Mereka berdua sedang menaiki basikal masing-masing. Mereka berpusing-pusing di kawasan situ juga sambil bertaruh sesuatu. Sesiapa yang sampai awal di satu kawasan yang telah ditentukan, pemenang akan ditunaikan segala permintaan yang dia mahu.
Beberapa minit berlalu, Jihoon yang tersenyum kemenangan, sabar menunggu Aerin. Aerin sampai lambat kerana dia pakai dress, dress tersebut menyukarkan lagi kayuhannya.
" Lajunya kau bawa. Aku pakai dress kot, mana adil..hmm.. " Wajah cemberut ditunjukkan.
" Tapi, aku tetap pemenang, kau kena tunaikan hajat aku. "
Aerin turun dari basikalnya dan memarkirkan basikalnya di sebelah basikal Jihoon.
" Yelah, kau nak apa? "
Jihoon perasan akan tiga orang lelaki yang tiba-tiba datang menghampiri mereka. Tanpa berlengah, Jihoon melepaskan cardigan daripadanya dan mendekati Aerin.
Aerin berdebar apabila melihat Jihoon sebegitu dan dia terus kaku. Jihoon mengikat cardigan tersebut di pinggang Aerin, menutup agar tidak ada bahagian yang terdedah.
Aerin menelan air liurnya kerana tiba-tiba merasa nervous teramat masa itu. Kemudian, sekumpulan lelaki tadi melintasi mereka berdua dan berlalu dari kawasan situ dan semakin lama kelibat mereka jauh daripada pandangan mereka berdua.
Sesudah itu, Jihoon memandang Aerin..
" Jom..bawa basikal kau tu sekali. " Aerin mengangguk lalu mengekori Jihoon dari sisi.
Mereka duduk semula di bangku tadi.
" Laju juga kau bawa basikal tadi. Terer eh.. " Aerin tersenyum kemudian meneguk air daripada botolnya.
" Aku rasa macam bawa motor pula tadi. HAHAHAHA. By the way, kau yang lambat, memang menang lah aku.. " Jihoon mengangkat keningnya lalu tersenyum bangga.
" Aku dah cakap, aku pakai dress. Kalau aku pakai seluar, kalah dah kau.. "
" Cakap lah macam mana pon, Aerin. Tapi yang penting, aku nak tuntut permintaan aku. " Aerin terngadah.
" Haah lah, apa dia hajat kau? "
Jihoon tersengih lalu segera melabuhkan kepalanya di atas paha Aerin yang masih tertutup dengan cardigan tadi. Aerin tersentak. Jihoon membetulkan posisinya agar lebih selesa.
Sama seperti 7 tahun lalu, Jihoon membuatkan Aerin mengimbau segala perkara yang dibuat masa lalu.
" Aerin, kelipkan mata kau..risau aku tengok. "
Jihoon tertawa kecil. Aerin berdehem dan pandang ke arah lain, mengabaikan Jihoon yang ada di hadapannya.
" Ya, kau nak dengar satu cerita tak? Dulu kan masa aku kecil, aku selalu tertanya-tanya kenapa bibir eomma aku merah. "
Aerin menghairan tetapi diabaikan kerana nampak kesungguhan Jihoon yang mahu menceritakan kisahnya dulu.
" Lepastu, baru aku tahu eomma aku pakai lipstick. Bila aku nampak je eomma aku pakai, aku sorok-sorok guna time dia pergi kerja. "
" Nakal juga eh kau dulu..lagi, lagi? "
Jihoon tersenyum lalu bersuara.
" Haah nakal.. Sampai lah eomma balik, marah-marah aku sebab sentuh barang dia. " Jihoon berjeda seketika.
" Habis comotlah semua..tapi disebabkan aku comel, eomma maafkan aku. Hehe.. " Aerin tersengih lalu mengelus lembut rambut lelaki itu.
" Amboi~ Pandai bodek eh dia ni.. " Jihoon pula terdiam seketika, menikmati apa yang dirasai.
Kemudian dia bangun secara tiba-tiba dan membuatkan Aerin berasa hairan.
" Sebenarnya aku ada sesuatu nak bagitahu kau. "
" Apa dia? Cakap lah. "
Aerin mengetap bibirnya, sabar menunggu Jihoon bersuara semula. Jihoon tidak bersuara malah dia memeluk erat Aerin dan Aerin sudah menerimanya dengan baik sekali.
" Aku betul-betul sayangkan kau Aerin, macam nyawa aku sendiri. "
" Kau sayang aku tak? " Aerin memuncungkan mulutnya dan bersuara.
" Mestilah. Kau kenapa ni...tiba-tiba je. "
Jihoon tersenyum lalu menekup pipi Aerin sebaik sahaja dia melepaskan pelukan tadi.
" Takde pape, tapi aku perlukan ni. "
Jihoon memberikan satu kucupan sekejap ke bibir Aerin. Aerin terkejut dengan tindakan Jihoon itu.
" Ya..ramai orang lah dekat sini. " Muka Aerin mula terasa bahang dan ditutup.
" Biarlah apa orang nak kata. Asalkan kau, aku punya. " Jihoon memeluknya semula sebaik sahaja dia menarik tangan Aerin daripada menutup muka itu.
Kemudian, dia mengambil sesuatu keluar dari poketnya.
" Kau tahu aku bukan jenis yang suka melengahkan masa..jadi Choi Aerin, will you marry me and be a mother of Jian? "
Aerin terkaku, secara refleks suaranya tiba-tiba sahaja hilang sekejap.
Secara tiba-tiba juga, Jihoon membulatkan matanya sebaik sahaja dia nampak seseorang yang mencurigakan sedang menghampiri Aerin. Orang itu mengeluarkan pisau dan ingin menikam Aerin di situ namun tindakan pantas Jihoon yang menolak Aerin dari situ, malah mengorbankan dirinya.
Aerin terkejut di atas apa yang berlaku, darah mengalir keluar dengan deras daripada tubuh badan lelaki itu. Aerin bangun dan menuju ke arah Jihoon yang sudah berlumuran dengan darah itu. Dia menekan kawasan tikaman di tubuh Jihoon, berharap yang darah itu berhenti keluar. Air matanya juga mengalir sederas darah yang mengalir keluar dari tubuh Jihoon.
Pelaku tadi menggelabah kerana salah menikam orang dan segera berlari dari situ. Namun, beberapa langkah dia lari, orang-orang yang ada di situ cepat-cepat menangkap penjenayah tersebut apabila mengetahui tentang situasi tadi.
Ramai berkerumun, memerhatikan keadaan Jihoon yang sudah parah. Ada yang sudah menelefon ambulans.
" Jihoon ah!!! Ya..buka mata kau! "
Aerin menjadi semakin panik dan ketakutan kerana semakin banyak darah yang keluar daripada belakang badan Jihoon. Aerin pula menangis teresak-esak sambil memangku kepala Jihoon.
" Kau dah janji dengan aku! Ya!! Bangunlah jangan buat aku macam ni.. "
Jihoon yang lemah memandang tepat ke mata Aerin..tangan yang ada kesan darah dibawa ke pipi Aerin.
" Aku harap kau tak lupakan aku. Jian, dia perlukan kau. Dia perlukan seorang eomma dalam kehidupan dia. Kau jaga dia.. "
Jihoon terbatuk kerana efek yang berlaku dan darah yang semakin berkurangan.
" Choi Aerin, terima kasih untuk segalanya, saranghae.. "
" Jihoon ah, bangun..Aku perlukan kau lagi. Jangan tinggalkan aku, aku tak boleh hadap semua tanpa kau.. "
Jihoon tersenyum sebelum tangan yang ada di pipi semakin lemah dan terjatuh ke tanah.
Aerin menangis teresak-esak kerana tidak dapat lagi menerima kenyataan yang ada di depan matanya. Dia memeluk dan memberi kucupan kepada Jihoon buat kali terakhir sebelum sirenambulans yang didengari dari jauh tiba untuk membawa Jihoon yang sudah pergi meninggalkan dunia.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfiction|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)