14

29 5 0
                                    

Esoknya ~

Mata Aerin terbuka. Dia baru bangun daripada tidurnya. Kemudian, kepalanya dipegang kerana terasa berat secara tiba-tiba. Secara refleks, seseorang yang ada dalam mimpi Aerin tadi muncul di fikirannya seketika.

" Siapa dia tu? Kenapa dia minta tolong dekat aku eh? " Omelnya sendiri.

Seorang perempuan meminta tolong kepadanya dalam mimpi itu. Lalu, dia cepat-cepat mengabaikan fikirannya dengan membersihkan dirinya terlebih dahulu.


Di tadika~

" Cikgu.. " Jian mendekati Aerin yang sedang menanda buku muridnya itu.

" Ye? Jian nak ape? " Jian meletakkan buku di hadapan Aerin.

" Jian tak tahu ni. "

Aerin tersenyum lalu menolong Jian secara perlahan-lahan.


" Kamsahamnida seonsaengnim. " Jian menunduk hormat sebelum dia kembali ke tempatnya. Aerin pula menyambung kerjanya semula.

Kring! Kring!

Loceng berbunyi bermakna semua boleh balik & pembelajaran tamat pada hari ini.

Hari ini Jihoon tidak sesibuk semalam, jadi gilirannya untuk mengambil Jian di tadika. Sekarang, dia sudah sampai di hadapan tadika.

" Appa! " Jerit Jian tapi Appanya tidak dengar.

Jian nampak Appanya dari jauh jadi dia ingin bertindak sendiri, pergi ke arah Appanya yang ada di seberang jalan.

Di sisi lain, Aerin dari tadi dia hanya memerhati Jian dan perasan akan Jian yang mahu merentas jalan. Pada masa yang sama, ada kereta yang sedang jalan ketika itu.


(Jihoon pov)

" Eh Jian jangan!! " Hati Jihoon berdebar-debar lalu berlari ke arah anaknya sebelum apa-apa berlaku..


(Aerin pov)

" Jian!! " Aerin menjerit lalu berlari. Mujurlah, dia sempat menarik Jian ke tepi jalan.

(End of both pov)


Jian juga terkejut apa yang telah berlaku dan berada dalam dakapan Aerin.

" Jian okay? " Aerin memeriksa keadaan Jian lalu menenangkan muridnya semula.

Jihoon mendekati mereka berdua. Seseorang yang dikenali ada di hadapannya. Secara refleks, Jihoon membulatkan matanya. Betul la! Orang yang dirindui selama ini ada di hadapan matanya. Manakala, Aerin masih tidak perasan akan kehadiran Jihoon kerana matanya fokus pada Jian sahaja.

" Aerin? "

Akhirnya Jihoon mengeluarkan suaranya. Aerin memandang ke arah suara tersebut. Dirinya juga rasa terkejut.

" Appa! " Jian segera memeluk Appanya itu.


Mereka bertiga kini ada di sebuah kafe berdekatan dengan tadika. Kafe itu ada menyediakan tempat kanak-kanak untuk bermain. Jadi, Jian bermain di situ, diperhatikan oleh Appa dan cikgunya itu.

Jihoon menoleh ke arah Aerin yang ada di hadapannya. Aerin yang perasan Jihoon memerhatikannya sejak tadi melalui ekor mata, berusaha mengelak kontak mata yang boleh dibuat.

" Ehemm..terima kasih. " Jihoon mengucapkan terima kasih lalu Aerin bersuara tetapi masih tidak memandangnya.

" Tak perlu terima kasih, memang tu tanggungjawab aku sebagai cikgu Jian. " Aerin meneguk airnya itu.

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now