29

28 3 0
                                    

2 hari selepas itu,

Pada pagi itu..

" Mama dengan abah kalau tak pergi harini tak boleh ke? "

Mamanya tersenyum. Abahnya pula hanya terdiam apabila anaknya berkata sebegitu. Mama dan abahnya mahu menjenguk nenek Aerin yang sedang sakit di hospital, jauh daripada rumahnya.

Aerin menghalang mama dan abahnya pergi disebabkan mereka berdua juga sakit sejak dua menjak ini. Jadi, hati Aerin tidak senang apabila tahu yang mama dan abahnya harus pergi juga. Semua berpunca daripada saudara-mara yang memaksa untuk pergi.

" Adik ikut lah kalau macam tu..mama dengan abah kan sakit lagi..adik hantarkan. " Aerin betul-betul gelisah kerana terlampau risau akan apa yang bakal jadi kepada mama dan abahnya.

" Adik, jangan risau. Sekejap je perjalanan tu, adik duduk rumah diam-diam..nanti mama dengan abah balik, okay? " Abahnya bersuara. Aerin hanya terdiam dan abahnya segera memeluk tubuh anaknya yang kecil itu.

" Abah okay, sihat lagi badan ni..dua hari lagi kitaorang balik. "

Kemudian pelukan dilepaskan dan digantikan dengan pelukan mamanya pula.

" Jaga diri elok-elok dekat rumah. Jangan nakal-nakal. Apa-apa telefon oppa. Mama sayang adik.."

Kemudian dengan terpaksa, Aerin melepaskan mereka berdua pergi. Dia berada di  hadapan pintu pagar, menghantar kereta abahnya itu yang semakin hilang dari pandangannya.


" Oppa, mama dengan abah dah pergi. Tadi baru gerak. " Aerin menelefon abangnya.

" Hmm, tahu tadi aku ada jumpa mama dengan abah kejap. Time kau keluar.."

" Oh, oppa ada datang tadi? "

" Haah kejap je, nak hantar ubat mama. "

Aerin hanya mengangguk dan berdehem.

" Hmmm, oppa adik risaulah. Mama dengan abah dahlah sakit, lepastu terpaksa pergi sana. Makcik kita tu memang cari pasal lah, paksa-paksa orang. Dia tak fikir ke apa ha? " Hati Aerin mula panas bila berkata tentang sikap buruk mak saudaranya.

" Dia tu makcik kau, dik. Nak tak nak kena ikut juga. "

" Masalahnya..contohlah oppa bayangkan eh, kalau kita paksa dia time dia tengah sakit. Mesti dia tak larat juga kan? Main paksa-paksa orang. Lepastu kita ni bukan dia nak ajak, apa jenis makcik dia tu. " Luah Aerin dengan marah dan oppanya hanya mengeluh.

" Aku nak lawan pon tak boleh dik. Kau tahu kan dia tu boleh buat apa yang dia nak?.. Sampaikan mama dengan abah, aku rasa dah boleh jadi orang suruhan la kadang-kadang. "

" Itulah adik tak nak. Kalau boleh adik nak ikut, lantak lah apa dia nak kata. Tu mama dengan abah kita, kenapa dia pula nak melebih kawal diorang? "

Pernyataan yang diluahkan membuatkan Hyunsuk mengangguk setuju meskipun adiknya tiada di hadapannya.

" Tapi, takde apa lah tu. Mama dengan abah okay pergi sana..kau jangan risau okay? "

" Hmmm..oppa dekat rumah ke tu? Ada eonnie sekali lah eh? "

" Ye..kau okay tak duduk sorang dekat rumah tu? Kalau takut pergilah tidur rumah kawan kau. Ataupun aku call Jihoon eh suruh temankan? "

" Eh, takpe lah. Adik tidur sendiri je dekat rumah ni.."

" Hmm jangan nangis pula sebab sorang-sorang. Rumah tu dahlah besar. "

Sempat lagi dirinya ditakutkan oleh Hyunsuk.

The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure Where stories live. Discover now