Sepanjang perjalanan Aerin hanya berdiam diri. Jian yang ada di belakang mula bersuara.
" Appa, nanti balik appa ambil ke? "
" Ye sayang, appa ambil. "
" Cikgu pon? " Aerin tidak bergerak malah hanya memandang ke luar tingkap sambil memegang seatbeltnya itu.
" Ye, cikgu pon. " Aerin terkejut lalu menoleh ke kirinya sambil membuat muka bengang.
" Yeay! Nanti kita pergi jalan-jalan macam haritu. Boleh appa? "
Jihoon yang sibuk memandu itu melayan sahaja apa yang anaknya cakap.
" Tengok dulu eh. Nanti appa fikir. "
" Okay. "
" Takpelah encik, saya tak perlu balik dengan encik. Saya balik dengan bas je nanti. " Aerin bersuara.
" Cikgu, saya kena hantar cikgu balik juga. Bukan apa, abah cikgu dah pesan dekat saya. Saya tak boleh tolak. " Jawab Jihoon sambil tersenyum sinis.
Aerin mendekatkan dirinya sedikit ke telinga Jihoon.
" Kau jangan nak mengada eh, aku balik sendiri nanti. " Jihoon tersengih.
" Aku tak boleh buat apa.. permintaan abah kau. Ingat aku nak sangat ke. "
Aerin menjauhkan dirinya daripada Jihoon. Jihoon menoleh, melihat Aerin sebentar dan sambung fokus memandu.
Sesampainya mereka di situ,
Aerin membuka pintu kereta itu, tapi badannya dihentikan oleh Jihoon.
" Kejap, kau jaga anak aku elok-elok. Kalau aku tahu apa-apa jadi dekat dia, siap kau. " Jihoon yang berwajah dingin itu memberi amaran kepada Aerin.
" Aku tahulah.."
Dia keluar dan menutup pintu. Aerin memerhatikan Jian dicium oleh Appanya terlebih dahulu sebelum keluar dari kereta.
" Kau tengok apa? Nak juga ke? " Aerin tersentak.
" Apahal dengan lelaki ni. " Omelnya dalam hati.
" Aku tunggu Jian, bukan nak tengok kau. Perasan. " Kata Aerin yang sudah tak tahan lalu menjeling.
Jihoon pula memberi pesanan kepada anaknya lalu Jian keluar dari kereta itu.
" Ingat kata-kata aku tadi. Lagi satu, tunggu aku time balik kejap lagi kalau kau tak nak kena hukum. " Aerin menghairan. Dalam fikirannya, apa lagi yang dia mengarut ni..
" Tahulah. Dah pergi.."
" Bye Jian!! Appa pergi dulu~ " Appanya melambai dan Jian membalas perbuatan Appanya itu.
Aerin pula membawa masuk Jian ke dalam tadika sebaik sahaja kelibat kereta itu hilang di situ.
Selesai sahaja masa persekolahan, semua dibenarkan balik. Aerin berdegil, dia mahu juga balik dengan bas. Tak mahu meletakkan sepenuh harapan terhadap lelaki itu.
" Jian, cikgu nak balik ni. Cakap dengan Appa cikgu balik dulu, okay? " Jian yang polos hanya mengangguk. Aerin bangun dan pusing ke belakang sambil tersenyum.
" Ahhh!! Shi– "
Aerin betul-betul terkejut dan hampir sahaja mencarut. Jihoon yang berwajah dingin secara tiba-tiba ada di belakangnya. Aerin memegang dadanya yang sakit akibat kejutan yang diberikan.
" Kau nak lari ke? Nak aku report dekat abah kau? " Jihoon menyilangkan tangannya ke dada.
" Haishh..kau kenapa ha?! Sakit jantung aku.. " Aerin melenting kerana dia betul-betul terkejut.
YOU ARE READING
The Chosen One : Destiny (S2) | Treasure
Fanfic|| Malay ff Treasure Jihoon ft. Yoshi || • Book 2 of The Chosen One : Life • Kalau nak tahu cerita ni, kena baca book 1 dulu..hehe <3 Diharapkan korang semua enjoy membacanya~ (≧▽≦)