aku janji lepas ni aku akan lebih berjaga-jaga. Kalau aku bertindak luar kawalan, kau belasah je aku macam kau buat dulu. "

" Haishh Ji, aku tak nak dengar lagi..jauh dari aku! "
Dengan itu, Aerin masuk ke dalam tandas, menenangkan diri sambil itu merancang untuk membersihkan diri dulu.

" Aku tunggu kau dekat sini!!! " Jeritan Jihoon dari luar, kedengaran sehingga ke dalam tandas.

" Pergi lah!! "

" Tak nak!! "

Aerin pula merengek, mengomel sendirian dalam tandas lalu melanjutkan apa yang dia mahu buat.

Esoknya berlalu, malam itu Aerin masih dalam bad moodnya lagi.

" Ninie..kau merajuk lagi ke? " Pelukan diberikan kepada Aerin.

" Siapa suruh guna nickname tu? "
Jihoon melepaskan pelukan. Kening diangkat lalu menyilangkan tangannya ke dada.

" Kenapa? Jaehyuk je ke boleh guna? "

" Haah, kau tak boleh. "

" Why? Aku suami kau kot. Aku milik kau, kenapa tak boleh? Explain now.."

Wajah semakin dekat dengan isterinya itu. Aerin pula menelan air liur, takut jika berlaku apa ii kepada dirinya.

" Disebabkan sama lah aku tak bagi. Tu nickname guna masa dulu je. "

" Eyy sudahlah, dia mention Jae pula time ni."

" Kalau macam tu, layan aku sekarang.."

Dengan itu, tangan Aerin ditarik dan naik ke atas katil.

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now