Hyunsuk datang ke tempat itu setelah Sungyoung memberitahu keadaan Aerin.
" Eyy macam budak kecil la korang ni..Umur dah 24 tahun boleh main wrestling dalam stor. " Hyunsuk menyilangkan tangannya ke dada sambil memandang tajam mereka berdua.
" Jihoon. Kau dah ada anak still macam kanak-kanak 10 tahun. Apa nak jadi ni... "
" Bukan salah aku hyung. Dia ha buat! "
" Salahkan dia oppa. Dia ni memang tak dengar cakap! "
" Diam! Aku tak nak dengar korang bergaduh. "
Aerin tidak mampu memandang oppanya yang sedang marah. Apatah lagi dengan Jihoon, lagi tidak mahu ditoleh muka ke arahnya.
" Hyung, bagi kitorang ruang boleh? Aku janji akan berbaik balik dengan dia ni. "
Aerin menggeleng ke arah oppanya, memberikan signal yang dia tidak mahu duduk dengan lelaki itu.
" Hmm. Cepat sikit, Aerin berbaik balik dengan dia. Korang dah dewasa, boleh fikir..takkan benda ni pon aku kena cakap haih. "
Hyunsuk yang pening kepala melayan karenah adiknya itu melangkah keluar dari kawasan itu.
Tanpa berlengah, Jihoon menghampiri Aerin yang masih memandang ke tempat lain.
" Aku minta maaf. " Tangan dihulurkan ke hadapan Aerin. Aerin mencapai tangan itu dan memandang wajah lelaki itu.
" Aku pon minta maaf juga. Kepala kau okay? "
" Tengkuk aku sakit sikit. " Aerin mula rasa bersalah. Salah teknik pula dia gunakan.
" Err..mian, macam mana eh, nak ubatkan takde pula. " Jihoon tersenyum lalu memeluk Aerin yang sedang gelabah itu.
" Dwaesseo, aku akan elok lepas peluk kau macam ni. " Jihoon mengeratkan lagi pelukan itu sehinggakan Aerin yang kecil itu tidak boleh bernafas dengan elok.
Bahu Jihoon dipukul tapi taklah sekuat tadi.
" Arghh, tak bernafas. "
Jihoon cepat-cepat melepaskan yeochinnya itu. Dahi Aerin dikerutkan. Jihoon tersengih sambil melihat Aerin. Dia lega kerana sudah berbaik dengannya semula.
Beberapa bulan kemudian,
Aerin tersenyum apabila melihat Jian yang sedang seronok bermain bola dengan rakannya. Tiba-tiba, salah seorang rakan Jian terjatuh dan menuduh Jian yang melanggarnya. Aerin segera pergi ke arah sekumpulan kanak-kanak itu.
" Berhenti, berhenti..kenapa gaduh ni. "
" Jian okay? " Aerin mencangkung separas ketinggian Jian dan kanak-kanak lain.
" Imo, Jian tolak kawan kami ni dulu sampai terjatuh. " Aerin tersengih.
" Eyy, budak ni panggil aku makcik pula. Takpe, kita layan selagi boleh. " Omelnya dalam hati.
" Imo tak nampak pon kawan kamu ni tolak dia, dia yang jatuh sendiri. "
" Imo ada bukti ke? "
" Tu..imo duduk situ tadi. Imo nampak semua yang terjadi. Jian berdiri je masa kamu pass kan bola tu. Betul tak? " Budak lelaki itu sudah menggelabah.
Pada masa yang sama, Jihoon datang dari jauh dan menuju ke mereka. Aerin mengambil bola dan berikan kepada salah seorang budak di situ.
" Nah, lepas ni main bola betul-betul. Jangan tolak-tolak macam tadi. " Aerin membisikkan ke telinga Jian.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfiction|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)