Beberapa hari kemudian,
Di dalam satu tempat yang sudah ditempah oleh Sungyoung, nampaknya beberapa orang sedang sibuk membuat persiapan hari jadi untuk seseorang.
" Dah siap ke? " Aerin mengangguk.
" Lepas ni, kau nak buat apa pula?
Aerin bertanya dan memandang ke arah Sungyoung. Disamping Sungyoung adanya Minji yang sedang berusaha meniup belon.
" Takde dah kot. "
" Kek macam mana pula? " Sungyoung menampar dahinya.
" Ya Tuhan! Aku lupa. Aku pergi ambil dekat kedai kejap.. "
Sungyoung dengan gelabah segera mengambil kunci kereta yang ada atas meja dan beredar dari situ.
" Hati-hati, Young! "
Aerin yang sedang memegang belon melihat sekelilingnya. Sudah dihiasi dengan dekorasi-dekorasi ulang tahun yang bakal disambut malam nanti.
Kemudian, matanya dialihkan kepada Minji pula.
" Haaahhh.. " Minji mengatur nafasnya semula.
" Cukup, aku tak larat..susah lah macam mana nak tiup bagi besar ni. "
Aerin mengambil pam peniup belon dan dihulurkan kepada Minji.
" Pakai ni. "
" Bila masa ada benda ni? "
" Dari tadi ada, kau tak perasan ke? "
" Taklah..buang tenaga je aku tiup tadi alahai.." Dia terus mengisi gas helium yang ada ke dalam beberapa belon yang masih belum ditiup.
Aerin menelefon seseorang. Beberapa saat kemudian, panggilan dimatikan.
" Siapa tu? "
" Suami kau lah..dia call kau tak dapat. Dia tanya, dah siap ke semua persiapan? Lepastu sekarang ni dia ada dengan Yoshi. Nak lengahkan masa dia. "
Minji terus mengambil telefonnya yang ada atas meja.
" Lah patutlah tak dengar dia call.. bateri aku habis. "
" Hmm, pergi cas. Ada charger aku dekat situ, pakai je. Sama kan jenis fon kita..so pakai je. "
Tanpa berlengah Minji segera mengecas telefonnya.
Semua rakan yang terdekat yang dijemput sudah sampai di tempat kejadian. Mereka semua sedang menyorok dan lampu semua ditutup. Pintu dikuak membuatkan Sungyoung berdebar. Aerin yang ada di tepi hampir sahaja mahu menjerit kerana tidak perasan bahawa ada orang yang membuka pintu itu.
" Jihoon ah..dekat mana ni? Asal tempat ni gelap? " Yoshi rasa berdebar.
" Kau masuk je.. " Jihoon menjawab lalu Junkyu ada di sampingnya memegang erat lengan Jihoon.
Tak sangka Junkyu juga takut..
Jjan!!
Lampu dibuka dan bunyi pop meriahkan lagi suasana dalam tempat itu.
" Saengil chukahamnida,
Saengil chukahamnida,
Saranghaneun, Yoshi yaaa~
Saengil chukahamnida !!! "
Sepatutnya Yoshi yang terkejut, tapi Jihoon dan Junkyu pula yang terhinjut satu badan akibat daripada letupan pop! yang diberi.
Sungyoung yang memegang kek menuju ke hadapan namchinnya itu.
" Tiup cepat.. "
Yoshi yang terharu, segera meniup lilin yang ada pada kek. Sungyoung memberi kek kepada Aerin sebentar, dan Yoshi meletakkan Sungyoung ke dalam dakapannya.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfic|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)